Cosmoderm

Monday, June 23, 2014

Design Thinking Teaser di Genovasi

Sabtu lepas aku berpeluang menghadiri satu program anjuran GENOVASI di Petaling Jaya. Program yang diberi nama Design Thinking Teaser yang mana sesi kali ini dibuka khas kepada blogger saja. So aku rasa ini peluang yang bagus untuk aku, memandangkan ini adalah pertama kali aku dengar tentang Genovasi ni.

Pada yang tak pernah tahu pasal Genovasi, meh aku story sikit... 




Genovasi merupakan satu-satunya Design Thinking School di Malaysia di bawah Hasso Plattner Institute of Design Thinking yang berpusat di Potsdam University, Jerman. Genovasi adalah program di bawah Agensi Inovasi Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan budaya inovasi melalui program-program pendidikan dan latihan yang dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang hebat terdiri daripada anak Malaysia kita sendiri. Bangga wehh!!

Pertama kali aku sampai di pintu masuk Genovasi, aku dah excited dah. Mana tak excitednya, susun atur dalamannya amat menarik dan setiap sudut di dalam ini sangat sesuai untuk mengambil gambar "selfie"! Susun atur perabot yang boleh diubah-ubah menjadikan tempat ini tidak membosankan. 



Pintu Masuk Genovasi


Part yang ni antara kegemaran aku, iaitu ruang santai yang berkonsepkan "No Shoes Library", rasanya boleh layan tidur ni. bean bag empuk pulak kan? Memang awesome lah!




Ruang untuk idea presentation, ok, bangku ni nampak sedap! *lapar*
Ok, yang ni aku memang jeles. Ada Coffee Bar! Awesome!!!!!
Di ruangan tengah ini ada 'Mini Merry Go Round' yang diperbuat daripada roda kereta lembu yang telah diubahsuai. Well, I've never think of that before. Genius!
Dekorasi gambar-gamber peserta program.
Di Tingkat atas pula ada gelanggang futsal. Ohhhh, ini betul2 sudah menarik! Nak kerja sini boleh?

Ok, selesai tour. Kali ini kitorang berpeluang menyertai salah satu program 'design thinking' yang dijalankan di Genovasi. Kitorang diberikan satu kes di mana Encik Ismail, seorang bekas peninju yang telah bersara menghidapi arthritis. Dan penyakit ini menyebabkannya sukar untuk menulis bahkan untuk mengambil pen yang diletakkan atas meja juga sudah cukup menyukarkan. Maka di sinilah tugas kitorang bermula iaitu memikirkan cara untuk memudahkan Encik Ismail menulis.

Maka kitorang diberi satu kaedah penyelesaian menggunakan konsep "5 Step Design Thinking Process". Bermula dengan meletakkan diri di dalam situasi Encik Ismail, iaitu jari jemari kitorang dibalut dengan menggunakan masking tape di bahagian sendi dan merasai kesukaran untuk mengambil pen di atas meja dan menulis nama di atas kertas. Ternyata ianya bukan sesuatu yang mudah. Seterusnya kita mengkaji apa kaedah atau mekanisme yang boleh kita fikirkan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.


"Jari-jariku sakit semua kerna dibalut oh masking tape, yaayyy!!!!" (sila baca dalam intonasi menyanyi ye?)
Seterusnya Kitorang diminta untuk membuat satu lakaran prototaip rekaan kita. Part ini memang aku suka sebab aku suka melukis (walaupun tak cantik). Ini bertujuan untuk memberi gambaran visual mengenai apa yang kita hendak reka sebentar lagi. Oh ya! Aku lupa nak cakap, setiap langkah-langkah tadi tu, kitorang hanya diberikan masa selama 3 minit sahaja! Dan aku berjaya mereka 2 prototaip dalam masa tersebut! hehehe....


                           


Ok, this is the best part. Dengan menggunakan bahan terpakai dan bahan kitar semula yang disediakan, kitorang diminta untuk membuat satu prototaip berdasarkan lakaran yang telah kita lakukan pada step yang ketiga tadi. Untuk langkah keempat ini, kitorang diberi masa sebanyak 7 minit sahaja.

Inilah dia seterotaip aku.
Selesai peserta menyiapkan prototaip masing-masing, masa untuk kitorang present kepada fasilitator untuk memberi penerangan mengenai prototaip yang telah disiapkan. Ternyata peserta-peserta lain memiliki daya kreativiti yang tinggi di mana setiap prototaip yang dicipta tidak sama langsung antara satu sama lain. bermakna tidak ada istilah 'copycat'. Everybody's bringing out the best idea in their own opinion. 


                          

                          

Now here comes the best part, prototaip aku mendapat pujian dari fasilitator kerana ianya praktikal, dan tidak perlu penerangan panjang lebar. Hanya perlu menunjukkan demo cara penggunaan sahaja, pengguna sudah tahu bagaimana cara untuk menggunakannya (berapa banyak perkataan "GUNA" daaaa).


                           

Tiba di langkah terakhir, iaitu kita bertukar pendapat dengan partner untuk mengkaji apa kekurangan pada prototaip tersebut, apa yang boleh diperbaiki, sebelum rekaan yang sebenar direalisasikan.

Siapa sangka yang kita semua memiliki kemampuan untuk berfikir di luar pemikiran yang tipikal. Sebenarnya semua manusia memiliki kehebatan tersebut, cuma kita kena cari suis ON dan terus berfikir di luar kotak. Program kali ini pada aku amat menarik, dan jika berpeluang untuk menyertai program ini sekali lagi, i would say YES, YES and YES!!! Terima kasih Genovasi kerana memberi peluang bernilai ini pada kami. 


Dah Habis sesi, apa lagi. Gambar!!!!



                              
Oh ya, sepanjang bulan jun  dan julai ini, Genovasi akan menganjurkan beberapa peraduan buat anda semua. hadiah Lumayan menanti buat pemenang:-

Name the Genovasi Blog Contest     - 23 Jun 2014 hingga 27 Jun 2014
12 Commandments Contest               - 26 Jun 2014 hingga 3 Julai 2014
Q&A Contest Week 1                             - 1 Julai 2014 hingga 4 Julai 2014
Q&A Contest Week 2                            - 7 Julai 2014 hingga 10 Julai 2014
Content Sharing Contest                    - 14 Julai 2014 hingga 21 Julai 2014
Favourite Quotes Contest                  - 18 Julai 2014 hingga 24 Julai 2014
Q&A Contest Week 3                           - 28 Julai 2014 hingga 1 Ogos 2014

Bagi pengumuman pemenang pula, berikut adalah tarikhnya:-

Name the Genovasi Blog Contest      - 5 Julai 2014
12 Commandments Contest              - 11 Julai 2014
Q&A Contest Week 1                      - 5 Julai 2014
Q&A Contest Week 2                      - 11 Julai 2014
Content Sharing Contest                    - 30 Julai 2014
Favourite Quotes Contest                  - 31 Julai 2014
Q&A Contest Week 3                      - 2 Ogos 2014



Untuk lebih lanjut, korang boleh check link-link di bawah ni:-

Website: www.genovasi.my


Lets get Creative!


No comments: