Ye, aku tak salah taip, dan korang tak salah baca. Memang Las Vacas, bukan Las Vegas kat America tu. Serius ini pertama kali aku dengar pasal Las Vacas, aku sempat google menyiasat tentang Las Vacas ni, dan terus aku excited melompat-lompat (ini sudah melampau!!)
Settle je tugasan di PJ sebelah paginya, aku dan Big Ben, abang Ben Ashaari menuju ke Lokasi letaknya Las Vacas, kat Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng. Aku ni jenis tak tahu jalan, pusing punya pusing rupanya aku pernah lalu je tempat ni, agak dekat jugak dengan KLCC. Boleh lah pergi sorang2 lepas ni, hahahaa...
Sampai je kat depan Las Vacas, aku dah terhidu dah aroma makanan menggoda lubang hidung nih, tapi kena bertahan dulu, buat kerja dulu ye... hahahaa.... (Dasar kuat makan)
Kawasan meja buffet sangat luas, dan korang tak perlu berebut-rebut nak ambil makanan dan tak perlu risau terlanggar orang. Jarak antara setiap meja juga adalah sangat selesa, Las Vacas memang mengutamakan keselesaan pelanggan yang hadir.
aku lupa apa nama ni, canapes kot, tapi rasanya sangat sedap, roti dipotong bentuk bulatan dan ada topping. macam nak cuba buat sendiri je menu ni...
Salad Salad memang menjadi perhatian aku di mana2 buffet yang aku pergi, makanan sihat tuuu...
Aku boleh katakan, ini adalah antara Nasi Hujan Panas paling sedap aku pernah makan... Abang Ben siap tambah dua kali tu!! Tu la tak percaya lagi, dah kata dah memang sedap. hahahaa
Oh yesss, kegemaran aku dah tentu lah yang ini!!!! yaaaayyyy... KAMBINGGG!!!
Makan yang disediakan sangat2 menyelerakan, sampai tak tau nak pilih yang mana satu.
Bila dah mention pasal buffet Ramadhan ni, dah tentu korang akan tanya "berapa harganya?" Meh aku jawab. Harga bagi orang Dewasa adalah RM100 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun sebanyak RM50. Berbaloi wooo, dengan Australian steaks and New Zealand lamb freshly barbequed on a grill! In addition, chefs will be creating a plethora of canapés and salads :- Smoked beef with mustard, tuna mayo egg teriyaki, black olive tapenade, chicken with creamy pesto, smoked turkey salad with balsamic, salad with beef strips, grilled vegetables and red cabbage slaws, creamy potato salad, spicy tomato and tea leaves with mixed nuts salad, mixed green salad. (speaking kauuuu!!!!)
Tak cukup lagi tu, Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Beef Rendang, Ayam Masak Merah, Ikan Bakar, Asam Pedas, Kuih Seri Muka, Karipap, Kuih Talam dan banyak lagi... oh, menu2 ala cart pun masih available sempena Ramadhan nanti...
Kemudahan surau juga disediakan, rileks... hehehee...
Ehhhh, ada lagi, Buffet Ramadhan Las Vacas hanya di Cawangan Yap Kwan Seng sahaja tau... Jangan salah tempat pulak, hahaha...
Apa lagi cepat2 buat tempahan, hubungi 03-21815586. Kang dah penuh, ambik bau je la dari luar, hahahaa... Siapa2 yang nak tengok persembahan pentas, pastikan korang booking pada hari sabtu dan ahad je, kalau hari biasa, korang nyanyi sendiri la sambil makan kat meja. hahaa...
Alamat: Las Vacas, Yap Kwan Seng, No. 33 Lot 5, Ground Floor, Wisma Winbond, Jalan
Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.
2 comments:
hikhik! ingatkan tersalah eja tadi.. mknn tu semua nampak melaparkan je, huhu~
Sedapppp..... Booking cepat, nanti full... Hehehe
Post a Comment