Cosmoderm

Sunday, July 20, 2014

Pulih Dari Demam Denggi

Assalamualaikum semua,

Syukur Alhamdulillah aku telah pulih dari Demam Denggi setelah lebih seminggu menanggung sakit dan penat berulang ke Klinik untuk mengambil ujian darah. Masa ni aku langsung takde mood nak update blog, memanjang letih je. Maafkan aku wahai pembaca blog yang dikasihi (ececeyyyy)

Sekarang aku dah sihat semula, moga mood untuk update blog akan kembali aktif seperti biasa. Tapi nak cerita jugak lah, proses aku untuk sembuh semula bukanlah senang, banyak masa, tenaga dan usaha kena dikorbankan. Untuk aku yang duduk kat KL ni, kena berulang ke klinik setiap hari bukanlah satu perkara yang mudah. Dah sampai klinik, kena tunggu giliran pulak untuk daftar, giliran untuk ambil darah, lepas tu giliran untuk jumpa doktor pulak. Letih tau...




Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan rakan-rakan semua, aku dah semakin pulih. Terima kasih. 

Thursday, July 10, 2014

Seronok Belajar Sains dengan Little Scientists

Orang selalu cakap sains itu membosankan, memeningkan kepala, rumit. Tapi sebenarnya sains adalah satu subjek yang sangat menyeronokkan, kalau tak seronok, takkan lah subjek sains aku masa SPM dulu dapat A2? Hehehe…

Memupuk minda untuk meminati sains boleh dipupuk sejak kecil lagi. Umumnya semua orang tahu bahawa kanak-kanak suka ‘explore’ benda baru dan mereka rasa ianya seperti magik! Kita ambil contoh ekperimen campuran warna:-

Biru + Kuning = Hijau
Kuning + Merah = Jingga
Putih + Merah = Merah Jambu


Hasil daripada percampuran warna ini menjadikan anak-anak kecil ini rasa kagum dan seronok, dan mereka pasti akan membuat eksperimen untuk warna-warna yang lain juga. Betul tak? 

Pelan pengajaran direka secara komprehensif dan holistik, menerapkan integrasi pembangunan intelek, rohani, emosi dan fizikal kanak-kanak. Setiap pelajaran direka dengan kombinasi setiap kemahiran kecerdasan. Program Little Scientists juga mengajar anak-anak ini untuk mengaitkan sains dengan kehidupan seharian dan paling penting hubungan dengan Allah S.W.T.

Kanak-Kanak suka bermain (saya juga suka bermain). Bermain juga adalah cara kanak-kanak belajar. Ia adalah penting untuk pertumbuhan yang sihat dan perkembangan minda kanak-kanak. Apabila bermain, mereka belajar untuk menyelesaikan masalah, bersama kanak-kanak lain, untuk meneroka dunia di sekeliling mereka.


Kat bawah ni adalah antara aktiviti yang dijalankan di dalam program Little Scientists. Serius bila dah besar, terasa ruginya tak dapat peluang macam ni masa aku kecil dulu. Kalau tak mesti aku dah jadi Professor dah sekarang, hahaha....


Slot program Little Scientists ada ditayangkan di TV9 melalui rancangan Assalamualaikum setiap Jumaat jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Slot yang diacarakan oleh pengacara Nurazidah Mohamed menampilkan kanak-kanak yang mengikuti program Little Scientists. 

Bestnya main eksperimen DNA Tomato!!!! Nak Try!!!!

Antara komen Nurazidah Mohamed melalui laman Mangga Online:-

“Melakukan pengambaran bersama kanak-kanak ini bukan mudah kerana kita mesti mengikut mood mereka. Walaupun macam-macam ragam saya perlu hadapi, saya rasa ini adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.”-Nurazidah Mohamed-

Pada 9 Julai 2014  iaitu hari Rabu lepas jam 6.15 PetangLittle Scientists bersiaran Radio IKIM.FM untuk bercerita lebih lanjut mengenai program dan aktiviti yang dijalankan oleh Little Scientists. Dalam sesi temubual tersebut, Puan Ho Teh Eng  menceritakan betapa terujanya anak beliau semasa diajar mengenai eksperimen campuran warna. Sedari itu, Puan Ho dan suami mengambil langkah setapak kehadapan dengan mewujudkan sebuah program yang berkonsepkan hands-on iaitu Little Scientists dan ternyata program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

Untuk merdengar rakaman slot Little Scientists di Radio IKIM.FM, boleh lah klik di SINI




Pada pendapat aku, program Little Scientists ini adalah satu program yang perlu ada di setiap taska-taska. Kaedah pembelajaran yang menyeronokkan ini bukan sahaja baik untuk perkembangan minda kanak-kanak, malah dalam masa yang sama, meningkatkan daya kreativiti dan kecintaan kepada agama.

