Cosmoderm


Sunday, September 28, 2014

Makan-Makan di Huzai Artis Seafood

Tu diaaa... Makan kat kedai artis pula RZ kali ini. Sabar dulu, tak explain habis lagi ni. Walaupun nama restoran ni HUZAI ARTIS SEAFOOD, tapi pemilik restoran ini bukan artis. RZ pun tak pasti kalau nama HUZAI tu adalah nama pemilik restoran ini. Tapi apa yang RZ boleh katakan, 'artis' yang sebenar di sini adalah MAKANAN di restoran ini.

Lokasi HUZAI ARTIS SEAFOOD ni tak susah nak cari sebenarnya, tepi jalan saja. Memang tak sesat lah, search saja di Waze atau apa-apa aplikasi GPS "Taman Keramat Permai" memang akan jumpa tempat ni. Namun bagi insan seperti RZ yang susah nak ingat peta, maka RZ serahkan tugas mencari jalan kepada rakan yang memandu, hehehe...

Menurut rakan RZ, restoran ini agak terkenal dengan Mi Gulung, Mi Celup, Rojak Buah, Som Tam. memandangkan RZ tak pernah tahu akan kewujudan Mi Gulung ni, maka peluang tidak harus dilepaskan (dasar kuat makan). Mulanya RZ ingatkan mi gulung ni, adalah Mi yang digulung dan dipotong (sila bayangkan mi laksam), hehehe... Rupanya mi tersebut dibalut dengan telur dadar, oh menariknya... (sebenarnya kalau bagi air kosong kat RZ pun dia akan cakap sedap).

Bahagian depan Restoran Huzai Artis Seafood

Nak makan kat belah atas tu pun boleh, tinggi sikit viewnya...


APA YANG RZ MAKAN?

Mi Celup
Inilah dia Mi Gulung, kejap... Mana Mi?
Tadaaaa... Mi gulung...
Rojak buah!!! sedap! terangkat!!!
RZ minum jus carrot je, baik untuk mata... hehehe...

Sedap! Kuah Mi Gulung yang pekat memang best. Cukup rasa! Rojak buah tidak kurang hebat, rangup! sedap! Harga pun tidak mahal, servis laju, makanan tip top. Korang kena singgah di HUZAI ARTIS SEAFOOD ni, dan rasakan makanan-makanan yang bertaraf ARTIS, hehehe...

Friday, September 26, 2014

Makan-Makan Di Hayaki Uptown Damansara

Sabar semua RZ bukan makan di restoran makanan Jepun, bukan juga makan di negara jepun. Jangan keliru, walaupun nama restorannya Hayaki, bunyinya seperti jepun tapi ianya sebenarnya Restoran Melayu yang menghidangkan makanan dari Pantai Timur. Original Klate wooo...

Menurut rakan RZ sebenarnya Hayaki mulanya dibuka di Kelantan, dan dah mula membuka beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

Sebagai Penggemar makanan tempatan, RZ pun tanpa segan silu order Nasi Kerabu Ayam Percik, Teh Ais Peppermint dan Pulut Mangga, manakala rakan RZ pula order Chicken Chop dan Teh Honey Lemon Ais. Harga pun agak berpatutan, dan yang penting... SEDAP!!!


Persekitaran restoran Hayaki juga sangat selesa, jarak antara meja-meja sangat luas, pasti takkan ada masalah bagi RZ yang comel ni, kalau tak mesti dok terlanggar kerusi orang lah, meja lah, hehehee...




Oh, lupa nak bagitau. Restoran Hayaki Uptown Damansara beroperasi 24 Jam tau. Korang yang selalu lapar di tengah malam tu boleh datang sini. 







APA YANG KITORANG MAKAN?







Apa yang RZ boleh katakan, Nasi kerabu ayam percik memang terbaik!!! Dapat pulak pulut mangga, memang terangkat lah... Teh Ais Peppermint pun perghhhh... best!!!

