Assalamualaikum,
Tajuk cabaran hari ini agak mencabar sebenarnya, sebabnya aku tiada pengalaman berada dalam situasi macam ni. Apesal susah sangat cabaran hari ke-5 ni? stress aku nak memikirnya! Hahahaa...
Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih
Hah, tu tajuk cabaran hari ke-5. Habis lah aku, nak taip apa ni?
Tapi takpe, aku membayangkan sekiranya aku ada bekas kekasih je lah. Tapi kalau betul, agaknya memang aku akan cakap macam ni kot? Maaf aku tak romantik macam err.. err... Ujang! si tuan punya blog http://azfar9897.blogspot.com/ yang poyo tu! Hahahaa.. (ampun ujang!!)
Perkara yang aku akan katakan kepada bekas kekasih aku (Jika ada, dan malangnya tiada) ialah:-
1. Apa Khabar?
Standard lah rakyat Malaysia yang bersopan santun bila berjumpa mestilah bertanya khabar, takkanlah jumpa-jumpa terus tampar pula kan? Kan kohajooo namanya tu? Tapi memandangkan orang yang aku nak cakap ni adalah berstatus bekas kekasih, dah tentu lah aku nervous kan? Silap-silap aku terus nyanyi lagu ni...
2. Dah makan? Jom pergi makan!
Ok, sah-sah aku memang suka makan. So aku ajak la dia makan, eleh bukan nak mengurat balik pun. Jangan perasan ye? Tapi bayar asing tau, maka sebelum ajak makan tu, aku akan suruh dia cucuk duit dulu, kang tak pasal-pasal aku kena bayarkan pula, lepas tu dah terpikat balik mintak ajak kapel lagi macam dulu-dulu. Oh ya, kita tak pergi makan berdua je, aku akan ajak kengkawan aku sekali baru lah meriah ambil gambar beramai-ramai. jom #Wefie!
3. Kbai!
Dah makan, balik lah! Hahahaa...
Maka sekian saja entry cabaran hari kelima ini. Dan buat kekasih semasaku, Fazura. Jangan risau, ai wil owez lap yu! Hahaha...
15 comments:
Waaaaa fazura tuuu!!!! Cantiknya fazuraaa Untung la raziiiii
amboiii fazura giteww....
Perghhh! Fazura+razi=fazurazi wahhhh.chemistry sangatttttt! Hehehe :D
Hahaha sempat lagi tu... aauuummm jeles ai... XD
skema tul pesanannya..hehe
amboii fazuraa... hihi
haha, sempoiiii dapat ex macam ni
Bagus membayangkan..mcm buat persediaan nk clash dgn fazura je..haha lex a razi.
kalau ex awek kau tu fazura..., bermakna kau kapel dgn ex aku la...
Fazura tu sblm jd ex ujang dgn ko... die ex aku...
perghh mintak sign retis plisss
Ceh...!!! Fazura konon... Aku yg tinggalkan dia... Sbb dia tak cukul tiak
Declare dengan fazura cepat. hehe
cehhhhhhh nyesal baca haaahaaa
Peh! Gambar dengan fazura tu...
Post a Comment