Cosmoderm

Thursday, December 26, 2013

Neelofa Hilang?


Neelofa Hilang?
Assalamualaikum semua,

Apa kes dengan Neelofa hilang ni? Hari tu kat Meletop ada je dia kan? ni tetibe je dah hilang. Beberapa orang suspek berjaya ditahan dan rakaman soal siasat tersebut telah tersebar. Korang tengok lah.



Rilek semua, jangan panik. Ini hanya sebuah filem pendek dari Penyamun Inc.. Neelofa tak hilang pun, beliau ada je kat Kelantan tu haaa, amik stok budu... hehehehee...


Wednesday, December 18, 2013

Kejadian pokok tumbang : live update

Sebuah pokok besar yang menjadi sebahagian dari sebuah Kuil bersebelahan dengan Stesen LRT Hang Tuah telah tumbang menghala ke arah flat bersebelahan dan menimpa beberapa buah kereta yang berada di lot parking flat tersebut.
Beberapa unit rumah mengalami kerosakan. Kuil tersebut mengalami kerosakan teruk. Buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai kemalangan jiwa (setelah bertanya kepada penduduk setempat).
Pihak Bomba & Penyelamat sedang berusaha untuk mengalihkan pokok tersebut dan turut membantu untuk menenangkan suasana adalah penduduk setempat. Diharap tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan syabas kepada Pasukan Bomba kerana bertindak pantas.

Tuesday, December 10, 2013

Live update: Moh kite ke Pangkor

Pada ketika ini aku sedang berada dalam bas untuk ke Pangkor. So demi mengisi masa lapang, aku buat lah live update ni.
Sampai kat lumut kang aku update balik ye. Papaaiiii...