Assalamualaikum,
Pada hari Ahad yang lepas RZ berpeluang memenuhi undangan dari PTS Media Group ke majlis pelancaran buku, Menunggumu Di Pintu Syurga bertempat di MPH Nu Sentral, kuala Lumpur.
Linda Rafar yang hadir ditemani ahli keluarganya semasa pelancaran tersebut sedikit sebanyak memberikan kekuatan kepada Linda untuk meneruskan sidang media walaupun ada ketikanya kelihatan beliau mengalirkan air mata beberapa kali semasa penulis bersama, Tuan Bahruddin Bekri mengulas sedikit akan isi kandungan dan proses penulisan buku ini. Namun Naluri keibuan beliau tidak dapat tertahan lagi apabila beliau terhenti bercakap seketika semasa bercerita mengenai arwah anaknya dan kenangan bersama arwah Memen.
Menunggumu di Pintu Syurga merupakan karya sulung Linda Rafar bersama PTS yang mengisahkan perihal arwah anak beliau iaitu Memen yang menghidup penyakit kanser. Buku ini ditulis khas sebagai mengenang semangat Memen berjuang untuk terus hidup.
Selain itu, karya ini ditulis atas kapasiti seorang ibu yang kehilangan anak tersayang. Ia menjadi medium untuk selebriti ini rasa pedih dan perih kehilangan untuk dijadikan panduan dan teladan kepada para ibu dan juga bakal ibu. Tujuan lain buku ini dihasilkan sebagai penghargaan kepada arwah yang emliputi kisah-kisah selama dia masih hidup yang menyentuh hati ramai anggota masyarakat yang pernah mengenalinya.
Buku ini dibahagiakan kepada dua bahagian. Ia diselitkan dengan gambar-gambar arwah semasa masih sihat sehingga saat-saat getir beliau sebelum dijemput Ilahi. Pada permulaan buku ini juga aakn disertakan testimoni daripada rakan-rakan, guru, saudara mara dan kenalan arwah berkenaan arwah berserta gambar-gambar mereka bersama arwah.
Bahagian 1: bahagian ini menceritakan tentang Memen. Siapa memen dan bagaimana akhirnya Memen menemui penciptanya.
Bahagian 2: Bahagian ini disampaikan dalam bentuk cerita pendek (cerpen), yang mana cerpen itu adalah inspirasi daripada kisah-kisah memen. kisah-kisah itu sangat memberi inspirasi.
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PELANCARAN
Linda Rafar tidak dapat menahan sebak tatkala bercerita mengenai arwah Memen |
Diana Rafar, adik kepada Linda Rafar juga berkongsi kisah beliau bersama arwah Memen |
Linda Rafar ditemuramah oleh TV Al-Hijrah |
Linda Rafar hadir ditemani ahli keluarga di Majlis Pelancaran Menunggumu Di Pintu Syurga |
Buku Menunggumu Di Pintu Syurga boleh dibeli di Stor buku seluruh negara atau boleh juga mendapatkannya secara online melalui laman web www.bookcafe.com.my.
2 comments:
macam nak beli jer ni...
Owh... Citer pasal anak dia rupanya...
Post a Comment