Cosmoderm

Thursday, December 4, 2014

Pengalaman Recording Bersama Sharon Paul

Pengalaman Recording bersama Sharon paul 

Assalamualaikum, lama dah tak update entry kan? al-maklumlah sibuk sangat sejak akhir-akhir ini. Sampai trafik blog pun merosot dah, aishhh sedihnya...

Apa-apa pun, RZ nak bercerita pengalaman pertama kali bekerja bersama komposer tersohor Sharon Paul.

Tak kenal Sharon paul? Antara lagu-lagu yang beliau cipta termasuklah...


Marsha -Untuk Terakhir Kali


Hati - Dato' Siti Nurhaliza

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Bob (AF)

Dan banyak lagi lagu-lagu ciptaan beliau.

Peluang bekerjasama dengan beliau adalah satu pengalaman yang amat berharga. Ye lah, sebelum ni RZ asyik dengar lagu-lagu beliau. Tapi kali ini RZ sendiri yang menyanyikan lagu ciptaannya. Siapa tak nervous wehh? Walaupun RZ hanya buat recording untuk lagu demo sahaja, tapi banyak ilmu yang RZ dapat daripada Sharon Paul sendiri. Mula-mula risau juga kalau performance RZ tak mencapai standard yang Sharon nak. Tapi bila di hujung sesi recording, Sharon mengatakan "See you for your next demo", Alhamdulillah beliau berpuas hati dengan performance RZ dan sedia untuk bekerjasama lagi untuk projek seterusnya. Pengalaman Recording bersama Sharon paul 

oh ya, lupa nak mention. Lagu demo yang RZ record tu kemungkinan besar akan dinyanyikan oleh Hazama. hehehee...

Selesai recording, apa lagi. GAMBAR!!!! ^_^
Pengalaman Recording bersama Sharon paul 

Sebelah kanan tu komposer jugak, namanya Irwan Hisham. Thanks sudi temankan. ^_^



Hampir lupa pula!!! Terima kasih Irwan Hisham dan Mus sebab temankan RZ ke studio recording tu ye? hehehee... ^_^

Monday, November 17, 2014

Bantuan Kecemasan Sakit Perut

Pernah kena keracunan makanan tak? Tahu tak apa tindakan yang anda kena lakukan bila menghadapi keadaan sebegini? 

Di bawah RZ tepek sebuah video untuk tontonan anda semua akan bagaimana untuk menghadapi situasi kecemasan, tidak kira lah samada anda yang terkena atau rakan anda.




Haaaa... Dah tengok? Sebenarnya ini adalah sebuah sketch pendek kolaborasi antara Mentol PecahMizblurrityPanda Merah dan RZ Penyamun Inc.. Sketch ini adalah arahan Mozek.

Ok, have fun!

Thursday, November 6, 2014

Makanan Rusia Yang Sedap Dan Halal

Apa khabar semua, entry kali ini RZ nak bercerita tentang makanan. Ye la kan, makan dan RZ sudah serasi, ibarat aur dan tebing, isi dengan kuku, hujan dan airmata, ehh! Maaf, terover pula, biasalah sudah lama tidak menulis dek kerana kesibukkan kerja dan line internet yang sedeyhh... (sedih kan?)

Kalau bercerita tentang makan, rasanya semua sudah maklum bahawa Malaysia adalah antara negara yang digelar sebagai "Syurga Makanan". Dari makanan tradsional melayu, cina dan india hingga ke makanan fusion, Malaysia ada destinasi terbaik bagi penggemar makanan. 

Tapi kali ini, apakata kita cuba pula makanan yang lain, maksud RZ bukan makanan pelik-pelik seperti sate kuda laut, swiss roll ular, atau cengkerik masak gula melaka, hahaha... Kita nak cuba menu masakan dari negara-negara lain yang jarang kita cuba. Ye la, asyik makanan jepun dan korea je bosan juga. Mari kita mencuba makanan Rusia!!

Peluang untuk mencuba sendiri masakan Rusia RZ tidak lepaskan semasa menghadiri acara Lunch Bersama Media bertempat di Russian Centre for Science and Culture.