Restoran Hayaki juga ada beberapa cawangan lain di:-

HAYAKI 24 JAM - PLATINUM WALK, SETAPAK
HAYAKI 24 JAM - JALAN SULTAN YAHYA PETRA, KB KEL
HAYAKI 24 JAM - PT 792, SEC 27, JLN KEBUN SULTAN KB KEL
HAYAKI 24 JAM - PT 335, SEC 27, JLN KEBUN SULTAN KB KEL
HAYAKI CAFE - TUNE HOTELS JLN HAMZAH, KB KEL
HAYAKI 24 JAM - DAMANSARA UPTOWN PJ SEL
HAYAKI 24 JAM - SEK 13, SHAH ALAM SEL
HAYAKI 24 JAM - KAJANG SEL


Wednesday, September 24, 2014

Reviu Buku: Menunggumu Di Pintu Syurga

Assalamualaikum semua,

Jika dalam posting sebelum ini RZ bercerita tentang pelancaran buku Menunggumu Di Pintu Syurga (KLIK SINI UNTUK KE ENTRY TERSEBUT), Alhamdulillah RZ berkesempatan untuk mengkhatamkan buku tersebut dalam masa 1 jam 45 minit tanpa henti dek kerana khusyuk membaca setiap cerita di dalamnya.



Masih belum tahu tentang buku ini? Cuba baca dulu...

"Sayangilah anak kita semampu kita, kerana kita tidak tahu, siapa yang akan pergi dahulu, kita ataupun mereka"

Satu tagline yang sangat bermakna untuk mereka yang bergelar ibu dan bapa. Buku berjudul Menunggumu Di Pintu Syurga mengisahkan seorang ibu yang kehilangan anak ketika anak itu masih muda untuk mengenal dunia. Masih belum uas untuk dijaga dan diberi kasih sayang oleh ibunya.

Keperitan rasa seorang ibu bermula apabila anak yang berusia 12 tahun disahkan menghidap penyakit abrah. Rezaimen Kiefli, anak kecil yang aktif, ceria dan bercita-cita menjadi seorang hafiz telah kembali ke penciptaNya ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa pada 5 Julai 2014.

Apabila menyebut nama Linda Rafar, pasti ramai yang mengenalinya sebagai seorang selebriti tanah air. Namun, buku ini bukan ditulis atas kapasitinya sebagai seorang artis, tetapi sebagai seorang ibu yang tabah berkongsi kisah kehilangan anaknya dengan harapan dapat dijadikan panduan kepada mereka di luar sana yang turut dilanda ujian sama seperti beliau. Tidak dapat dinafikan, bukan hanya beliau diuji dengan kehilangan anak tersayang, tetapi ketabahan dan keberanian beliau berkongsi rasa hilang itu dengan khalayak ramai.

Kandungan buku yang menyentuh kisah selama anak kecil itu hidup dan kecekalan hati seorang ibu menjaga anaknya pasti mengundang hiba kepada semua yang membaca kisah mereka. Malah, banyak perkara yang dapat dijadikan panduan dan teladan dapat dikongsi bersama khususnya kepada para ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana.

RZ dah selesai membaca buku ini semalam, ternyata terlalu banyak pengajaran dan teladan yang boleh RZ perolehi dari buku ini. Dan beberapa kali juga RZ menitiskan air mata kerana kita seolah-olah dpat merasai bersama kesukaran dan keperitan yang dialami oleh Linda Rafar dan juga arwah Memen.

Bahagian pertama buku ini adalah merupakan kisah yang sebenar yang diceritakan kepada penulis bersama iaitu Tuan bahruddin Bekri oleh Linda Rafar. Jika ada yang belum tahu, proses mendapatkan sumber cerita ini adalah melalui rakaman audio diantara Linda, Tuan Bahruddin dan beberapa orang lagi. RZ berasa kagum akan ketabahan hati dan kekuatan jiwa yang ditunjukkan oleh Linda untuk berkongsi cerita beliau kepada penulis bersama selepas seminggu arwah Memen pergi.

Pada bahagian kedua buku ini pula ada sebuah kisah inspirasi dari pengalaman ahli keluarga, guru-guru, pengawal keselamatan dan beberapa insan lain lagi bersama dengan arwah Memen semasa hayatnya. RZ berasa terharu dan kagum akan kematangan arwah memen berfikir dan ketabahannya melawan penyakitnya hinggalah saat-saat terakhir arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

Percayalah bahawa pada ketika entry ini ditulis, RZ sedang menahan sebak. Namun air mata ini tetap gugur juga. Rezaimen bin kiefli, semoga Allah mengurniakan Syurga buatmu.
Amin ya Rabbal Alamin... Al-Fatihah.



Buku Menunggumu Di Pintu Syurga boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan anda atau secara online di laman http://www.bookcafe.com.my

Tuesday, September 23, 2014

Pelancaran Buku : Menunggumu Di Pintu Syurga

Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas RZ berpeluang memenuhi undangan dari PTS Media Group ke majlis pelancaran buku, Menunggumu Di Pintu Syurga bertempat di MPH Nu Sentral, kuala Lumpur.

Linda Rafar yang hadir ditemani ahli keluarganya semasa pelancaran tersebut sedikit sebanyak memberikan kekuatan kepada Linda untuk meneruskan sidang media walaupun ada ketikanya kelihatan beliau mengalirkan air mata beberapa kali semasa penulis bersama, Tuan Bahruddin Bekri mengulas sedikit akan isi kandungan dan proses penulisan buku ini. Namun Naluri keibuan beliau tidak dapat tertahan lagi apabila beliau terhenti bercakap seketika semasa bercerita mengenai arwah anaknya dan kenangan bersama arwah Memen.



Menunggumu di Pintu Syurga merupakan karya sulung Linda Rafar bersama PTS yang mengisahkan perihal arwah anak beliau iaitu Memen yang menghidup penyakit kanser. Buku ini ditulis khas sebagai mengenang semangat Memen berjuang untuk terus hidup.

Selain itu, karya ini ditulis atas kapasiti seorang ibu yang kehilangan anak tersayang. Ia menjadi medium untuk selebriti ini rasa pedih dan perih kehilangan untuk dijadikan panduan dan teladan kepada para ibu dan juga bakal ibu. Tujuan lain buku ini dihasilkan sebagai penghargaan kepada arwah yang emliputi kisah-kisah selama dia masih hidup yang menyentuh hati ramai anggota masyarakat yang pernah mengenalinya.

Buku ini dibahagiakan kepada dua bahagian. Ia diselitkan dengan gambar-gambar arwah semasa masih sihat sehingga saat-saat getir beliau sebelum dijemput Ilahi. Pada permulaan buku ini juga aakn disertakan testimoni daripada rakan-rakan, guru, saudara mara dan kenalan arwah berkenaan arwah berserta gambar-gambar mereka bersama arwah.

Bahagian 1: bahagian ini menceritakan tentang Memen. Siapa memen dan bagaimana akhirnya Memen menemui penciptanya.

Bahagian 2: Bahagian ini disampaikan dalam bentuk cerita pendek (cerpen), yang mana cerpen itu adalah inspirasi daripada kisah-kisah memen. kisah-kisah itu sangat memberi inspirasi.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PELANCARAN








Linda Rafar tidak dapat menahan sebak tatkala bercerita mengenai arwah Memen

Diana Rafar, adik kepada Linda Rafar juga berkongsi kisah beliau bersama arwah Memen

Linda Rafar ditemuramah oleh TV Al-Hijrah


Linda Rafar hadir ditemani ahli keluarga di Majlis Pelancaran Menunggumu Di Pintu Syurga
Buku Menunggumu Di Pintu Syurga boleh dibeli di Stor buku seluruh negara atau boleh juga mendapatkannya secara online melalui laman web www.bookcafe.com.my.




Sunday, September 21, 2014

Classique: Koir Kebangsaan Malaysia Di Auditorium DBKL

Classique, sebuah konsert koir dipersembahkan oleh 40 orang dari  Pasukan Koir Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di Auditorium DBKL pada 20 & 21 September 2014. Konsert anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara ini menampilkan persembahan koir dari genre lagu-lagu klasik barat dan klasik Melayu, seiring dengan nama "CLASSIQUE" itu sendiri.

Sebagai penggemar muzik, penggemar koir, penggemar seni suara sudah tentu aku tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kehebatan pasukan Koir Kebangsaan kita beraksi. Dengan lontaran vokal yang harmoni dan memukau, serius aku sangat teruja.


Classique memaparkan repertoire dan segmen nyanyian lagu-lagu berlandaskan Klasik Melayu, Inang, Joget, Keroncong serta Zapin, dan juga Klasik Barat terdiri daripada lagu-lagu dari era renaissance hingga ke era romantik sekaligus mencabar kreativiti Koir Kebangsaan Malaysia sejajar dengan ulangtahun penubuhannya yang ke-22 tahun ini.

