Cosmoderm

Monday, November 17, 2014

Bantuan Kecemasan Sakit Perut

Pernah kena keracunan makanan tak? Tahu tak apa tindakan yang anda kena lakukan bila menghadapi keadaan sebegini? 

Di bawah RZ tepek sebuah video untuk tontonan anda semua akan bagaimana untuk menghadapi situasi kecemasan, tidak kira lah samada anda yang terkena atau rakan anda.




Haaaa... Dah tengok? Sebenarnya ini adalah sebuah sketch pendek kolaborasi antara Mentol PecahMizblurrityPanda Merah dan RZ Penyamun Inc.. Sketch ini adalah arahan Mozek.

Ok, have fun!

Thursday, November 6, 2014

Makanan Rusia Yang Sedap Dan Halal

Apa khabar semua, entry kali ini RZ nak bercerita tentang makanan. Ye la kan, makan dan RZ sudah serasi, ibarat aur dan tebing, isi dengan kuku, hujan dan airmata, ehh! Maaf, terover pula, biasalah sudah lama tidak menulis dek kerana kesibukkan kerja dan line internet yang sedeyhh... (sedih kan?)

Kalau bercerita tentang makan, rasanya semua sudah maklum bahawa Malaysia adalah antara negara yang digelar sebagai "Syurga Makanan". Dari makanan tradsional melayu, cina dan india hingga ke makanan fusion, Malaysia ada destinasi terbaik bagi penggemar makanan. 

Tapi kali ini, apakata kita cuba pula makanan yang lain, maksud RZ bukan makanan pelik-pelik seperti sate kuda laut, swiss roll ular, atau cengkerik masak gula melaka, hahaha... Kita nak cuba menu masakan dari negara-negara lain yang jarang kita cuba. Ye la, asyik makanan jepun dan korea je bosan juga. Mari kita mencuba makanan Rusia!!

Peluang untuk mencuba sendiri masakan Rusia RZ tidak lepaskan semasa menghadiri acara Lunch Bersama Media bertempat di Russian Centre for Science and Culture.

Duta Besar Rusia di Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeva
 APA YANG RZ MAKAN?

Ok, RZ mulakan dengan menu yang diberi nama Koorinie Kotleti s Gribami, haaa jangan terbelit lidah tu, sebenarnya ini adalah Chicken Rissoles Stuffed with Mushrooms saja. bahagian luarnya sangat rangup manakala intinya pula padat dengan isi ayam dan cendawan. 
Koorinie Kotleti s Gribami I Chicken Rissoles Stuffed with Mushrooms
Menu ini pula diberi nama Chicken Rolls with Mushrooms manakala dalam bahasa Rusia disebut Kyrinyi Rulet s Gribami. Rasanya? sedaaaappppp!!!!

Kyrinyi Rulet s Gribami I Chicken Rolls with Mushrooms
Menu Cendawan seterusnya, waahh cendawan lagi! RZ memang suka cendawan pun. Menu ini diberi nama Marinovannye Gribiy, iaitu Marinated Mushrooms. 

Marinovannye Gribiy I Marinated Mushrooms
Haaa... Nampak nama tu? Mujur nama Inggeris dan Rusia tidak jauh beza. Salat Olivie dan Olive Salad, kan dah dekat bunyinya tu...

Salat Olivie I Olive Salad
Menu yang seakan-akan bun ini ialah  Pirozhki s Kuritsei atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Puffs with Chicken. 

Pirozhki s Kuritsei I Puffs with Chicken
RZ suka nama menu ni, macam nama peserta ratu cantik. Rasanya juga sangat sedap. Ini adalah menu kegemaran RZ iaitu Zharenaya Kartoshka s Gribami atau Potatoes Fried with Mushrooms. Apa? tak nampak rupa masakan tu? Tengok gambar di bawah ye?


Haaa... inilah rupanya, Zharenaya Kartoshka s Gribami tu... sedap wa cakap lu...


Menu ini pula diberi nama Rulet iz Baklazhanov s Gribami atau dalam bahasa Inggeris disebut Eggplant Rolls with Mushrooms. Tak tahu juga? Dalam bahasa melayu disebut Terung Gulung bersama Cendawan. hahaha...

Rulet Iz Baklazhanov s Gribami I Eggplant Rolls with Mushrooms
Sabar, ini bukan telur gulung ye? hehehe... Ini adalah menu yang diberi nama Blini s Semgoi atau Pancake with Salmon. 

Blini s Semgoi I Pancake with Salmon
Jangan risau, kesemua juadah ini adalah HALAL dan juga sangat sedap! Walaupun pada awalnya RZ agak risau juga nak rasa, maklumlah makanan baru ni takut tak kena dengan anak tekak. Namun sememangnya menu-menu ini sangat sedap dan terasa macam nak cari menu macam ni lagi kat kedai-kedai di luar sana. Mungkin lepas ni boleh buka restoran Rusia pula, boleh datang hari-hari. hehehe...


Sesi bergambar Wakil Media bersama Warga Kedutaan Rusia di Malaysia - kredit gambar Paris Ashiqin

Posing sikit bersama blogger Redscarz dan Penaberkala

L-R : Fauzi Aryan, penaberkala, Zulhilmi, RZ, Mawardi, Khai, Rawlins, Eazy, Dikbee

Terima kasih kepada Cik Paris Ashiqin, Kedutaan Rusia dan juga Destination Malaysia kerana mengundang kami untuk merasa sendiri betapa sedapnya masakan-masakan Rusia.


Wednesday, November 5, 2014

Teater Bangsawan : SINBAD - Dendam Ratu Kala

Teater Bangsawan : SINBAD - Dendam Ratu Kala merupakan kesinambungan dari Teater Bangsawan Sinbad yang pernah dipentas oleh Bangsawan Grand Opera JKKN pada tahun 2009 Sinbad “Batu Permata Dewa”. 

Khalayak yang pernah menonton Bangsawan Sinbad pada tahun 2009, akan melihat sambungan kepada konflik Sinbad “Batu Permata Dewa” dalam Sinbad “Dendam Ratu Kala” yang akan dipentas pada tahun ini bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

SINOPSIS SINBAD : DENDAM RATU KALA

Sinbad “Dendam Ratu Kala”  mengisahkan apa yang telah terjadi selepas  kematian Ratu Sheeba (Sinbad “Batu Permata Dewa”) anak kepada Ratu Kala, Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya lalu menculik Permaisuri Jasmin sebagai tebusannya.  Sinbad menjadi hilang punca arah dimana kedudukan Kerajaan Ratu Kala di Alam Hitam dan ingin memulakan pelayaran, sementara itu ia berjanji jika tidak kembali dalam sempurnama, ayahanda saudara Jasmine Jaafar akan menjadi Sultan.  Sinbad meminta pertolongan Tiga Setan Ratu Sheeba yang mengetahui Kerajaan Ratu Kala.  Bagi memujuk Setan bertiga itu, dayang-dayang digunakan untuk memujuk. Sementara  itu, Puteri Jasmin telah ditukar sifatnya menjadi Sheeba oleh Ratu Kala dan pelayaran Sinbad terhalang dengan kuasa sihir setelah berhempas pulas berjuang.  Mereka selamat mendarat di Alam Sihir. 

                    

Permaisuri Jasmine yang telah menjadi Ratu Sheeba diarah untuk membunuh Sinbad. Batu Permata Dewa Ratu Jasmin telah digunakan bagi memulihkan  Puteri Jasmine dan dengan bantuan Setan-Setan bertiga yang membantu Sinbad bagi menewaskan Ratu Kala dengan gabunan Batu Permata Dewan dan Tongkat Sakti Ratu Kala.  Sementara itu Jaafar berangan-angan ingin memerintah Kerajaan Sinbad tetapi malangnya Sinbad sampai pada waktunya dan terbocor rahsia Jaafar bersengkongkol dengan Ratu Kala

Butiran Pementasan SINBAD : Dendam Ratu Kala

Tarikh: 7, 8 dan 9 November 2014
Masa: 8.30 Malam
Tempat: Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Terima kasih Destination Malaysia.