Cosmoderm

Sunday, June 29, 2014

Mengidam Sebelum Tiba Ramadhan...

Alhamdulillah Ramadhan telah pun tiba. Bagi peluang untuk perut kita dan sistem badan kita berehat sedikit. Ye lah, kalau tak memang non stop makan je aku, kesian perut aku, hahahaa...

So sebelum ketibaan Ramadhan, aku pernah menyuarakan keinginan pada geng KITARASA nak makan dekat Kaw'D (klik kat situ kalau nak baca entrynya). Teringin rasanya nak makan kat sana, sejak kali pertama dan kedua ke sana. Kesedapan burger dan hidangan lain masih teringat-ingat lagi. Perghhhh....

Bila dah sampai, dan nak order aku sedikit keliru dengan buku menunya, tak sama seperti kali terakhir kitorang datang iaitu buku menunya bergambar. Buku menu kali ini hanya ada nama menu, dan senarai harga saja, dan menunya juga sudah banyak yang berubah. Aku pun jadi keliru, nak order macam mana. Burger kegemaran aku iaitu Lambernizer juga sudah tiada (bila tanya pada waitress, dia kata takde). Samada Lambernizer sudah tukar nama atau memang menu tersebut sudah tiada aku tak pasti pula.

Maka aku mengambil keputusan untuk order Burger Permaisuri dan Mixed Fruit Mojito saja. Abang Bop dan Reja pula order Smokeynizer. Haqel yang tiba lewat sedikit pula order sama seperti aku. Sebagai tambahan kitorang order Wedges dan juga Set Meatball.

  

Kaw'd Meatball


Wedges dan cheese...
Burger Permaisuri, ohsem!!!!!
Burger Smokeynizer






Mixed Fruit Mojito
Ternyata kualiti rasa burger tetap sama, dan tidak berubah sejak pertama kali kitorang cuba. Sedap!!! Dari segi harga juga tidaklah terlalu mahal. Aku rasa dalam ramadhan ni, kemungkinan aku akan datang lagi untuk berbuka puasa di sini. Dan selepas balik dari cuti raya pun aku rasa akan datang lagi, hahahaa...

So pada yang nak cuba hidangan-hidangan mantap dari Kaw'd, make sure korang check link http://www.burgerbakar.com/ untuk sebarang info baru, lokasi, promosi, menu. Support produk anak Malaysia!

10 comments:

Mawardi yunus said...

mencik mencik mencik.. heret kain

razzwey razz said...

Hahahaa...
Yu is makan kacang pool je ok?
*lariiiiiikkkk*

Montana said...

burger permaisuri yg xbleh tahan tengok tu huhhh seksa batin ooo..hahaha..saja singgah mai sini nooo

razzwey razz said...

Sedap woooo....
Teringat2 kelazatannya.... Fuuuhhhh....

Unknown said...

Permaisuri kuuu...

razzwey razz said...

Amboiii... Teringat2 eh? Hahahaaa...

ezuddin said...

Adoi ai... puasa2 ni tgk benda2 gini yg membuatkan kita jadi mengidam.. hahaha

KHALID said...

wah kecur air liur tgk time2 pose ni

Jom ramai2 kita berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak XD




razzwey razz said...

Mengidam wooo....
Teringat2 sampai ke mimpi...
Hahahaaa...

razzwey razz said...

Nanti diorang akan buat buffet ramadhan, make sure pergi terjah ye? Air liur meleleh tengok hidangan semua.... Hahaha