Orang selalu cakap sains itu membosankan,
memeningkan kepala, rumit. Tapi sebenarnya sains adalah satu subjek yang sangat
menyeronokkan, kalau tak seronok, takkan lah subjek sains aku masa SPM dulu
dapat A2? Hehehe…
Memupuk minda untuk meminati sains boleh
dipupuk sejak kecil lagi. Umumnya semua orang tahu bahawa kanak-kanak suka ‘explore’
benda baru dan mereka rasa ianya seperti magik! Kita ambil contoh ekperimen
campuran warna:-
Biru + Kuning = Hijau
Kuning + Merah = Jingga
Putih + Merah = Merah
Jambu
Hasil daripada percampuran warna ini
menjadikan anak-anak kecil ini rasa kagum dan seronok, dan mereka pasti akan
membuat eksperimen untuk warna-warna yang lain juga. Betul tak?
Pelan pengajaran direka secara komprehensif dan holistik, menerapkan integrasi pembangunan intelek, rohani, emosi dan fizikal kanak-kanak. Setiap pelajaran direka dengan kombinasi setiap kemahiran kecerdasan. Program Little Scientists juga mengajar anak-anak ini untuk mengaitkan sains dengan kehidupan seharian dan paling penting hubungan dengan Allah S.W.T.
Kanak-Kanak suka bermain (saya juga suka bermain). Bermain juga adalah cara kanak-kanak belajar. Ia adalah penting untuk pertumbuhan yang sihat dan perkembangan minda kanak-kanak. Apabila bermain, mereka belajar untuk menyelesaikan masalah, bersama kanak-kanak lain, untuk meneroka dunia di sekeliling mereka.
Kat bawah ni adalah antara aktiviti yang dijalankan di dalam program Little Scientists. Serius bila dah besar, terasa ruginya tak dapat peluang macam ni masa aku kecil dulu. Kalau tak mesti aku dah jadi Professor dah sekarang, hahaha....
Slot program Little Scientists ada ditayangkan di TV9 melalui rancangan Assalamualaikum setiap Jumaat jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Slot yang diacarakan oleh pengacara Nurazidah Mohamed menampilkan kanak-kanak yang mengikuti program Little Scientists.
Bestnya main eksperimen DNA Tomato!!!! Nak Try!!!!
Antara komen Nurazidah Mohamed melalui laman Mangga Online:-
“Melakukan pengambaran bersama kanak-kanak ini bukan mudah kerana kita mesti mengikut mood mereka. Walaupun macam-macam ragam saya perlu hadapi, saya rasa ini adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.”-Nurazidah Mohamed-
Pada 9 Julai 2014 iaitu hari Rabu lepas jam 6.15 Petang, Little Scientists bersiaran Radio IKIM.FM untuk bercerita lebih lanjut mengenai program dan aktiviti yang dijalankan oleh Little Scientists. Dalam sesi temubual tersebut, Puan Ho Teh Eng menceritakan betapa terujanya anak beliau semasa diajar mengenai eksperimen campuran warna. Sedari itu, Puan Ho dan suami mengambil langkah setapak kehadapan dengan mewujudkan sebuah program yang berkonsepkan hands-on iaitu Little Scientists dan ternyata program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Untuk merdengar rakaman slot Little Scientists di Radio IKIM.FM, boleh lah klik di SINI
Untuk merdengar rakaman slot Little Scientists di Radio IKIM.FM, boleh lah klik di SINI
Pada pendapat aku, program Little Scientists ini adalah satu program yang perlu ada di setiap taska-taska. Kaedah pembelajaran yang menyeronokkan ini bukan sahaja baik untuk perkembangan minda kanak-kanak, malah dalam masa yang sama, meningkatkan daya kreativiti dan kecintaan kepada agama.
Ok, untuk lebih lanjut mengenai Little Scientists, boleh klik atau hubungi butiran di bawah:-
No. Tel: 010-766 6128
E-mel: enquiry@littlescientists.com
website: http://www.littlescientists.com/
Online Shop: http://www.littlescientists.com/shop/
P?S: Siapa Kata Sains Tak seronok?
3 comments:
Razi cpt kawen.. nanti boleh hantar kat sini.
yuhuu razi! , kak fiza dh follow sini n update bloglist KBBA :p
Hahahaa... Hantar siapa dkna?
Hantar wife gi Little Scientists ke?
Post a Comment