Cosmoderm

Friday, June 27, 2014

Transformers 4: Age Of Extinction, best ke?

Aku berpeluang untuk menonton filem Transformers 4: Age Of Extinction 3D. Sebenarnya aku bukan lah peminat transformer versi filem, dan siri transformers yang sebelum ini pun aku tak pernah tengok walaupun ada megan fox yang mega hot tu. Tapi kalau bagi kartun transformer, aku memang layan habis. Hahaha....





Post aku kali ini bukan berbentuk review, sebab transformers 1,2,3 pun aku tak tengok so malas nak buat review. Tapi apa yang aku boleh katakan, Transformer 4 ini sangat LAYAN!!!! Dari segi visual Effects dia memang marvelous, tip top meletop!!!

Dan yang paling utama sekali adalah....

AKU TAK TERTIDUR!!!!

Aku ni jenis yang senang tertidur dalam panggung walaupun muvi tu sebest (wujud ke istilah ni??) mana pun. Kalau aku dah bosan, memang tidur je la...  Hahaha... Sedap wooo tidur dalam panggung, aircond lagi...

So kesimpulan aku, cerita ni agak best gak la, layan. Cuma aku tak boleh terima bila robot (autobot & decepticon) ada mulut macam manusia...  Hahahaha...

Tips untuk yang nak tengok apa-apa filem 3D, sila ambil seat di tengah untuk merasakan kesan maksimum 3D tersebut. Jangan ambil seat tepi dekat dinding tu, sebab ada 'blind spot' so kesan 3D tu dapat 70% je rasanya. Ok?

So pada yang nak tengok Transformers 4, sila beli tiket awal, sebab tiket sekarang sedang panas dijual. Jangan datang lambat, nanti tengah2 beratur beli tiket, keluar pengumuman: TIKET UNTUK TAYANGAN HARI INI SUDAH SOLD OUT!!! Hahaha...

Selamat menonton!

2 comments:

Unknown said...

bagus2.. yang penting tak tdo...
rugi bayar tiket...

razzwey razz said...

Hahahaa....
Tau takpe, nasib baik wayang best!