Dah lama aku tak update entry kan?
Kali ini aku nak cerita pasal sebuah restoran yang aku sempat singgah tengahari tadi. Lokasi tak lah jauh sangat dari Putrajaya, Dengkil saja pun. Mesti ada yang fikir "Dengkil tuuu, jauhnyaaaa!" Sebenarnya takde lah sampai ke pekan dengkil tu, hanya depan sedikit saja dari Presint 20 Putrajaya. Kalau ikut dari Pejabat aku, tak sampai 10 minit pun.
![]() |
Restoran Sri Manis, Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil. |
Inilah restoran yang aku maksudkan tu. Restoran Sri Manis, Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil. Betul-betul terletak di tepi jalan, tak susah nak cari pun. Dekat sini ada jual nasi campur, lauk-lauk kampung yang memang mabeless! Ikan bakar, dan antara tarikan istimewa restoran Sri Manis ini pada pendapat aku ialah:-
AYAM GOLEK HAVOC
Serius, pertama kali aku dengar member aku cakap "Ayam Golek Havoc" aku tergelak. Bukan sebab apa, tapi aku respect la cara pengusaha kedai makan kita hendak menarik perhatian pelanggan, kreatif jugak kan? Lepas ni kalau aku nak buka bisnes ayam golek, aku nak namakan sebagai "Ayam Golek Rindu Awak 200%" boleh? hahaha.
Kenapa aku katakan menu Ayam Golek Havoc ini istimewa? Sebab menu ini hanya dijual pada hari Jumaat saja. Dan pada hari Jumaat jugalah restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan (memanglah pelanggan, takkan penuh dengan karburetor Honda Civic kot?). Masjid pula hanya berdekatan saja dengan restoran ini, maka tak hairan lah sangat ramai yang datang singgah ke sini untuk makan tengahari tak kisah lah sebelum solat Jumaat atau selepas solat Jumaat.
![]() |
Ini lah Ayam Golek Havoc tu, jangan dipandang enteng pada rupanya. Cuba dulu baru tahu... |
Harga makanan di sini agak sederhana, tidak lah terlalu mahal, sedang-sedang saja. Bagi sepotong ayam yang sebesar ini adalah RM5.00 manakala harga bagi seekor ayam golek yang bulat adalah RM18.00, boleh makan hingga 4 atau 5 orang.
Pada aku, ayam golek havoc ni rasanya agak boleh tahan juga lah. Dagingnya lembut, dan wangi (ayam golek kot?). Aku tak ambil banyak sangat lauk, Cuma nasi putih suku pinggan, sayur kacang panjang dan ayam je. Lauk-lauk yang lain nanti aku cerita lagi, tunggu aku datang singgah lagi. Kunjungan kali pertama aku ni memang semata-mata nak try ayam golek havoc tu je. Next time aku try lauk pauk yang lain pula.
10 comments:
wahhhhh dekat je ni,nak pergi try la,tq razi bgtau..heheheheh
Jom pergi ramai2... hehehe..
Rupa tak penting. Yang penting keenakkan rasa. Murah la kalau seekor rm18. Boleh try nih nanti.
Ayam oh ayam jauhnya dikau aampai ke dengkil nuuuu hehe :D
Nama menu boleh menggamit pelanggan; itulah yg dinamakan strategi pemasaran.. dengkil terus ke banting plk nanti ye razi..tak jauh dah tu, spesel kat sini adalah makanan laut.. siput pepahat cili ! Terbaik.
Murahnyaaa seekor ayam golek rm18. Kat sini sure rm20 keatas.. sedapnyaaaa... Kena ajak parents ena ni nanti
Yup, sedap wooo...
Hahahaa... Ayam ni merantau...
Wahhh sedap tu, nanti nak try lah... :-)
Ajak hari jumaat je tau? Hari lain takde ayam golek, jumaat je.. Hehehe
Post a Comment