Assalamualaikum,
Bila sebut tentang tarikh 31 Ogos pada setiap tahun, seluruh rakyat Malaysia sudah tahu akan keistimewaan tarikh tersebut. Kalau ada yang tidak tahu pun kemungkinan mereka itu terdiri daripada bayi, atau mereka yang mengalami masalah hilang ingatan, hehehe.
Secara umum korang dah tahu apa erti kemerdekaan yang sebenar pada kita semua kan? Bagus, takyah lah aku nak ceritakan lagi ye dok?
Tapi pada aku selain dari menghayati erti kemerdekaan pada tarikh bersejarah 31 Ogos 1957, aku ada satu lagi hari istimewa untuk aku raikan pada tarikh tersebut.
Hari istimewa itu ialah hari ulangtahun perkahwinan ibu & bapa aku. Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada tarikh 31 Ogos 1975. Dan pada hari ini (31 Ogos 2014), usia perkahwinan mereka telah mencecah 39 tahun lamanya. Alhamdulillah.
Walaupun sudah lama aku tidak berpeluang meraikan hari istimewa ini bersama keluarga di Kota Kinabalu kerana berkhidmat di Tanah Semenanjung sejak tahun 2008 lagi, namun tarikh 31hb Ogos akan sentiasa terpahat di dalam ingatan sampai bila-bila. Ingatan itu juga aku sertakan bersama doa semoga kami sekeluarga akan sentiasa bahagia, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.
Buat ibu & bapa yang sentiasa disayangi dan dirindui, maafkan aji kerana tidak dapat meraikan hari bahagia ini bersama-sama di rumah seperti selalu. Ketahuilah bahawa ibu & bapa sentiasa ada dalam hati dan sentiasa aji doakan yang terbaik buat keluarga kita. Sayangnya aji pada ibu & bapa tidak dapat diterjemahkan melalui kata-kata.
"Ya Allah, engkau rahmatilah kedua ibu bapaku. Engkau panjangkan lah umur mereka, berikan kesihatan yang baik, murahkan lah rezeki mereka, kebahagiaan yang berpanjangan dan engkau kurniakanlah Syurga kepada mereka Ya Allah. Amin..."
Aji sayang Ibu & Bapa...