Sebuah pokok besar yang menjadi sebahagian dari sebuah Kuil bersebelahan dengan Stesen LRT Hang Tuah telah tumbang menghala ke arah flat bersebelahan dan menimpa beberapa buah kereta yang berada di lot parking flat tersebut.
Beberapa unit rumah mengalami kerosakan. Kuil tersebut mengalami kerosakan teruk. Buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai kemalangan jiwa (setelah bertanya kepada penduduk setempat).
Pihak Bomba & Penyelamat sedang berusaha untuk mengalihkan pokok tersebut dan turut membantu untuk menenangkan suasana adalah penduduk setempat. Diharap tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan syabas kepada Pasukan Bomba kerana bertindak pantas.
No comments:
Post a Comment