PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Wednesday, September 24, 2014

Reviu Buku: Menunggumu Di Pintu Syurga

Assalamualaikum semua,

Jika dalam posting sebelum ini RZ bercerita tentang pelancaran buku Menunggumu Di Pintu Syurga (KLIK SINI UNTUK KE ENTRY TERSEBUT), Alhamdulillah RZ berkesempatan untuk mengkhatamkan buku tersebut dalam masa 1 jam 45 minit tanpa henti dek kerana khusyuk membaca setiap cerita di dalamnya.



Masih belum tahu tentang buku ini? Cuba baca dulu...

"Sayangilah anak kita semampu kita, kerana kita tidak tahu, siapa yang akan pergi dahulu, kita ataupun mereka"

Satu tagline yang sangat bermakna untuk mereka yang bergelar ibu dan bapa. Buku berjudul Menunggumu Di Pintu Syurga mengisahkan seorang ibu yang kehilangan anak ketika anak itu masih muda untuk mengenal dunia. Masih belum uas untuk dijaga dan diberi kasih sayang oleh ibunya.

Keperitan rasa seorang ibu bermula apabila anak yang berusia 12 tahun disahkan menghidap penyakit abrah. Rezaimen Kiefli, anak kecil yang aktif, ceria dan bercita-cita menjadi seorang hafiz telah kembali ke penciptaNya ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa pada 5 Julai 2014.

Apabila menyebut nama Linda Rafar, pasti ramai yang mengenalinya sebagai seorang selebriti tanah air. Namun, buku ini bukan ditulis atas kapasitinya sebagai seorang artis, tetapi sebagai seorang ibu yang tabah berkongsi kisah kehilangan anaknya dengan harapan dapat dijadikan panduan kepada mereka di luar sana yang turut dilanda ujian sama seperti beliau. Tidak dapat dinafikan, bukan hanya beliau diuji dengan kehilangan anak tersayang, tetapi ketabahan dan keberanian beliau berkongsi rasa hilang itu dengan khalayak ramai.

Kandungan buku yang menyentuh kisah selama anak kecil itu hidup dan kecekalan hati seorang ibu menjaga anaknya pasti mengundang hiba kepada semua yang membaca kisah mereka. Malah, banyak perkara yang dapat dijadikan panduan dan teladan dapat dikongsi bersama khususnya kepada para ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana.

RZ dah selesai membaca buku ini semalam, ternyata terlalu banyak pengajaran dan teladan yang boleh RZ perolehi dari buku ini. Dan beberapa kali juga RZ menitiskan air mata kerana kita seolah-olah dpat merasai bersama kesukaran dan keperitan yang dialami oleh Linda Rafar dan juga arwah Memen.

Bahagian pertama buku ini adalah merupakan kisah yang sebenar yang diceritakan kepada penulis bersama iaitu Tuan bahruddin Bekri oleh Linda Rafar. Jika ada yang belum tahu, proses mendapatkan sumber cerita ini adalah melalui rakaman audio diantara Linda, Tuan Bahruddin dan beberapa orang lagi. RZ berasa kagum akan ketabahan hati dan kekuatan jiwa yang ditunjukkan oleh Linda untuk berkongsi cerita beliau kepada penulis bersama selepas seminggu arwah Memen pergi.

Pada bahagian kedua buku ini pula ada sebuah kisah inspirasi dari pengalaman ahli keluarga, guru-guru, pengawal keselamatan dan beberapa insan lain lagi bersama dengan arwah Memen semasa hayatnya. RZ berasa terharu dan kagum akan kematangan arwah memen berfikir dan ketabahannya melawan penyakitnya hinggalah saat-saat terakhir arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

Percayalah bahawa pada ketika entry ini ditulis, RZ sedang menahan sebak. Namun air mata ini tetap gugur juga. Rezaimen bin kiefli, semoga Allah mengurniakan Syurga buatmu.
Amin ya Rabbal Alamin... Al-Fatihah.



Buku Menunggumu Di Pintu Syurga boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan anda atau secara online di laman http://www.bookcafe.com.my

4 comments:

farhana mohamad said...

al-fatihah buat memen.
belum jumpa lagi buku ni kat bookstore.

razzwey razz said...

Boleh beli secara Online juga di www.bookcafe.com.my

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Nak kena tengok juga buku ni. Macam menarik aje.

razzwey razz said...

Jangan tengok je, baca terus... Hehehee....