Cosmoderm

Monday, September 1, 2014

Segmen Nostalgia: Ding Dang dan Tora

Dah lama rasanya aku tak beli item yang wajib aku beli masa kecil-kecil dulu. Bila keluar saja iklan promo kat TV, maka mulalah aku menggedik dengan parents aku nak minta dibelikan benda alah ni. 

Remaja-remaja yang sezaman dengan aku pasti familiar dengan ungkapan...

"TORA DATANG LAGI!

dan

"DING DANG!"

Aku pun beli lah. Ding Dang tu Rm 1.00 je dan Tora tu RM 1.50. Niat aku nak buat unboxing lah konon ala2 bajet unboxing kotak telefon bimbit terbaru di pasaran, hahaha...



Maka, dapatlah aku mainan kecil teropong ni, walaupun tak berfungsi seperti teropong. Tapi aku kecewa sebab tiada lagi biskut bulat bersalut coklat seperti zaman dulu. Dah digantikan dengan gula-gula. 


Masa untuk unboxing Tora pula, masih kecewa sebab biskut bulat bersalut coklat juga tiada lagi pada kotak Tora. Tapi mainan robot DIY di dalamnya nampak agak menarik, walaupun sebenarnya biasa-biasa saja. Hasilnya...


tadaaaa.... Robot yang boleh tembak bebola kat perut tu, entah apa namanya, aku lupa dah. Tapi sekurang-kurangnya, jualan permainan macam ni sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia zaman kecil dulu. Budak-budak zaman sekarang tak merasa keseronokan yang seperti yang aku alami masa dulu-dulu. Ye lah, zaman teknologi kan? 

Oh, rindunya zaman kecil dulu-dulu...

3 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Ena pun kecik2 selalu beli benda ni.. dulu ada cokolat bulat2 tu.. aarghhh rinduu...

Farah Waheda Wahid said...

akak pun beli ni jugak... hik hik hik...

Cik Sue said...

kecik2 dulu,berebut ngan adik pastu gaduh hahahaha