Cosmoderm

Friday, March 21, 2014

Selfie Bersama Orang Terkenal


Assalamualaikum semua,

Hah, aku nak bercerita tentang betapa terujanya aku bila semalam dapat berjumpa dengan trio komikus terkenal dari Perancis yang menggelarkan diri mereka sebagai The Muslim Show. Sebagai penggemar komik, aku memang teruja bila dapat berjumpa sendiri dengan pelukisnya, lebih2 lagi apabila mereka sebenarnya sangat terkenal di seluruh dunia dengan komik bertemakan islamik. Trio ini dianggotai oleh  Kareem, Noureddin dan Greg di mana Noureddin merupakan story writer, Kareem sebagai colourist dan Greg sebagai Ilustrator mengetengahkan komik santai bercorak islamik dengan rekaan karakter yang comel dan mesej yang mudah diterima oleh masyarakat seluruhnya. Cuma sayangnya, semalam hanya Kareem dan Greg saja yang dapat hadir, Noureddin tidak berapa sihat. 

Ok, tak nak cerita panjang lebar, meh aku share gambar sepanjang sesi ramah mesra semalam...
Kareem (topi) dan Greg

Presiden PEKOMIK, Saudara Faizal Mukhtar menyampaikan cenderhati kepada The Muslim Show

Abang Bop excited jumpa The Muslim Show

Weehhuuu Greg sedang lukis aku...

Excited tak muka aku? hahahaa...

Gambar sket, gambar sket...

Selfieeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!

Comicore Club juga sempat menyerahkan kompilasi Fan Art The Muslim Show sebagai kenang-kenangan

Dah habis, apa lagi... GAMBARRRR!!!!

So, korang2 semua nak dapatkan komik The Muslim Show secara percuma? Nak beramah-mesra dengan Kareem, Greg dan Noureddin? Anda masih sempat mendaftar untuk seminar "The Muslim Show, Dakwah Kreatif era Baru" di laman http://www.pts.com.my/muslimshow.


Kepada yang tak berkesempatan nak hadir tapi teringin nak dapatkan komik the Muslim Show boleh terjah di kedai-kedai buku yang berdekatan tak lama lagi. Atau korang boleh je cekidaut secara online kat http://www.bookcafe.com.my, dapat diskaun istimewa lagi, penghantaran pun percuma...

Inilah Trio Komikus, The Muslim Show, L-R (Greg, Noureddin & Kareem)

Ada dua komik yang korang boleh beli dengan harga RM12.90, full colour lagi tau...





Tuesday, March 18, 2014

The Muslim Show, Dakwah kreatif Era Baru

Assalamualaikum semua,

Tahu tak korang pada 22hb Mac 2014 (Sabtu) akan berlangsungnya program seminar "The Muslim Show, Dakwah kreatif Era Baru". Temui Ustaz don Daniyal, Ustaz Hasrizal Saifulislam, Heliza Helmi, Saiful Nang serta ramai lagi tokoh dan selebriti tanah air yang akan berbicara tentang kreativiti dalam dakwah.



Felixia Yeap juga akan membuat penampilan istimewa tau?



Dan siapa tidak kenal dengan Trio Komikus popular, The Muslim' Show didatangkan khas dari Perancis akan bersama dengan anda sepanjang hari di seminar ini? Apa? Tak kenal mereka? Meh tengok sikit komik mereka...



Setiap peserta yang mendaftar akan mendapat Komik The Muslim Show edisi Bahasa Melayu, Pelekat kenderaan Eksklusif, dan ada juga cabutan bertuah.

