Classique, sebuah konsert koir dipersembahkan oleh 40 orang dari Pasukan Koir Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di Auditorium DBKL pada 20 & 21 September 2014. Konsert anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara ini menampilkan persembahan koir dari genre lagu-lagu klasik barat dan klasik Melayu, seiring dengan nama "CLASSIQUE" itu sendiri.
Sebagai penggemar muzik, penggemar koir, penggemar seni suara sudah tentu aku tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kehebatan pasukan Koir Kebangsaan kita beraksi. Dengan lontaran vokal yang harmoni dan memukau, serius aku sangat teruja.
Classique memaparkan repertoire dan segmen nyanyian lagu-lagu berlandaskan Klasik Melayu, Inang, Joget, Keroncong serta Zapin, dan juga Klasik Barat terdiri daripada lagu-lagu dari era renaissance hingga ke era romantik sekaligus mencabar kreativiti Koir Kebangsaan Malaysia sejajar dengan ulangtahun penubuhannya yang ke-22 tahun ini.
Menariknya pada konsert kali ini, Koir Kebangsaan Malaysia diuji dengan disiplin nyanyian yang lebih mencabar dan menguji kemampuan dalam menghasilkan persembahan yang berkualiti.
PANDANG-PANDANG CLASSIQUE
![]() |
kredit gambar oleh www.dikbee.com |
Konsert yang berlangsung selama 2 jam tidak terasa lama, pejam celik, "aihh? dah habis?"
Sejujurnya "Classique" berjaya memukau semua penonton yang hadir pada malam itu. Variasi genre dan akrobatik vokal dari ahli Koir Kebangsaan Malaysia samada persembahan individu, duet, trio dan sebagainya benar-benar membuktikan pada hadirin bahawa mereka semamangnya bertaraf dunia. Meremang bulu roma aku mendengar setiap alunan lagu-lagu yang dipersembahkan.
Tapi malangnya, aku sebenarnya kecewa sebab tidak membawa kamera DSLR pada malam itu, maka terpaksa lah menggunakan kamera handphone saja, ditambah lagi dengan kuasa bateri yang sangat-sangat menyedihkan. Maka dapatlah mengambil gambar dalam kuantiti yang sedikit. Tidak mengapa, aku akan pastikan untuk konsert Koir Kebangsaan Malaysia yang akan datang aku akan membawa kamera yang lebih hebat, demi anda pembaca-pembaca kesayanganku, ececehhh...
LAGU-LAGU "CLASSIQUE" KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA
Konsert Classique dibahagikan kepada dua segmen iaitu Lagu-Lagu Klasik Barat dan Lagu-Lagu Klasik Melayu yang telah digubah semula dengan muzik yang lebih segar untuk disesuaikan dengan vokal Koir Kebangsaan Malaysia.
Segmen 1: Klasik Barat
Funiculi, Funicula
Weep You No More
Sad Fountains
Il Est Bel Et Bon
Les Filles De Cadix
Brautgesang
Susanna Or Via Sortite (Le Nozze Di Figaro)
Dall'oriente L'astro Del Giorno (Ermione - Act 1)
Matona Mia Cara
Shivering Chorus (King Arthur)
Neighbour's Chorus (La Jolie Parfumeuse)
Segmen 2: Klasik Melayu
Puteri Ledang
Dia Datang
Medley Jalak Lenteng / Joget Hitam Manis
Sayang Di Sayang
Bentan Telani
Medley Masri Manis / Inang Tua
Ketawalah Lagi
Zapin Malam Pengantin
Joget Secawan Kopi
Joget Lambak
ALBUM KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA: VOICE OF HARMONY
![]() |
Kredit Gambar oleh www.dikbee.com |
Sebelum bermulanya konsert pada malam itu, pelancaran Album Koir Kebangsaan Malaysia, Voice Of Harmony oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPK, Datuk Ghaffar A Tambi. Album ini dihasilkan sebagai satu usaha untuk menambah koleksi lagu-lagu Koir sebagai bahan rujukan dalam dan luar negara serta sebagai usaha memasarkan Koir Kebangsaan Malaysia ke peringkat antarabangsa seterusnya menajdi duta kecil negara. Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini:-
Nuance Of Rebab Fantasy
Trek Tek-Tek
Puteri Santubong
Jong-Jong Inai
Enit-Enjit Semut
Gadis Kampung
Mak Inang
Lancang Kuning Gunung Payung
Kopi Susu
Jambatan Tamparuli
Rancak Bertemu
Album terbitan JKKN dan dipasarkan oleh Life Records ini berharga RM 19.90 dan boleh didapati di stor muzik seluruh negara.
![]() |
Antara Rakan Blogger Yang Turut Hadir. Kredit Gambar oleh www.dikbee.com |
Terima kasih kepada Cik Paris Ashiqin dari Majalah Destination Malaysia kerana menjemput kami ke Konsert Classique, Koir Kebangsaan Malaysia untuk menyaksikan sendiri kehebatan pasukan Koir kebanggaan kita. Terima kasih juga Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara kerana menerima kehadiran kami.
7 comments:
Raziiiii turun
Tak nakkkk.... Hahahahaa....
Wahh , bestnyaaa ..
Wahh , bestnyaaa ..
raziiii turunnnn...haha
Ni yg update kat whatsapp hari tu kan?
wah menarik ni...
Post a Comment