Cosmoderm

Sunday, October 13, 2013

Perihal Nasi Goreng Pattaya & Mamat bajet Urban...

Assalamualaikum semua,

Sori lah terlambat update, weekend aku agak sibuk dengan shooting program, so sampai rumah je terus pengsan & blog pun terabai malam itu... hehehe...

Maka nak diceritakan pada hari semalam adalah hari mencuci mata untuk aku, so pergilah aku ke Mid Valley. Dipendekkan lagi ceritanya, aku lapar dan terus ke food court untuk mencari sepinggan nasi goreng daging yang sedap, so aku pun pergilah ke gerai "Thai Corner" kat food court tu. Maka beginilah ceritanya bermula...

Mamat bajet Urban: Nasi goreng pattaya  satu bhai..
Bhai: wokehh
Aku: (masih menunggu giliran untuk order)

5 minit kemudian...

Bhai: Nasi goreng pattaya, siap!
Mamat bajet Urban: (ambil nasi goreng pattaya tersebut dan terus jalan)
Aku: (tunggu order aku siap)

2 minit kemudian

(Mamat bajet Urban datang semula)
Mamat bajet Urban: Bhai! Mana nasi! 
Bhai: Nasi goreng kan?
Mamat bajet Urban: Ye lah! (sambil tunjuk nasi goreng pattaya kat bhai tu) 
Bhai: Itu nasi dalam tulur (telur) la...
Mamat bajet Urban: Oh? (malu dan terus jalan)
Aku: (mana order aku tak siap lagi????) *stress*

Gambar hiasan sahaja, tapi macam ni lah rupa Nasi Goreng Pattaya!!!! Sumber gambar dari http://www.lamakitchen.com




Friday, October 11, 2013

Makcik Sombong Buka Gerai Makan?

Assalamualaikum semua,

Dua hari lepas, aku terlihat seorang rakan facebook aku upload gambar ni, tapi sumber yang asal tak tau lah dari mana. tergelak golek-golek aku tengok gambar ni, lebih2 lagi lepas rakan aku tu letak 'caption'

HARAP PAKCIKNYA LEBIH MESRA



Ada siapa2 tau kat mana Gerai Makan Makcik Sombong ni?

Tapi aku rasa mungkin nama makcik tu ialah 'sombong' kot? ye dak? hehehehee...


Thursday, October 10, 2013

Sikap yang paling aku tak suka dalam Public Transport!

Bila ERL ramai orang, dan aku melihat ada seat kosong tapi orang letak beg tanpa rasa bersalah. Padahal di atas tu dah disediakan ruang untuk simpan beg, kat belakang dia pun ada juga ruang letak beg.

Anda pernah kena macam ni? Sila isikan di ruang komen...

Sunday, October 6, 2013

Kerinduan Seorang Anak Terhadap Ibunya...

Mak...
Aku Rindu...
Aku Pilu...
Di sini bukan tempat aku...
Aku rasa belenggu...

Mak...
Aku ingin lindungmu...
Seka tangismu...
Hilang rasa sendumu...
Belai rambutmu...
Kucup dahimu...
...dan bawamu dalam pelukku...

Mak...
Ambillah aku...
Aku nak kita bertemu...
Aku nak kita kembali bersatu...
Macam waktu dulu...
Bila aku di dalammu...

Dakap aku...
Dalam batik birumu...


Petikan: Sequel Jangan Baca Novel Ni
Karya  : Ismi Fa Ismail
Sila Like Page Jangan Baca Novel Ni


Sekitar Tempatan Fest 3.0

Assalamualaikum semua,
Lama tak update blog, sibuk la katakan. Aku akui agak lemau jugak sebenarnya nak buat entry sejak semakin sibuk ni, bukan idea takde tapi memang MALAS, hahaha...

So nak jadikan cerita, semalam dan hari ini aku ke satu event yang buat pertama kalinya aku hadir iaitu TEMPATAN FEST 2013 yang berlangsung di Dataran DDEC,  Jalan Kia Peng, dekat je dengan KLCC. Hari sabtu tu aku datang untuk shooting edisi khas KITARASA so tak sempat nak beli apa2(disamping lupa nak cucuk duit). Maka, kehadiran aku pada hari kedua ini adalah untuk SHOPPING!

Korang2 yang tak tau Tempatan Fest ni pasal apa, meh aku story. Tempatan Fest adalah satu platform kepada penggiat2 jenama tempatan untuk memperkenalkan produk mereka kepada umum. Produk adalah berbagai, tak kira lah pakaian, aksesori, beg, makanan juga ada, dan bermacam2 merchandise lagi antaranya, PK APPAREL, ABSTRAX, LOMPA MAFIA, THE KLIKERS, PROJEK RABAK, ELSTEES, THE BASTY, dan banyak lagi. Untuk edisi 3.0 kali ini sebanyak 118 jenama tempatan yang turut serta. Betapa ramai anak2 tempatan kita yang berbakat besar dan mempunyai daya kreativiti yang bertaraf antarabangsa.

Edisi ke 4.0 akan diadakan di Danga Bay, Johor Bahru. So kepada penggemar jenama tempatan, pastikan anda serbu Tempatan Fest. Anda pasti akan rambang mata.

Chow!