Cosmoderm

Thursday, September 4, 2014

Hari 4 : Buku Kegemaran Anda

Assalamualaikum,

Ok, Cabaran 30 Hari dah masuk hari keempat dah ni. Tajuk makin mencabar, tapi atas semangat bloggerisme yang tinggi (chewaahh!!), aku gagahkan juga untuk membuat entry. Maka, tajuk cabaran hari keempat ialah:-

BUKU KEGEMARAN ANDA

Jujur aku katakan yang sebelum ini, membaca bukanlah sebahagian dari hobi aku. Lebih-lebih lagi bila nampak buku-buku tebal, terasa allergik, badan naik bintik-bintik, suhu badan naik, cirit birit, menopaus, hahaha...

Tapi tak bermakna bila aku katakan macam tu, bermakna aku benci membaca. Aku suka baca buku-buku yang nipis saja, dan bergambar; dalam erti kata lain - KOMIK. Haaa, yang tu aku suka lah, malah aku boleh habiskan sebuah buku komik kurang dari 45 minit mengikut ketebalan lah. Kalau nipis, silap-silap 10 minit aku dah habis baca dah. Hahaha...

Berikut Aku senaraikan antara buku kegemaran aku:-


Aku Darah Anak Malaysia (A.D.A.M) karya Tuan Ramlee Awang Murshid ini adalah novel pertama yang aku baca, sebenarnya novel pertama yang aku cuba baca. Itu pun aku cuba baca sebab bosan, tiada aktiviti hendak dilakukan pada waktu itu. Tapi siapa sangka chapter demi chapter aku baca, aku makin khusyuk baca hingga aku tak sedar yang aku dah selesai baca novel ini dalam masa 2 hari. Sejak itu, aku mula menanam minat untuk membaca novel dan akhirnya aku dah tak allergik dah. hahaha...


Ok, buku kegemaran aku yang seterusnya pula adalah KELABU, karya Nadia Khan dari FIXI. Pada aku KELABU adalah antara novel terbaik dari Fixi. Twist, gaya penceritaan, gaya bahasa dan elemen yang pelbagai dalam KELABU ini membuatkan buku ini sangat menarik untuk dibaca.


Tadi aku cerita pasal novel kan? Sekarang ni aku cerita pasal komik pula. Tidak dinafikan antara komik yang terawal aku baca adalah komik hong kong dan komik jepun. Aku pasti korang pun mungkin akan mengatakan perkara yang sama juga. Tapi sejak aku mengetahui akan kewujudan Komik-M, keluaran Malaysia yang dihasilkan sendiri oleh anak tempatan, aku berfikir "Apa salahnya nak tukar angin pula, asyik komik jepun saja pun bosan juga." Ternyata Komik-M terbitan PTS tidak menghampakan aku dan Komik Ultra Qalif karya Abang Penyamun aku, Bophairy mempunyai kekuatan tersendiri yang pada aku tidak ada pada komik keluaran negara luar. Stroke lukisan tersendiri, cerita yang menarik, mesej-mesej berguna dan paling penting penggunaan Bahasa Melayu Tinggi memberikan impak yang besar terhadap pelajar-pelajar sekolah yang kini semakin menurun kualitinya. Ye lah, tengok saja bahasa-bahasa 'slang' yang anak-anak muda kita gunakan sekarang tidak kiralah dalam bentuk perbualan atau penulisan. Hinggakan ada yang menggunakan 'slang' tersebut dalam peperiksaan, ish ish ish.

Pendek kata (ye aku memang pendek), sokonglah industri buku tempatan kita. hehehe...

Selamat membaca! ^_^

6 comments:

Mimin Adam said...

suka bacanovel dari Ramlee awang. awesome !

Sue Izza said...

yeayyyyy peminat RAMS heheheh...eh boleh pinjam buku tak hehehhehe

✿INA AINAA✿ said...

Macam best jee buku tajuk ADAM tu.. hehehe Ena ni kurang baca novel2 melayu, sebab tu tak tahu sangat tajuk2 novel yang ada

razzwey razz said...

Miminadam, best kan? Hohoho

razzwey razz said...

Buku RAMS kak sue lagi banyak... Hahaha...

razzwey razz said...

Ena, ADAM memang best... Try lah baca... Hehehe