Menariknya pada konsert kali ini, Koir Kebangsaan Malaysia diuji dengan disiplin nyanyian yang lebih mencabar dan menguji kemampuan dalam menghasilkan persembahan yang berkualiti.

PANDANG-PANDANG CLASSIQUE


kredit gambar oleh www.dikbee.com





Konsert yang berlangsung selama 2 jam tidak terasa lama, pejam celik, "aihh? dah habis?" 
Sejujurnya "Classique" berjaya memukau semua penonton yang hadir pada malam itu. Variasi genre dan akrobatik vokal dari ahli Koir Kebangsaan Malaysia samada persembahan individu, duet, trio dan sebagainya benar-benar membuktikan pada hadirin bahawa mereka semamangnya bertaraf dunia. Meremang bulu roma aku mendengar setiap alunan lagu-lagu yang dipersembahkan.

Tapi malangnya, aku sebenarnya kecewa sebab tidak membawa kamera DSLR pada malam itu, maka terpaksa lah menggunakan kamera handphone saja, ditambah lagi dengan kuasa bateri yang sangat-sangat menyedihkan. Maka dapatlah mengambil gambar dalam kuantiti yang sedikit. Tidak mengapa, aku akan pastikan untuk konsert Koir Kebangsaan Malaysia yang akan datang aku akan membawa kamera yang lebih hebat, demi anda pembaca-pembaca kesayanganku, ececehhh...

LAGU-LAGU "CLASSIQUE" KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA

Konsert Classique dibahagikan kepada dua segmen iaitu Lagu-Lagu Klasik Barat dan Lagu-Lagu Klasik Melayu yang telah digubah semula dengan muzik yang lebih segar untuk disesuaikan dengan vokal Koir Kebangsaan Malaysia.

Segmen 1: Klasik Barat

Funiculi, Funicula
Weep You No More
Sad Fountains
Il Est Bel Et Bon
Les Filles De Cadix
Brautgesang
Susanna Or Via Sortite (Le Nozze Di Figaro)
Dall'oriente L'astro Del Giorno (Ermione - Act 1)
Matona Mia Cara
Shivering Chorus (King Arthur)
Neighbour's Chorus (La Jolie Parfumeuse)

Segmen 2: Klasik Melayu

Puteri Ledang
Dia Datang
Medley Jalak Lenteng / Joget Hitam Manis
Sayang Di Sayang
Bentan Telani
Medley Masri Manis / Inang Tua
Ketawalah Lagi
Zapin Malam Pengantin
Joget Secawan Kopi
Joget Lambak


ALBUM KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA: VOICE OF HARMONY

Kredit Gambar oleh www.dikbee.com

Sebelum bermulanya konsert pada malam itu, pelancaran Album Koir Kebangsaan Malaysia, Voice Of Harmony oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPK, Datuk Ghaffar A Tambi. Album ini dihasilkan sebagai satu usaha untuk menambah koleksi lagu-lagu Koir sebagai bahan rujukan dalam dan luar negara serta sebagai usaha memasarkan Koir Kebangsaan Malaysia ke peringkat antarabangsa seterusnya menajdi duta kecil negara. Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini:-

Nuance Of Rebab Fantasy
Trek Tek-Tek
Puteri Santubong
Jong-Jong Inai
Enit-Enjit Semut
Gadis Kampung
Mak Inang
Lancang Kuning Gunung Payung
Kopi Susu
Jambatan Tamparuli
Rancak Bertemu

Album terbitan JKKN dan dipasarkan oleh Life Records ini berharga RM 19.90 dan boleh didapati di stor muzik seluruh negara.

Antara Rakan Blogger Yang Turut Hadir. Kredit Gambar oleh www.dikbee.com

Terima kasih kepada Cik Paris Ashiqin dari Majalah Destination Malaysia kerana menjemput kami ke Konsert Classique, Koir Kebangsaan Malaysia untuk menyaksikan sendiri kehebatan pasukan Koir kebanggaan kita. Terima kasih juga Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara kerana menerima kehadiran kami.