Aturcara Seminar



Berminat nak mendaftar? boleh lah klik sini http://www.pts.com.my/muslimshow

Jumpa anda di sana! ^_^







Sunday, March 16, 2014

Yeo's 80 Days Drink To Cash


Hai Semua, Meh aku straight to the point ye? Nak menang wang tunai RM3000 setiap hari? Nak Menang RM10,000 setiap 10 hari? Nak Menang RM100 000? Apa kata korang sertai peraduan Yeo's 80 Days Drink To Cash. Nak menang sangat lah mudah, tak perlu nak isi borang dan pergi ke pejabat pos pun. Korang hanya perlukan Smartphone je dan talian internet juga. Paling penting! Korang kena ada aplikasi Wechat ye? Takde wechat, takde peluang nak menang... Oh ya! Peraduan ini bermula pada 13 Mac 2014 hingga 31 Mei 2014 (80 hari).


siapa2 yang dah ada aplikasi Wechat, boleh scan QR code tu ye?

Caranya mudah saja, ikut langkah-langkah seperti di bawah ok?







 Dah jelas? Mari kita video peraduan pula...



Good Luck!!!! 

Thursday, March 13, 2014

Malu-Malu Kucing Berjumpa Orang-Orang Hebat...

Assalamualaikum,

Semalam aku berkesempatan hadir ke event Yeo's & Wechat kat Plaza 33, terima kasih kepada abe Shakiddo yang kacak sebab offer kekosongan blogger untuk event ni. Tapi satu masalah, aku tak tau kat mana tempat ni, so dengan menggunakan khidmat pakcik google map, aku berjaya menjejaki lokasi tempatnya, walaupun agak 'ketibas' juga aku menapak dari stesen LRT (mujur pakai rexona women... ooopppssss).

Aku sampai lebih awal dari masa yang ditetapkan tapi rupa-rupanya, salah bangunan, ini semua pasal sekuriti yang dedikasi tu, elok je aku dah sampai kat bangunan yang betul, sekali dia leh suruh aku pergi bangunan sebelah dengan penuh keyakinan di Malaysia! Dah sampai kat bangunan sebelah, cari punya cari tak jumpa pula tempat kejadiannya. Maka dengan wajah suci muslamah aku pergi kaunter pertanyaan, makcik kaunter tu boleh cakap... "bangunan sebelah." Huh!!!! suka mempermainkan perasaan aku! *unfriend sekuriti tu!*

Dipendekkan cerita, aku pun sampai ke lokasi kejadian, dan orang pertama yang aku jumpa ialah....

Abg Ben Ashaari
Ye, siapa yang tidak kenal beliau, pemilik blog www.benashaari.com yang gagah perkasa namun suka buat duckface. Beliau sempat tolak aku suruh duduk balik kat meja sebab risau aku akan makan banyak dan menghabiskan lauk2 buffet semalam yang serius sedap gileeeeerrrrrr!!!! (menyesal gitau yang aku diet) hahahahaa... (sebijik muka Qhaliff bila buat duckface)

Duduk je aku terus mata aku tertumpu kat sorang gadis ayu bertudung litup berjubah coklat, rasa macam kenal tapi takut2 nak tegur so aku amik gambo secara senyap2 hehehe...

kenal tak? kenal tak? (sorry Felixia amik gambar curi2) hehehe...

Felixia Yeap!!!
Ye, Felixia Yeap, cik pemilik blog http://felixiayeap.blogspot.com/ yang sangat cantik face to face, sangat peramah dan sempoi orangnya dan.... tinggi! Felixia sangat sweet orangnya, tutur kata sopan dan lancar berbahasa Melayu. you have my respect lady... 

Orang hebat seterusnya dah tentulah jatuh kepada.... (drum roll)

abe Shakiddo & Khairul Anarm

Orang2 kuat Denaihati ini lah yang offer kekosongan blogger kat aku, dua2 kacak wehh!!! Korang leh check blog mereka www.shakiddo.com & www.anarm.net. Lepas ni kalau ada event, meh le panggil aku lagi... wuhuehuehuee....

Last but not least, terima kasih kat  yeo's & wechat sebab anjurkan acara semalam. Ada jugak beberapa staff Yeo's yang ingat2 muka aku, anyway korang memang havoc! havoc! eh! havoc! havoc! eh!
 
sayang Yeo's!!!! muaaahhhh!!!!
Ok, next entry aku citer apa kejadian semasa event ni ye?
papaaaiiii.....