Ok, untuk lebih lanjut mengenai Little Scientists, boleh klik atau hubungi butiran di bawah:-

No. Tel: 010-766 6128
E-mel: enquiry@littlescientists.com


P?S: Siapa Kata Sains Tak seronok?

Friday, July 4, 2014

Berbuka Di Manhattan Fish Market

Beberapa hari lepas, berbekalkan perancangan di saat-saat akhir aku sempat join geng2 KBBA untuk berbuka puasa bersama-sama. Tapi masalah utama adalah....

"Nak Makan Kat Mana?"

Punya lah nak ambil masa semata-mata nak pilih lokasi berbuka, masing-masing ada pilihan tersendiri. dan akhirnya kitorang sebulat badan memilih untuk berbuka di....

THE MANHATTAN FISH MARKET

Jangan risau, kitorang bukan makan kat Pasar Ikan Man Hattan kat Presint 8 tu, kitorang makan kat Kompleks Alamanda. Rasanya ini kali pertama aku berbuka puasa di TMFM ni, errr tak! ini kali pertama aku berbuka puasa di Alamanda! setelah 6 tahun menetap kat KL ni... hahaha...

Macam biasalah, apa2 kejadian, aku mesti akan sampai awal. So sementara tu ambil la 8-15 keping gambar selfie dulu, hahaha. Terima kasih kepada Kak Sue Izza kerana tolong booking dulu, kalau tak mesti kitorang makan roti sosej je tepi kolam Alamanda tu. Anyway bukan aku dengan kak sue je, tapi dengan NajeebYantyQaseh dan Mawardi. Walaupun kami berenam saja, tapi kecoh macam 66 orang, hahahaa...

Dah nama pun blogger, tak sah kalau order tak sampai, kitorang tak amik gambar kan? lantak lah orang nak kata mental ke apa, kesaahhh??? hahaha... Nak tau apa yang kitorang order? Naaahhhh....

 Ni Namanya Fried Giant Platter, kongsi berempat kaaauuu... Hahahaa...

 Ini aku selalu keliru nak sebut, aglio olio, camtu kot. Ni Najeeb punya *platter pun ada share dia jugak*

 Ini aku punya, Lamb Stew & Fried Dory, ini menu promosi Ramadhan tau...

 Madi punya lah excited tengok order dia (aku yang terlebih), rupanya order salah hantar

Sebenarnya Madi order yang ni je... Hahaha...

 Ye, Giant Platter ni besar gile okay?? Mari kita ambil gambar dengan gaya terkejut! hahaha...

Ok, mari ambil gambar dengan order yang tersalah hantar... Hahaha....

Komen aku, memang sedap!! Next time kalau ada rezeki lebih aku akan datang singgah lagi! Tapi tak nak la datang sorang je, ajak kawan-kawan lah. Kang dikata 'Forever Alone' pula. Hahaha...

Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Menjamu Selera.


Thursday, July 3, 2014

Program Jalinan Ramadhan 1435H

Assalamualaikum, 

Sempena bulan mulia Ramadhan ini, aku nak share satu program amal iaitu Jalinan Ramadhan 1435H anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor. Ayuh kita sama-sama menghulur bantuan sekadar yang termampu. Jika tiada kemampuan dari segi kewangan, anda tolong hebahkan kepada rakan-rakan saja, saya sudah cukup bersyukur dan berterima kasih.

Allah saja yang dapat membalas jasa baik anda semua.


Maklumat Program.

Program Jalinan Ramadhan
Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor (no pendaftaran:PPM-014-10-13012014)

Tarikh  dan Tempat - 
20 Julai 2014 / 22 Ramadhan 1435H
Sekitar Kuala Langat,Selangor

Matlamat - 
Mengedarkan pek barangan dapur kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Objektif -
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.

Golongan sasaran -
300 keluarga Mualaf (orang asli),Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.

