Assalamualaikum, lama dah tak update entry kan? al-maklumlah sibuk sangat sejak akhir-akhir ini. Sampai trafik blog pun merosot dah, aishhh sedihnya...
Apa-apa pun, RZ nak bercerita pengalaman pertama kali bekerja bersama komposer tersohor Sharon Paul.
Tak kenal Sharon paul? Antara lagu-lagu yang beliau cipta termasuklah...
Marsha -Untuk Terakhir Kali
Hati - Dato' Siti Nurhaliza
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Bob (AF)
Dan banyak lagi lagu-lagu ciptaan beliau.
Peluang bekerjasama dengan beliau adalah satu pengalaman yang amat berharga. Ye lah, sebelum ni RZ asyik dengar lagu-lagu beliau. Tapi kali ini RZ sendiri yang menyanyikan lagu ciptaannya. Siapa tak nervous wehh? Walaupun RZ hanya buat recording untuk lagu demo sahaja, tapi banyak ilmu yang RZ dapat daripada Sharon Paul sendiri. Mula-mula risau juga kalau performance RZ tak mencapai standard yang Sharon nak. Tapi bila di hujung sesi recording, Sharon mengatakan "See you for your next demo", Alhamdulillah beliau berpuas hati dengan performance RZ dan sedia untuk bekerjasama lagi untuk projek seterusnya. Pengalaman Recording bersama Sharon paul
oh ya, lupa nak mention. Lagu demo yang RZ record tu kemungkinan besar akan dinyanyikan oleh Hazama. hehehee...
Selesai recording, apa lagi. GAMBAR!!!! ^_^
Pengalaman Recording bersama Sharon paul
![]() |
Sebelah kanan tu komposer jugak, namanya Irwan Hisham. Thanks sudi temankan. ^_^ |
Hampir lupa pula!!! Terima kasih Irwan Hisham dan Mus sebab temankan RZ ke studio recording tu ye? hehehee... ^_^