Cosmoderm

Wednesday, June 25, 2014

Santai berbuka puasa di Kafe DailyFresh

Meh sini aku nak cerita sikit, baru-baru ni aku dan beberapa orang lagi rakan blogger dijemput ke Kafe DailyFresh di KL City Festival di Setapak untuk mencuba menu-menu yang ada di sana.

Lokasi KL City Festival ni, senang untuk dikesan menggunakan GPS, strategik, parking pun senang. Nak mencari Kafe DailyFresh ni pun senang, tak sesat pun, dari jauh dah boleh nampak. Shopping kat sini pun agak best jugak, boleh rambang mata dibuatnya. Hehehe...

Bagi aku yang kaki shopping ni dah tentu lah terus lupa diri sampai tak ingat masa, sedar-sedar dah nak berbuka dah. Nak cari food court mesti dah penuh, fast food apatah lagi, berdiri je la jawabnya. So jangan ragu-ragu, singgah terus ke Kafe DailyFresh, selesa pun selesa.


Hari tu aku datang bersama-sama Big Ben, Ben Ashaari. Terima kasih sebab ajak den yang kuat makan ni haa... Hahahaha...

Aku ni sebenarnya jarang nak menyinggah kat DailyFresh kalau jalan-jalan kat mall ni. Singgah pun sebab anak saudara aku nak makan jagung dalam cawan (corn in cup) dan Waffle. Tapi sebenarnya selain dari dua menu tadi tu, ada banyak lagi pilihan, ingat tu je ke? RZ oh RZ. Apa-apa pun inilah peluang untuk aku mencuba semua menu yang ada. Hahahaa...

Ye, aku tau sekarang ni isu HALAL adalah sesuatu yang besar di Malaysia. Jangan risau, kesemua produk-produk keluaran DailyFresh adalah HALAL. Nak bukti? Naaahhh....



Ada berbagai menu yang anda boleh pilih untuk berbuka. Ada air panas, sejuk, nak mintak suam2 pun boleh, yang penting korang bayar. Hahaha...




Nampak harga tu? murah je kan? Sedap pun sedap. Kalau korang tanya aku menu mana satu yang aku syorkan untuk korang cuba, aku rasa better cuba semua lah. Sedap weeehhh!!! Hahahaa...


Bagi penggemar makanan yang sejuk-sejuk, korang kena cuba Gelato Tempo. Sedap dia lain macam. Aku berjaya rasa semua perisa yang ada, apa yang aku boleh katakan, semua mabelesssss...



Atau korang boleh try Ice Kimo. Haaaaa yang ni aku siap tapau bawa balik rumah lagi, tapi sebenarnya dalam perjalanan ke pintu keluar KL City Festival dah licin dah aku habiskan. Hahahaa...

K
Kalau dah Sembang pasal DailyFresh memang tak sah kalau tak cerita pasal Cup Corn. Aku pun suka je makan, tapi apa yang aku baru tau bukan ada sejenis je, tapi ada 5 jenis Cup Corn yang korang boleh pilih. 

Kegemaran aku adalah Fury Chilli dan Freaky Garlic Cheese. Yang ni pun aku tapau bawa balik. sedap wooo...


Jangan dilupakan juga signature DailyFresh iaitu Wafito. Nampak macam simple je kan? Tapi kenyang aku dibuatnya bilah dah ratah 2 keping. Aku nak makan lagi ni... Alih-alih dah kenyang... Hahahahaa...

Ada Perisa Coco Deluxe, Pandan, Coffee dan Mocha. Sedap wooo...



Ok yang ni pula produk terbaru dari DailyFresh, korang kena borong benda ni banyak-banyak. Sebab masing-masing akan berebut nak mengunyah. Hahahaha... Serius ni aku cakap! 

POPCORN!!! Ada 5 perisa istimewa yang anda boleh borong. Caramel, Spicy Curry, Seaweed, Hony Dew dan Black Sesame. Dan kesemuanya tidak mengandungi MSG tau... Sedap lagi Menyihatkan gitu...

Pengumuman penting!!! Sempena bulan Ramadhan ni, DailyFresh ada membuat promotion istimewa. Promotion ni terhad tau...


Ok2, ini hanya istimewa buat pembaca setia blog aku. Cepat-cepat print voucher di bawah ini. Dan Sila tuntut di mana-mana kiosk atau Kafe DailyFresh yang berdekatan dengan anda. Cepaaaatttt!!!! Hahahahaa....


Nak tau senarai outlet DailyFresh di Malaysia, klik SINI tau? Selamat Berpuasa!


4 comments:

reezluv said...

kedai yang kompem singgah kalau berhenti kat R n R..haha..popcorn yang sedap amat

razzwey razz said...

Hahaha...
Popcorn dia serius sedap!!! Non stop kunyah.... Onomnomnomnom....

Mawardi yunus said...

pasni leh la belanja aku kan..

razzwey razz said...

Jom jom...
Nak beli ice kimo... Nyum nyum