Kos Program -

Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain.
Nilai 1 pek RM200

Jumlah Dana yang diperlukan - 
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)

Sasaran Sumbangan - 
RM200 seorang - terpulang pada keikhlasan anda.

Cara Sumbangan -
Boleh disalurkan melalui 

Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
* 86 0193243 8

Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR)
* 1641 8240 4340

Penting - Apabila sumbangan telah di bank-in


Sila emailkan nama anda,nama bank,Tarikh dan masa bank-in,jumlah sumbangan ke kelabnurinsaniah@gmail.com
contoh : Ahmad,cimb,15/5/2014 11.00 am,RM200
Untuk sms/whatsapp sila hantar ke no ini 018-2711362

Info lanjut di 
FB - https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah
blog - http://www.nurinsaniah.com

Pegawai Bertugas-
Mohd Hasrul 0111-6269252, Zamri 019-2745034, Jamian 012-2676091

Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘Berkongsi Membawa Berkat’

Yang benar, 
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :kelabnurinsaniah@gmail.com
Website: http://www.nurinsaniah.com/
Like Fan page : https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah



Tuesday, July 1, 2014

Dah Bayar Zakat Fitrah belum?

Assalamualaikum,

Korang dah menunaikan zakat fitrah ke? mesti ada yang tertanya-tanya kadar zakat fitrah tahun ni masih sama macam tahun lepas ke atau dah berubah?

Kepada korang yang baru pertama kali nak menunaikan zakat fitrah tahun ini, dan tak tahu berapa kadar zakat fitrah tahun 2014. Jangan gementar, di bawah ni aku sediakan jadual kadar bayaran zakat fitrah bagi seluruh negara.



*Perbezaan kadar bayaran zakat fitrah di Negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan.  

RM 5.00 - Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15%
                  hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM 1.80 sekilogram.

RM 8.00 - Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras
                  super tempatan 15% hancur (beras nasional)

Haaa... Dah tau berapa kadar bayaran? pergilah tunaikan zakat fitrah segera supaya dapat diagihkan kepada yang memerlukan dengan kadar segera juga. Pastikan korang membuat bayaran kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan restit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Apa-apa pun, selamat berpuasa semua...

Rashidun Caliph Conference 2014

Assalamualaikum,

Tathweer Sdn Bhd akan menganjurkan satu Persidangan Islam, iaitu Rashidun Caliph 2014 yang akan berlangsung di Dewan merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 30hb Ogos 2014 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57.

Objektif utama persidangan selama satu hari ini adalah untuk menyediakan platform untuk berkongsi idea dan pengetahuan bersama ilmuan-ilmuan ternama islam dalam mendapatkan sumber pengetahuan  dan untuk memberi kita lebih pemahaman terhadap Khalifah Ar-Rashidin dalam konteks Islam. Dalam program ini, kajian lebih terperinci akan dibincangkan terhadap empat khalifah terawal yang juga dikenali sebagai 'orthodox caliphs' iaitu Abu Bakr(632-634), Umar(634-644), Uthman(644-656) dan Ali(656-661).

Persidangan ini juga akan membincangkan tentang persepsi dunia terhadap Islam pada hari ini yang mana membangkitkan persoalan yang besar akan bagaimana seorang muslim itu memahami dan mempraktikkan ajaran Islam itu sendiri. Bertepatan dengan cabaran bagi orang Islam untuk memperbetulkan pandangan mereka terhadap agama dalam dunia moden hari ini, iaitu untuk mempertimbangkan keutamaan, untuk membangunkan kaedah pemahaman yang sesuai, dan untuk menerap asas-asas prinsip Islam dalam diri mengikut ketetapan Allah S.W.T melalui tanggungjawab sosial dan naluri kemanusiaan secara menyeluruh.

Antara ahli panel yang akan terlibat dalam persidangan ini adalah:-

 1.  Dr. Abu Ameenah Bilal Philips
 2.  Dr. Shaykh Reda Bedeir
 3.  Sheikh Hussain Yee
 4.  Shaykh Faisal Abdur-Razak
 5.  Sheikh Abdul Hakeem Waleed
 6.  Abu Ahmad




Tiket adalah berharga RM 100 sahaja. Sangat berbaloi. Datanglah beramai-ramai. 

Bagi tujuan pendaftaran dan pembayaran tiket, sila klik SINI ye? Daftar segera.