Assalamualaikum semua,
Hah, aku nak bercerita tentang betapa terujanya aku bila semalam dapat berjumpa dengan trio komikus terkenal dari Perancis yang menggelarkan diri mereka sebagai
The Muslim Show. Sebagai penggemar komik, aku memang teruja bila dapat berjumpa sendiri dengan pelukisnya, lebih2 lagi apabila mereka sebenarnya sangat terkenal di seluruh dunia dengan komik bertemakan islamik. Trio ini dianggotai oleh
Kareem, Noureddin dan Greg di mana Noureddin merupakan story writer, Kareem sebagai colourist dan Greg sebagai Ilustrator mengetengahkan komik santai bercorak islamik dengan rekaan karakter yang comel dan mesej yang mudah diterima oleh masyarakat seluruhnya. Cuma sayangnya, semalam hanya Kareem dan Greg saja yang dapat hadir, Noureddin tidak berapa sihat.
Ok, tak nak cerita panjang lebar, meh aku share gambar sepanjang sesi ramah mesra semalam...
 |
Kareem (topi) dan Greg |
 |
Presiden PEKOMIK, Saudara Faizal Mukhtar menyampaikan cenderhati kepada The Muslim Show |
 |
Abang Bop excited jumpa The Muslim Show |
 |
Weehhuuu Greg sedang lukis aku... |
 |
Excited tak muka aku? hahahaa... |
 |
Gambar sket, gambar sket... |
 |
Selfieeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!! |
 |
Comicore Club juga sempat menyerahkan kompilasi Fan Art The Muslim Show sebagai kenang-kenangan |
 |
Dah habis, apa lagi... GAMBARRRR!!!! |
So, korang2 semua nak dapatkan komik The Muslim Show secara percuma? Nak beramah-mesra dengan Kareem, Greg dan Noureddin? Anda masih sempat mendaftar untuk seminar "The Muslim Show, Dakwah Kreatif era Baru" di laman
http://www.pts.com.my/muslimshow.
Kepada yang tak berkesempatan nak hadir tapi teringin nak dapatkan komik the Muslim Show boleh terjah di kedai-kedai buku yang berdekatan tak lama lagi. Atau korang boleh je cekidaut secara online kat
http://www.bookcafe.com.my, dapat diskaun istimewa lagi, penghantaran pun percuma...
 |
Inilah Trio Komikus, The Muslim Show, L-R (Greg, Noureddin & Kareem) |
 |
Ada dua komik yang korang boleh beli dengan harga RM12.90, full colour lagi tau... |
4 comments:
Assalamuaalikum...
Idea dan cara dakwah sebegini bukan sahaja menarik minat orang remaja dan dewasa malah juga kanak-kanak.
Usaha dakwah perlu dipanjangkan kepada kanak-kanak, agar sejak dari awal lagi mereka sudah tahu serta faham secara tidak langsung akan ajaran-ajaran Islam dalam cara yang kreatif....
Waalaikumussalam saudara Ahmad Zaki,
Betul, disamping mesej yang mudah difahami disampaikan dengan gaya santai, semua peringkat umur boleh menerima medium dakwah seperti ini
ini.
Kanak2 dan remaja memang target utama pembaca komik2 ini, gaya dakwah juga perlu disesuaikan dengan generasi sekarang kerana generasi y dan generasi z mudah 'adapt' kepada sesuatu yang baru...
waaa. minat kartun2 diorang
Mawardi, diorang pun sempi gile... best woo....
Post a Comment