Cosmoderm

Thursday, November 28, 2013

Bunuh Diri Bukan Jalan Penyelesaian!

Assalamualaikum semua,

Entry aku kali ini bunyi seakan serius kan? neves tak? neves tak? hohohoo...

Zaman sekarang ni kalau kita tengok kat blog, youtube, facebook, twitter, atau kat mana2 saja online, mesti tak ketinggalan mereka yang bergelar "keyboard warrior" kan? kadang2 mereka sewenang2nya mengeluarkan kata2 cacian, hinaan dan macam2 lagi jenis kutukan yang anda sendiri pun tak sanggup nak dengar, sehingga yang kena 'sembur' tu merasa trauma, rendah diri, stress, tekanan perasaan, tekanan mental dan kemungkinan besar ada yang mengambil tindakan untuk BUNUH DIRI! Aku selalu berfikir, "keyboard warrior" ni takde perasaan langsung ke? Bayangkan kalau perkara yang sama terjadi kepada mereka atau ahli keluarga mereka, mungkin ketika itu baru mereka sedar. Buat mangsa2 'keyboard warrior" kuatkan semangat, Bunuh Diri bukan jalan penyelesaian. *Apesal aku serius nih*

Sebenarnya aku cuma nak kongsikan kat korang sebuah Filem Pendek berunsur Islamik bertajuk RETAK dari Team Penyamun Inc. arahan saudara Alaka Zam a.k.a Joker In Disguise. Untuk pengetahuan korang, tujuan penghasilan RETAK adalah untuk menyertai sebuah pertandingan shortfilem Cover2Camera anjuran Majalah Jom. Dan berita gembira yang kitorang dapat tahu, RETAK berjaya tersenarai dalam Top 5 dalam pertandingan tersebut. Oh, hampir terlupa watak utama shortfilm ini tak lain dan tak bukan blogger yang selalu buat video keek separa seksi iaitu BONI KACAK dan dibantu oleh aku dan penampilan istimewa Brothers of Penyamun Inc.

Ini lah si Boni tu... 

Ini lah aku... hehehe...
Inilah kami hehehe....
POSTER RETAK

Nak tengok tak? sebelum tu meh baca sinopsis dulu...

Sinopsis :

Kecewa dan tertekan, Boni mengambil tindakan untuk melakukan tindakan nekad iaitu bunuh diri. Adakah mungkin untuk kawannya, Razi dapat menghalang dia.


*simple je* hehehe...

Sekarang jom layan shortfilem RETAK. (klik lah situ)





2 comments:

alaka zam said...

Wah!! tahniah!! semoga dapat top 3 lak!!

razzwey razz said...

Tahniah tuan pengarah... sama2 kita doakan... ^_^