Thursday, September 4, 2014

Hari 5 : Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih

Assalamualaikum,

Tajuk cabaran hari ini agak mencabar sebenarnya, sebabnya aku tiada pengalaman berada dalam situasi macam ni. Apesal susah sangat cabaran hari ke-5 ni? stress aku nak memikirnya! Hahahaa...

Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih

Hah, tu tajuk cabaran hari ke-5. Habis lah aku, nak taip apa ni?

Tapi takpe, aku membayangkan sekiranya aku ada bekas kekasih je lah. Tapi kalau betul, agaknya memang aku akan cakap macam ni kot? Maaf aku tak romantik macam err.. err... Ujang! si tuan punya blog http://azfar9897.blogspot.com/ yang poyo tu! Hahahaa.. (ampun ujang!!)

Perkara yang aku akan katakan kepada bekas kekasih aku (Jika ada, dan malangnya tiada) ialah:-

1. Apa Khabar?
Standard lah rakyat Malaysia yang bersopan santun bila berjumpa mestilah bertanya khabar, takkanlah jumpa-jumpa terus tampar pula kan? Kan kohajooo namanya tu? Tapi memandangkan orang yang aku nak cakap ni adalah berstatus bekas kekasih, dah tentu lah aku nervous kan? Silap-silap aku terus nyanyi lagu ni...


2. Dah makan? Jom pergi makan!
Ok, sah-sah aku memang suka makan. So aku ajak la dia makan, eleh bukan nak mengurat balik pun. Jangan perasan ye? Tapi bayar asing tau, maka sebelum ajak makan tu, aku akan suruh dia cucuk duit dulu, kang tak pasal-pasal aku kena bayarkan pula, lepas tu dah terpikat balik mintak ajak kapel lagi macam dulu-dulu. Oh ya, kita tak pergi makan berdua je, aku akan ajak kengkawan aku sekali baru lah meriah ambil gambar beramai-ramai. jom #Wefie!



3. Kbai!
Dah makan, balik lah! Hahahaa...

Maka sekian saja entry cabaran hari kelima ini. Dan buat kekasih semasaku, Fazura. Jangan risau, ai wil owez lap yu! Hahaha...



Hari 4 : Buku Kegemaran Anda

Assalamualaikum,

Ok, Cabaran 30 Hari dah masuk hari keempat dah ni. Tajuk makin mencabar, tapi atas semangat bloggerisme yang tinggi (chewaahh!!), aku gagahkan juga untuk membuat entry. Maka, tajuk cabaran hari keempat ialah:-

BUKU KEGEMARAN ANDA

Jujur aku katakan yang sebelum ini, membaca bukanlah sebahagian dari hobi aku. Lebih-lebih lagi bila nampak buku-buku tebal, terasa allergik, badan naik bintik-bintik, suhu badan naik, cirit birit, menopaus, hahaha...

Tapi tak bermakna bila aku katakan macam tu, bermakna aku benci membaca. Aku suka baca buku-buku yang nipis saja, dan bergambar; dalam erti kata lain - KOMIK. Haaa, yang tu aku suka lah, malah aku boleh habiskan sebuah buku komik kurang dari 45 minit mengikut ketebalan lah. Kalau nipis, silap-silap 10 minit aku dah habis baca dah. Hahaha...

Berikut Aku senaraikan antara buku kegemaran aku:-


Aku Darah Anak Malaysia (A.D.A.M) karya Tuan Ramlee Awang Murshid ini adalah novel pertama yang aku baca, sebenarnya novel pertama yang aku cuba baca. Itu pun aku cuba baca sebab bosan, tiada aktiviti hendak dilakukan pada waktu itu. Tapi siapa sangka chapter demi chapter aku baca, aku makin khusyuk baca hingga aku tak sedar yang aku dah selesai baca novel ini dalam masa 2 hari. Sejak itu, aku mula menanam minat untuk membaca novel dan akhirnya aku dah tak allergik dah. hahaha...


Ok, buku kegemaran aku yang seterusnya pula adalah KELABU, karya Nadia Khan dari FIXI. Pada aku KELABU adalah antara novel terbaik dari Fixi. Twist, gaya penceritaan, gaya bahasa dan elemen yang pelbagai dalam KELABU ini membuatkan buku ini sangat menarik untuk dibaca.


