Apa khabar semua,
Baru2 ni aku berpeluang menonton filem Captain America: The Winter Soldier. Takde special premier, takde tiket free, aku beli tiket macam orang lain juga, cuma aku beli online je, almaklumlah kalau aku beli tiket pada hari aku nak tengok tu, kompem seat dah penuh, maka aku mengambil keputusan membeli secara online sehari lebih awal.. weehhuuuu!!!!
Korang baca dulu sinopsis nye ye? pendek je...
Steve Rogers Struggles to embrace his role in the modern world and battles a new threat from old history: the Soviet agent known as the winter Soldier
Dah baca sinopsis pendek tu? bagus! nah tengok trailer pulak...
Best tak? sekarang lets get back to business, review aku pulak...
Kualiti penceritaan Captain America kali ini pada aku lebih hebat daripada filem sebelumnya, malah misi Steve Rogers kali ini jauh lebih rumit dan hampir sama gentingnya dengan misi The Avengers. Cuma bezanya, tidak ada Hulk, thor, Ironman, Hawkeye membantu. Hanya Black widow (oh my Scarlett!!!!) dan Falcon.
![]() |
Scarlett Johansson a.k.a Natasha Romanov a.k.a Black widow |
![]() |
Sam a.k.a Falcon |
Aksi lawan-lawan memang terbaik, aku suka aksi fighting Captain America dan bagaimana dia memanipulasi Shield beliau. Watak steve Rogers sangat cool, dan ada masanya kelakar (kelakar yang serius). Termasuklah juga Black Widow yang dilakonkan oleh the beautiful Scarlett Johansson. Penampilan Scarlett lebih jelita, lebih mantop, lebih seksi, lebih cool, dan lebih ganas! Tak lupa rambut rebonding tu... pergghhhhhh super hot!!! Si penjahat, Winter Soldier tu pun hebat gak, korang mesti pernah kenal dia sebelum ni. Itupun kalau korang dah tengok la Captain America yang first tu... hohohoh....
Captain America: The Winter Soldier kali ini tak memberi ruang kepada aku untuk rasa bosan langsung, bila dah slow sket, dia bagi kejutan lagi dan lagi dan lagi. Banyak 'twist' yang tak disangka2 dalam filem ini. Biasanya banyak 'twist' akan mengelirukan aku, tapi tidak pada filem ini, setiap 'twist' memberi aku pemahaman yang berlainan, dan ianya berlaku di luar jangkaan aku jugak, tapi yang penting aku tak kompius lah... hehehehe...
Oh ya, macam biasa lah, kalau dah citer Marvel tu, memang tak ketinggalan penampakan Pokcik Stan Lee tu. hahahaa...
Keseluruhannya pada aku, Captain America: The Winter Soldier sama hebat dengan The Avengers. Korang kena tengok! kena tengok! Tak nak tengok sudeeehhh... hahahaha
chow!!!
2 comments:
film wajib tonton... nnti nak g tgk..
Kena tengok wooo... Best gile! Ni pun rasa macam nak tengok lagi... Hahaha
Post a Comment