Cosmoderm

Thursday, August 7, 2014

Sebak Naik Flight

Assalamualaikum semua...

Rasanya masih tak terlambat lagi aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kan? Raya sebulan kot, hehehe... 

Dalam kesibukan Aidilfitri, barulah aku mempunyai kesempatan untuk mengupdate (wujud ke istilah tu?) entry baru. Dengan internet yang kejap ada kejap takde, pengembaraan di kawasan yang hampir takde line internet, so agak menyukarkan aku untuk beronline sekerap mungkin. Namun itulah terget aku sepanjang beraya di kampung, kurangkan online dan bersosial lebih kerap bersama keluarga dan rakan-rakan. BERJAYA!!! hahaha...

Sebenarnya aku nak cerita sikit pengalaman aku menaiki flight Malaysia Airlines MH2612 masa nak balik kampung ahad lepas. Aku tak nafikan sejak beberapa kejadian di seluruh dunia berkaitan kapal terbang, aku nervous yang teramat sangat. Ye lah, naik flight pun bukan selalu, setahun sekali je, itu pun masa nak balik raya.

Awal pagi selepas subuh aku dah gerak ke KL Sentral dari rumah. Flight aku jam 9.20 pagi, kena lah sampai paling cepat 2 jam sebelum penerbangan. Mujur boleh check in baggage terus di KL Sentral. Kalau tak, mesti aku dah keberatan mengangkat beg yang berkilo-kilo tu naik ERL  Ekspress ke KLIA. Senang, dah la tak ramai orang, urusan pun selesai cepat.



Sampai je kat KLIA, betapa leganya aku, kaunter check in SESAK!!! Nasib baik dah check in awal. So aku pun terus berjalan menuju ke boarding hall walaupun masih awal lagi, boarding jam 8.45, tapi jam 7.35 aku dah tercongok kat boarding hall.

Boarding je dalam kapal, makin nervous aku! dup dap dup dap jantung aku. Bila dah terbang aku tak buat apa-apa, tidur je. sebab malam sebelum tu aku tak tidur sebab packing di saat akhir. Makanan dalam flight pun aku tapau je, puasa kan? hahaha...

Tidur punya tidur, sedar je dah dengar pengumuman "Tuan tuan dan puan puan, kita akan mendarat sebentar lagi, sila tegakkan tempat duduk anda, sila matikan telefon bimbit anda dan peralatan elektronik anda, blaa blaa...." 

BAMMM!!!! terus aku makin nervous! antara pengalaman yang paling aku takut dalam flight ialah part mendarat sebenarnya. Sejak aku kecil lagi memang aku takut bila kapal terbang mendarat. Entah kenapa, mungkin sebab gegaran kapal tu kot.



Sebaik saja kapal mendarat, tiba-tiba terasa sebak sangat. Bukan sebab dah lama tak balik kampung. Tapi bila mengenangkan tragedi MH370 dan MH17, perasaan aku menjadi sayu, sedih, simpati tapi dalam masa yang sama rasa syukur kerana telah mendarat dengan selamat. Aku ni, luaran nampak je six pack, tapi jiwa sensitif sebenarnya. 

Kepada anda semua, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa tragedi MH370 & MH17 dan jangan dilupakan doakan juga saudara-saudara kita di Palestin, doakan juga ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, mereka yang telah kembali menghadap Ilahi. 

Salam Aidilfitri dari RZ sekeluarga.

ini belum sampai separuh pun, ramai lagi yang belum sampai...





1 comment:

✿INA AINAA✿ said...

Dah lama ena tak naik flight.. sama la dengan ena, time mendarat tu ena agak ketakutan sedikit.. hehehe