Duta Besar Rusia di Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeva
 APA YANG RZ MAKAN?

Ok, RZ mulakan dengan menu yang diberi nama Koorinie Kotleti s Gribami, haaa jangan terbelit lidah tu, sebenarnya ini adalah Chicken Rissoles Stuffed with Mushrooms saja. bahagian luarnya sangat rangup manakala intinya pula padat dengan isi ayam dan cendawan. 
Koorinie Kotleti s Gribami I Chicken Rissoles Stuffed with Mushrooms
Menu ini pula diberi nama Chicken Rolls with Mushrooms manakala dalam bahasa Rusia disebut Kyrinyi Rulet s Gribami. Rasanya? sedaaaappppp!!!!

Kyrinyi Rulet s Gribami I Chicken Rolls with Mushrooms
Menu Cendawan seterusnya, waahh cendawan lagi! RZ memang suka cendawan pun. Menu ini diberi nama Marinovannye Gribiy, iaitu Marinated Mushrooms. 

Marinovannye Gribiy I Marinated Mushrooms
Haaa... Nampak nama tu? Mujur nama Inggeris dan Rusia tidak jauh beza. Salat Olivie dan Olive Salad, kan dah dekat bunyinya tu...

Salat Olivie I Olive Salad
Menu yang seakan-akan bun ini ialah  Pirozhki s Kuritsei atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Puffs with Chicken. 

Pirozhki s Kuritsei I Puffs with Chicken
RZ suka nama menu ni, macam nama peserta ratu cantik. Rasanya juga sangat sedap. Ini adalah menu kegemaran RZ iaitu Zharenaya Kartoshka s Gribami atau Potatoes Fried with Mushrooms. Apa? tak nampak rupa masakan tu? Tengok gambar di bawah ye?


Haaa... inilah rupanya, Zharenaya Kartoshka s Gribami tu... sedap wa cakap lu...


Menu ini pula diberi nama Rulet iz Baklazhanov s Gribami atau dalam bahasa Inggeris disebut Eggplant Rolls with Mushrooms. Tak tahu juga? Dalam bahasa melayu disebut Terung Gulung bersama Cendawan. hahaha...

Rulet Iz Baklazhanov s Gribami I Eggplant Rolls with Mushrooms
Sabar, ini bukan telur gulung ye? hehehe... Ini adalah menu yang diberi nama Blini s Semgoi atau Pancake with Salmon. 

Blini s Semgoi I Pancake with Salmon
Jangan risau, kesemua juadah ini adalah HALAL dan juga sangat sedap! Walaupun pada awalnya RZ agak risau juga nak rasa, maklumlah makanan baru ni takut tak kena dengan anak tekak. Namun sememangnya menu-menu ini sangat sedap dan terasa macam nak cari menu macam ni lagi kat kedai-kedai di luar sana. Mungkin lepas ni boleh buka restoran Rusia pula, boleh datang hari-hari. hehehe...


Sesi bergambar Wakil Media bersama Warga Kedutaan Rusia di Malaysia - kredit gambar Paris Ashiqin

Posing sikit bersama blogger Redscarz dan Penaberkala

L-R : Fauzi Aryan, penaberkala, Zulhilmi, RZ, Mawardi, Khai, Rawlins, Eazy, Dikbee

Terima kasih kepada Cik Paris Ashiqin, Kedutaan Rusia dan juga Destination Malaysia kerana mengundang kami untuk merasa sendiri betapa sedapnya masakan-masakan Rusia.


Wednesday, November 5, 2014

Teater Bangsawan : SINBAD - Dendam Ratu Kala

Teater Bangsawan : SINBAD - Dendam Ratu Kala merupakan kesinambungan dari Teater Bangsawan Sinbad yang pernah dipentas oleh Bangsawan Grand Opera JKKN pada tahun 2009 Sinbad “Batu Permata Dewa”. 

Khalayak yang pernah menonton Bangsawan Sinbad pada tahun 2009, akan melihat sambungan kepada konflik Sinbad “Batu Permata Dewa” dalam Sinbad “Dendam Ratu Kala” yang akan dipentas pada tahun ini bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

SINOPSIS SINBAD : DENDAM RATU KALA

Sinbad “Dendam Ratu Kala”  mengisahkan apa yang telah terjadi selepas  kematian Ratu Sheeba (Sinbad “Batu Permata Dewa”) anak kepada Ratu Kala, Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya lalu menculik Permaisuri Jasmin sebagai tebusannya.  Sinbad menjadi hilang punca arah dimana kedudukan Kerajaan Ratu Kala di Alam Hitam dan ingin memulakan pelayaran, sementara itu ia berjanji jika tidak kembali dalam sempurnama, ayahanda saudara Jasmine Jaafar akan menjadi Sultan.  Sinbad meminta pertolongan Tiga Setan Ratu Sheeba yang mengetahui Kerajaan Ratu Kala.  Bagi memujuk Setan bertiga itu, dayang-dayang digunakan untuk memujuk. Sementara  itu, Puteri Jasmin telah ditukar sifatnya menjadi Sheeba oleh Ratu Kala dan pelayaran Sinbad terhalang dengan kuasa sihir setelah berhempas pulas berjuang.  Mereka selamat mendarat di Alam Sihir. 

                    

Permaisuri Jasmine yang telah menjadi Ratu Sheeba diarah untuk membunuh Sinbad. Batu Permata Dewa Ratu Jasmin telah digunakan bagi memulihkan  Puteri Jasmine dan dengan bantuan Setan-Setan bertiga yang membantu Sinbad bagi menewaskan Ratu Kala dengan gabunan Batu Permata Dewan dan Tongkat Sakti Ratu Kala.  Sementara itu Jaafar berangan-angan ingin memerintah Kerajaan Sinbad tetapi malangnya Sinbad sampai pada waktunya dan terbocor rahsia Jaafar bersengkongkol dengan Ratu Kala

Butiran Pementasan SINBAD : Dendam Ratu Kala

Tarikh: 7, 8 dan 9 November 2014
Masa: 8.30 Malam
Tempat: Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Terima kasih Destination Malaysia.

Wednesday, October 15, 2014

SHOUT OUT! Follower Instagram ke-700

Baiklah, Entry RZ kali ini simple saja. Tak nak bebel panjang-panjang. Sempena meraikan follower Instagram RZ yang ke 700, maka entry ini adalah khas untuk "pengelike" istimewa tersebut, mari kita beri tepukan kepada....

SYUWAI

iaitu pemilik blog




Korang boleh terjah blog beliau, dan boleh juga follow Instagaram beliau. Tapi jangan lupa follow Blog RZ dan Instagram juga ye? #Muahciked

RZ bukan selebriti sangat pun ada follower ramai jota jota, ghibu ghibu. RZ cuma insan gemuk yang normal saja, suka makan dan jalan-jalan. Hahahaha...


Tahniah Syuwai! hehehe...

Thursday, October 9, 2014

Mat Komik : Komuniti Komik Malaysia

Haaaa... Lama juga RZ tak mengupdate apa-apa entry sejak akhir-akhir ini. Almaklumlah kesibukkan melanda dengan kerja harian lagi, job hujung minggu lagi, maka bila sampai rumah terus pengsan, hahaha...

Baru-baru ini RZ sempat menerjah satu blog yang menghimpunkan karya-karya pekomik tempatan untuk bacaan umum secara PERCUMA. Ye, Percuma...

blog tersebut ialah




MAT KOMIK yang baru saja beroperasi ini berjaya mengumpulkan pengkaya KOMIK dari merata tempat di Malaysia tidak kira samada pengkarya dari KOMIK mainstream ataupun indie terdiri dari pelbagai gaya lukisan. Setakat ini lebih daripada 10 pengkarya telah menyumbang KOMIK mereka di dalam MAT KOMIK, antaranya...

MASA KECIL DULU - BOPHAIRY



BIRAT - AHM AHMAD

YAK BOK TE - AMIN LANDAK




MEMBERSHEEP FARM - KAMIL A. FAUZI


Maka, bagi penggemar komik di luar sana. Apakata singgah ke blog MAT KOMIK dan follow sekali, kerana karya-karya di dalamnya akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa. Tahniah RZ ucapkan kepada Pemilik blog MAT KOMIK atas usaha ini. Semoga pengkarya KOMIK tempatan akan lebih bersemangat untuk berkarya dan dapat juga mencari platform untuk berkongsi bakat dan kreativiti. Syabas!!!

Sunday, September 28, 2014

Makan-Makan di Huzai Artis Seafood

Tu diaaa... Makan kat kedai artis pula RZ kali ini. Sabar dulu, tak explain habis lagi ni. Walaupun nama restoran ni HUZAI ARTIS SEAFOOD, tapi pemilik restoran ini bukan artis. RZ pun tak pasti kalau nama HUZAI tu adalah nama pemilik restoran ini. Tapi apa yang RZ boleh katakan, 'artis' yang sebenar di sini adalah MAKANAN di restoran ini.

Lokasi HUZAI ARTIS SEAFOOD ni tak susah nak cari sebenarnya, tepi jalan saja. Memang tak sesat lah, search saja di Waze atau apa-apa aplikasi GPS "Taman Keramat Permai" memang akan jumpa tempat ni. Namun bagi insan seperti RZ yang susah nak ingat peta, maka RZ serahkan tugas mencari jalan kepada rakan yang memandu, hehehe...

Menurut rakan RZ, restoran ini agak terkenal dengan Mi Gulung, Mi Celup, Rojak Buah, Som Tam. memandangkan RZ tak pernah tahu akan kewujudan Mi Gulung ni, maka peluang tidak harus dilepaskan (dasar kuat makan). Mulanya RZ ingatkan mi gulung ni, adalah Mi yang digulung dan dipotong (sila bayangkan mi laksam), hehehe... Rupanya mi tersebut dibalut dengan telur dadar, oh menariknya... (sebenarnya kalau bagi air kosong kat RZ pun dia akan cakap sedap).

Bahagian depan Restoran Huzai Artis Seafood

Nak makan kat belah atas tu pun boleh, tinggi sikit viewnya...


APA YANG RZ MAKAN?

Mi Celup
Inilah dia Mi Gulung, kejap... Mana Mi?
Tadaaaa... Mi gulung...
Rojak buah!!! sedap! terangkat!!!
RZ minum jus carrot je, baik untuk mata... hehehe...

Sedap! Kuah Mi Gulung yang pekat memang best. Cukup rasa! Rojak buah tidak kurang hebat, rangup! sedap! Harga pun tidak mahal, servis laju, makanan tip top. Korang kena singgah di HUZAI ARTIS SEAFOOD ni, dan rasakan makanan-makanan yang bertaraf ARTIS, hehehe...

Friday, September 26, 2014

Makan-Makan Di Hayaki Uptown Damansara

Sabar semua RZ bukan makan di restoran makanan Jepun, bukan juga makan di negara jepun. Jangan keliru, walaupun nama restorannya Hayaki, bunyinya seperti jepun tapi ianya sebenarnya Restoran Melayu yang menghidangkan makanan dari Pantai Timur. Original Klate wooo...

Menurut rakan RZ sebenarnya Hayaki mulanya dibuka di Kelantan, dan dah mula membuka beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

Sebagai Penggemar makanan tempatan, RZ pun tanpa segan silu order Nasi Kerabu Ayam Percik, Teh Ais Peppermint dan Pulut Mangga, manakala rakan RZ pula order Chicken Chop dan Teh Honey Lemon Ais. Harga pun agak berpatutan, dan yang penting... SEDAP!!!


Persekitaran restoran Hayaki juga sangat selesa, jarak antara meja-meja sangat luas, pasti takkan ada masalah bagi RZ yang comel ni, kalau tak mesti dok terlanggar kerusi orang lah, meja lah, hehehee...




Oh, lupa nak bagitau. Restoran Hayaki Uptown Damansara beroperasi 24 Jam tau. Korang yang selalu lapar di tengah malam tu boleh datang sini. 







APA YANG KITORANG MAKAN?







Apa yang RZ boleh katakan, Nasi kerabu ayam percik memang terbaik!!! Dapat pulak pulut mangga, memang terangkat lah... Teh Ais Peppermint pun perghhhh... best!!!

Restoran Hayaki juga ada beberapa cawangan lain di:-

HAYAKI 24 JAM - PLATINUM WALK, SETAPAK
HAYAKI 24 JAM - JALAN SULTAN YAHYA PETRA, KB KEL
HAYAKI 24 JAM - PT 792, SEC 27, JLN KEBUN SULTAN KB KEL
HAYAKI 24 JAM - PT 335, SEC 27, JLN KEBUN SULTAN KB KEL
HAYAKI CAFE - TUNE HOTELS JLN HAMZAH, KB KEL
HAYAKI 24 JAM - DAMANSARA UPTOWN PJ SEL
HAYAKI 24 JAM - SEK 13, SHAH ALAM SEL
HAYAKI 24 JAM - KAJANG SEL


Wednesday, September 24, 2014

Reviu Buku: Menunggumu Di Pintu Syurga

Assalamualaikum semua,

Jika dalam posting sebelum ini RZ bercerita tentang pelancaran buku Menunggumu Di Pintu Syurga (KLIK SINI UNTUK KE ENTRY TERSEBUT), Alhamdulillah RZ berkesempatan untuk mengkhatamkan buku tersebut dalam masa 1 jam 45 minit tanpa henti dek kerana khusyuk membaca setiap cerita di dalamnya.



Masih belum tahu tentang buku ini? Cuba baca dulu...

"Sayangilah anak kita semampu kita, kerana kita tidak tahu, siapa yang akan pergi dahulu, kita ataupun mereka"

Satu tagline yang sangat bermakna untuk mereka yang bergelar ibu dan bapa. Buku berjudul Menunggumu Di Pintu Syurga mengisahkan seorang ibu yang kehilangan anak ketika anak itu masih muda untuk mengenal dunia. Masih belum uas untuk dijaga dan diberi kasih sayang oleh ibunya.

Keperitan rasa seorang ibu bermula apabila anak yang berusia 12 tahun disahkan menghidap penyakit abrah. Rezaimen Kiefli, anak kecil yang aktif, ceria dan bercita-cita menjadi seorang hafiz telah kembali ke penciptaNya ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa pada 5 Julai 2014.

Apabila menyebut nama Linda Rafar, pasti ramai yang mengenalinya sebagai seorang selebriti tanah air. Namun, buku ini bukan ditulis atas kapasitinya sebagai seorang artis, tetapi sebagai seorang ibu yang tabah berkongsi kisah kehilangan anaknya dengan harapan dapat dijadikan panduan kepada mereka di luar sana yang turut dilanda ujian sama seperti beliau. Tidak dapat dinafikan, bukan hanya beliau diuji dengan kehilangan anak tersayang, tetapi ketabahan dan keberanian beliau berkongsi rasa hilang itu dengan khalayak ramai.

Kandungan buku yang menyentuh kisah selama anak kecil itu hidup dan kecekalan hati seorang ibu menjaga anaknya pasti mengundang hiba kepada semua yang membaca kisah mereka. Malah, banyak perkara yang dapat dijadikan panduan dan teladan dapat dikongsi bersama khususnya kepada para ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana.

RZ dah selesai membaca buku ini semalam, ternyata terlalu banyak pengajaran dan teladan yang boleh RZ perolehi dari buku ini. Dan beberapa kali juga RZ menitiskan air mata kerana kita seolah-olah dpat merasai bersama kesukaran dan keperitan yang dialami oleh Linda Rafar dan juga arwah Memen.

Bahagian pertama buku ini adalah merupakan kisah yang sebenar yang diceritakan kepada penulis bersama iaitu Tuan bahruddin Bekri oleh Linda Rafar. Jika ada yang belum tahu, proses mendapatkan sumber cerita ini adalah melalui rakaman audio diantara Linda, Tuan Bahruddin dan beberapa orang lagi. RZ berasa kagum akan ketabahan hati dan kekuatan jiwa yang ditunjukkan oleh Linda untuk berkongsi cerita beliau kepada penulis bersama selepas seminggu arwah Memen pergi.

