Cosmoderm

Thursday, February 6, 2014

Review Filem : Kami Histeria (Takde Spoiler)

Assalamualaikum semua,

Baru2 ni aku berpeluang untuk hadir ke special screening filem KAMI HISTERIA di TGV KLCC, dan dah tentulah aku excited semacam sebab aku memang nak tengok movie ni sejak layan trailernya lagi. (Thanks kepada Nisa Kay sebab ajak join) Dalam hati aku berkata " oh, movie ni mesti best gile!!!". Ternyata memang best! Apa2pun, korang baca sinposis dulu ok?


SINOPSIS

Tiada jalan pintas ke arah kemasyhuran dan kejayaan. 5 gadis remaja mempelajarinya dengan cara yang sukar apabila mereka membuat perjanjian dengan makhluk mistik untuk mempopularkan band mereka, Histeria.

Dah baca Sinopsis? bagus Jom layan Trailer pulak,


ULASAN AKU
Kami Histeria pada satu movie yang serba serbi best! dari segi konsep, mood, gaya penceritaan, keberkesanan watak, dan macam2 lagi. Unsur komedi, seram dan elemen persahabatan yang dibawakan sangat2 menarik, seperti menonton filem pitch perfect pula rasanya. Setiap pelakon berjaya memainkan peranan dengan cemerlang, tiada siapa yang overshadow siapa2, semua watak ada keistimewaan tersendiri, baik Fazura, Diana Danielle, Nad Zainal, Mila Jirin, Sara Ali, Umie Omar, Izzue Islam, malah penampilan legend, Afdlin Shauki juga berjaya memberi impak tersendiri dalam filem ini. kredit aku berikan kepada pelakon yang membawakan watak Jojo (Umie Omar), watak yang dilakonkan sangat menarik walaupun aku rasa beliau ada pelakon baru (sila betulkan kalau aku salah), beliau memang berbakat. Memang tak henti gelak sepanjang menonton Kami Histeria.

RATING:
5 Bintang






2 comments:

anajingga said...

bestnya jumpa Faz... cantikkan dia..

razzwey razz said...

anajingga,

best sangat... cantik & friendly... ^_^ ^_^