Tadi aku cerita pasal novel kan? Sekarang ni aku cerita pasal komik pula. Tidak dinafikan antara komik yang terawal aku baca adalah komik hong kong dan komik jepun. Aku pasti korang pun mungkin akan mengatakan perkara yang sama juga. Tapi sejak aku mengetahui akan kewujudan Komik-M, keluaran Malaysia yang dihasilkan sendiri oleh anak tempatan, aku berfikir "Apa salahnya nak tukar angin pula, asyik komik jepun saja pun bosan juga." Ternyata Komik-M terbitan PTS tidak menghampakan aku dan Komik Ultra Qalif karya Abang Penyamun aku, Bophairy mempunyai kekuatan tersendiri yang pada aku tidak ada pada komik keluaran negara luar. Stroke lukisan tersendiri, cerita yang menarik, mesej-mesej berguna dan paling penting penggunaan Bahasa Melayu Tinggi memberikan impak yang besar terhadap pelajar-pelajar sekolah yang kini semakin menurun kualitinya. Ye lah, tengok saja bahasa-bahasa 'slang' yang anak-anak muda kita gunakan sekarang tidak kiralah dalam bentuk perbualan atau penulisan. Hinggakan ada yang menggunakan 'slang' tersebut dalam peperiksaan, ish ish ish.

Pendek kata (ye aku memang pendek), sokonglah industri buku tempatan kita. hehehe...

Selamat membaca! ^_^

Wednesday, September 3, 2014

Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Aku

Assalamualaikum,

"Cabaran 30 Hari" kini dah masuk hari yang ketiga, dengan tajuk...


SESUATU YANG MENGUATKAN AKU


ok, kali ini tak nak main-main macam cabaran hari kedua. Aku nak straight to the point (chewaaahhh speaking kauuu!!!). Ye lah, ada masa kita perlu serius, ada masanya kita perlu untuk laid back and enjoy your life to the fullest! yoshh!!!

Dalam hidup ini kita kena kuat, dari segi mental, fizikal, spiritual dan lain-lain. Untuk memiliki semua kekuatan ini bukan mudah, banyak cabaran dan dugaan perlu dihadapi. Ada yang belajar dari kesilapan masa lalu, ada juga yang tidak dapat apa-apa dari semua itu. Kekuatan setiap orang adalah berbeza, jadi kita tidak perlu menghakimi seseorang itu atas apa yang berlaku padanya. Kita tidak berada dalam situasi mereka, tapi jangan khuatir, setiap perkara yang kita alami itu adalah sebagai tanda Allah sentiasa mengingati kita dan sayang pada kita. Kita tidak bersendirian.

Kalau hendak dikatakan sesuatu yang menguatkan aku, sudah tentulah aku menyenaraikan Keluarga aku sebagai sumber kekuatan aku. Merantau di tempat orang jelas bukan satu perkara yang mudah, adakalanya aku rasa mahu give up saja. Tapi bila mengenangkan keluarga di kampung, kata-kata nasihat dan semangat dari keluarga,  memberi aku semangat untuk terus bertahan. Maka setiap kali aku terasa down, aku akan ingat semula apa tujuan aku berada di sini: Untuk membantu Keluarga. Aku pun bukanlah dari keluarga yang senang, sederhana saja.


Perkara kedua yang menguatkan aku adalah Adik Beradik Penyamun Inc. Di sini (KL), mereka adalah keluarga aku yang kedua. Mereka selalu memberikan aku kata-kata nasihat dan sokongan kepada aku. Mereka juga adalah rakan 'hangout' aku, tempat kedua aku bercerita kegembiraan aku, kesedihan aku, selepas keluarga aku. Kesemua mereka telah aku anggap sebagai adik-beradik sendiri, harap hubungan kita akan kekal sampai bila-bila.



Perkara ketiga yang menguatkan aku pula adalah rakan-rakan blogger. Sebagai blogger yang masih baru, serius banyak perkara yang aku masih blur dan ada masanya aku rasa down dan tiada semangat untuk ber'blog'. Mereka sentiasa ada untuk memberi semangat, idea, dan sokongan untuk keep on blogging. Terima kasih kepada Abang Ben Ashaari kerana mula mengajak aku untuk lebih serius dalam dunia blog, dan juga rakan-rakan dari Kelab Blogger Den Ashaari, anda memang best!!!



Sekian, itu saja yang aku dapat kongsikan untuk cabaran hari ketiga ini.