Pada bahagian kedua buku ini pula ada sebuah kisah inspirasi dari pengalaman ahli keluarga, guru-guru, pengawal keselamatan dan beberapa insan lain lagi bersama dengan arwah Memen semasa hayatnya. RZ berasa terharu dan kagum akan kematangan arwah memen berfikir dan ketabahannya melawan penyakitnya hinggalah saat-saat terakhir arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

Percayalah bahawa pada ketika entry ini ditulis, RZ sedang menahan sebak. Namun air mata ini tetap gugur juga. Rezaimen bin kiefli, semoga Allah mengurniakan Syurga buatmu.
Amin ya Rabbal Alamin... Al-Fatihah.



Buku Menunggumu Di Pintu Syurga boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan anda atau secara online di laman http://www.bookcafe.com.my

Tuesday, September 23, 2014

Pelancaran Buku : Menunggumu Di Pintu Syurga

Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas RZ berpeluang memenuhi undangan dari PTS Media Group ke majlis pelancaran buku, Menunggumu Di Pintu Syurga bertempat di MPH Nu Sentral, kuala Lumpur.

Linda Rafar yang hadir ditemani ahli keluarganya semasa pelancaran tersebut sedikit sebanyak memberikan kekuatan kepada Linda untuk meneruskan sidang media walaupun ada ketikanya kelihatan beliau mengalirkan air mata beberapa kali semasa penulis bersama, Tuan Bahruddin Bekri mengulas sedikit akan isi kandungan dan proses penulisan buku ini. Namun Naluri keibuan beliau tidak dapat tertahan lagi apabila beliau terhenti bercakap seketika semasa bercerita mengenai arwah anaknya dan kenangan bersama arwah Memen.



Menunggumu di Pintu Syurga merupakan karya sulung Linda Rafar bersama PTS yang mengisahkan perihal arwah anak beliau iaitu Memen yang menghidup penyakit kanser. Buku ini ditulis khas sebagai mengenang semangat Memen berjuang untuk terus hidup.

Selain itu, karya ini ditulis atas kapasiti seorang ibu yang kehilangan anak tersayang. Ia menjadi medium untuk selebriti ini rasa pedih dan perih kehilangan untuk dijadikan panduan dan teladan kepada para ibu dan juga bakal ibu. Tujuan lain buku ini dihasilkan sebagai penghargaan kepada arwah yang emliputi kisah-kisah selama dia masih hidup yang menyentuh hati ramai anggota masyarakat yang pernah mengenalinya.

Buku ini dibahagiakan kepada dua bahagian. Ia diselitkan dengan gambar-gambar arwah semasa masih sihat sehingga saat-saat getir beliau sebelum dijemput Ilahi. Pada permulaan buku ini juga aakn disertakan testimoni daripada rakan-rakan, guru, saudara mara dan kenalan arwah berkenaan arwah berserta gambar-gambar mereka bersama arwah.

Bahagian 1: bahagian ini menceritakan tentang Memen. Siapa memen dan bagaimana akhirnya Memen menemui penciptanya.

Bahagian 2: Bahagian ini disampaikan dalam bentuk cerita pendek (cerpen), yang mana cerpen itu adalah inspirasi daripada kisah-kisah memen. kisah-kisah itu sangat memberi inspirasi.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PELANCARAN








Linda Rafar tidak dapat menahan sebak tatkala bercerita mengenai arwah Memen

Diana Rafar, adik kepada Linda Rafar juga berkongsi kisah beliau bersama arwah Memen

Linda Rafar ditemuramah oleh TV Al-Hijrah


Linda Rafar hadir ditemani ahli keluarga di Majlis Pelancaran Menunggumu Di Pintu Syurga
Buku Menunggumu Di Pintu Syurga boleh dibeli di Stor buku seluruh negara atau boleh juga mendapatkannya secara online melalui laman web www.bookcafe.com.my.