Cosmoderm

Tuesday, November 12, 2013

Highland Towel vs Highland Tower

Assalamualaikum semua...

Waaaahhh dah lama tak update blog. Agak terbiar sejak beberapa minggu ni. So entry aku kali ini bukan nak bercerita pasal kenapa aku dah lama tak update blog, tapi aku nak cerita mengenai sebuah filem yang agak baru juga ditayangkan di pawagam iaitu filem HIGHLAND TOWER. 

Korang dah tengok Highland Tower belum? apa pandangan korang tentang filem tersebut? Real? Fake? Bosan? Best? Takpe lah, korang ada pendapat masing2, dan ada citarasa masing2. So aku hormati pendirian korang. Walaubagaimanapun aku tak ketinggalan juga lah untuk menonton Highland Tower kat panggung, 1st show lagi tau? Sokong industri filem tempatan la h katakan... hehehe...

Korang dah tengok ke Highland Towel? Eh, aku bukan typo tau, memang aku taip betul dan korang pun tak salah baca, HIGHLAND TOWEL, sebuah parody daripada Penyamun Inc. Dibintangi oleh Bophairy (Miko / merangkap director / kameraman), Boni Kacak (Nizam), Syed Alwi (Edy), Aku (Shimo) & Reja (Bro). Siap dah ada poster lagi...

Highland Towel : Sebuah Rakaman Yang Mengikut Skrip
Sinopsis : Sebuah parodi kepada filem Highland Tower ~ Sekumpulan remaja yang memberanikan diri pergi ke Highland Tower untuk mencari entiti akhir telah berdepan dengan perkara yang tak disangka-sangka. Semua video ini adalah rakaman sebenar (yang mengikut skrip) Mohon kuatkan minda sebelum menonton.

Untuk menonton, sila klik link ini... HIGHLAND TOWEL (PARODY)

Oh ye, Untuk kepuasan yang jitu mohon guna headphone.

Selamat menonton! ^_^



2 comments: