بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Maka dengan ini aku mengumumkan akan bersara sebagai seorang Jurulatih Kecergasan (Senamrobik) setelah hampir 9 tahun aku berkecimpung dalam industri kecergasan. Keputusan ini bukan mengambil yang sekejap untuk aku pertimbangkan, dah lama aku pendam dan fikirkan. Ye lah, dunia kecergasan ni jadi sebahagian dari hidup aku, rakan2 dalam dunia kecergasan juga telah aku anggap sebagai keluarga kedua aku, dan di bidang kecergasan ini jugalah aku mencari rezeki sampingan.
Mungkin ada yang masih tidak percaya akan kemampuan aku dalam bidang ini. Biasalah 'the typicals' tetap akan terus memandang sepi akan keupayaan aku memandangkan saiz fizikal aku ni bukanlah se'solid' yang lain. Takpelah, aku tak salahkan diorang pun, sebab 'the typicals' will always do what they do best which is:- pandang serong/pandang rendah atau tak pandang langsung.
Walaubagaimanapun, aku telah berjaya buktikan pada orang ramai di luar sana yang fizikal bukanlah penghalang untuk menjadi seorang instruktor kecergasan. Aku bermula dengan kursus Jurulatih Kecergasan (senamrobik) tahap asas (2005) dan lulus dengan cemerlang, kemudian sambung ke tahap lanjutan (2006), juga lulus dengan jayanya sehingga lah ke peringkat akreditasi (2007). Aku berjaya melepasi semua tahap tersebut dan akhirnya berjaya ditauliahkan sebagai Jurulatih Kecergasan (senamrobik) oleh Kementerian Belia & Sukan.
Pada aku takde apa2 yang perlu aku kesalkan, aku dah berjaya capai semua itu dalam masa 2 tahun. Aku tak peduli orang nak kata apa, yang penting aku dah berjaya buktikan yang aku boleh. Dan dalam masa yang sama aku cuba untuk memberi inspirasi kepada mereka yang berbadan seperti aku untuk mencuba. Pada aku, itu adalah satu kejayaan.
Sekarang, aku rasa dah tiba masa aku beri laluan kepada muka2 baru yang lebih muda, lebih fresh dan lebih hebat. Industri ini pun bukan besar sangat, pusing2 orang tu jugak. Dan apa yang aku cuba untuk sumbangkan dalam masa 9 tahun ini aku rasa dah cukuplah, aku dah letih. Bukan letih dengan orang, tapi letih dengan industri yang masih lagi 'stereotype' dan belum terbuka 'kotak'nya.
Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Sifu2 aku, Abang Malik, Kak Sharifah Hanim, Kak Adilla, Abang Yazid, Kak Chah, Mak Wan, Kak Azizah, Kak Jamuna, Abg Busman, Abg Tommy, Cikgu Suhaimi, Kak Maria, Kak Suzi, Kak Aspalela, Kak Saloma, Abg Rashid, Mrs Josephine, Kak Ija, Kak Aliez, Kak Shida, Kak Ckin, Kak Murni, Along, Abang Giant, Abang Azame, Kak Neesa, (maaf jika ada yang saya lupa sebut nama). Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala ilmu yang anda kongsikan kepada saya, saya takkan lupakan sampai bila2. Saya doakan semoga anda semua akan terus berjaya melahirkan lebih ramai jurulatih berkualiti dan bertaraf dunia.
Buat rakan2 seperjuangan, (maaf terlalu ramai), terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keseronokan saya dalam dunia kecergasan ini. Semoga korang akan terus berjaya sebagai jurulatih kecergasan dan terus berbakti kepada masyarakat dalam melahirkan rakyat yang sihat dan cergas.
Selamat tinggal dunia kecergasan. Mungkin di acara2 yang lain kita akan bertemu lagi tapi aku bukan lagi hadir sebagai peserta atau petugas, tapi hanya sebagai pemerhati dari jarak jauh saja. Aku dah merajuk dengan industri sebenarnya.
Sekian, salam kecergasan buat semua.
Wassalam.
9 comments:
Bersara ke bro. Tak rasa ralat ke..
In syaa allah di luar sana ada rezeki lain...
Yup, rasa dah cukup lah setakat tu saja penglibatan dalam industri ni.
Rezeki di mana2, yang penting kita usaha, doa & tawakal...
Semoga ada rezeki yang baik di luar sana. ;)
InsyaAllah, terima kasih...
semoga ini adalah keputusan yang terbaik... takpe masih boleh U-turn ;)
InsyaAllah, harapnya macam tu lah...
Wahh hebat nya razi... nanti boleh lah di Pulau Rawa jadi instructor utk aerobik yerr
Wahh hebat nya razi... nanti boleh lah di Pulau Rawa jadi instructor utk aerobik yerr
boleh coach zumba kbba la lepas ni
Post a Comment