Cosmoderm

Tuesday, July 1, 2014

Rashidun Caliph Conference 2014

Assalamualaikum,

Tathweer Sdn Bhd akan menganjurkan satu Persidangan Islam, iaitu Rashidun Caliph 2014 yang akan berlangsung di Dewan merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 30hb Ogos 2014 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57.

Objektif utama persidangan selama satu hari ini adalah untuk menyediakan platform untuk berkongsi idea dan pengetahuan bersama ilmuan-ilmuan ternama islam dalam mendapatkan sumber pengetahuan  dan untuk memberi kita lebih pemahaman terhadap Khalifah Ar-Rashidin dalam konteks Islam. Dalam program ini, kajian lebih terperinci akan dibincangkan terhadap empat khalifah terawal yang juga dikenali sebagai 'orthodox caliphs' iaitu Abu Bakr(632-634), Umar(634-644), Uthman(644-656) dan Ali(656-661).

Persidangan ini juga akan membincangkan tentang persepsi dunia terhadap Islam pada hari ini yang mana membangkitkan persoalan yang besar akan bagaimana seorang muslim itu memahami dan mempraktikkan ajaran Islam itu sendiri. Bertepatan dengan cabaran bagi orang Islam untuk memperbetulkan pandangan mereka terhadap agama dalam dunia moden hari ini, iaitu untuk mempertimbangkan keutamaan, untuk membangunkan kaedah pemahaman yang sesuai, dan untuk menerap asas-asas prinsip Islam dalam diri mengikut ketetapan Allah S.W.T melalui tanggungjawab sosial dan naluri kemanusiaan secara menyeluruh.

Antara ahli panel yang akan terlibat dalam persidangan ini adalah:-

 1.  Dr. Abu Ameenah Bilal Philips
 2.  Dr. Shaykh Reda Bedeir
 3.  Sheikh Hussain Yee
 4.  Shaykh Faisal Abdur-Razak
 5.  Sheikh Abdul Hakeem Waleed
 6.  Abu Ahmad




Tiket adalah berharga RM 100 sahaja. Sangat berbaloi. Datanglah beramai-ramai. 

Bagi tujuan pendaftaran dan pembayaran tiket, sila klik SINI ye? Daftar segera.

2 comments:

Kakcik Nur said...

Good job. :)

razzwey razz said...

Alhamdulillah, terima kakcik...

:)