PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Monday, June 30, 2014

Hal-Hal Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa

Terlalu ramai umat Islam yg keliru dengan perkara-perkara ibadah, lebih-lebih lagi bab ibadah puasa. Kan dah jelas melalui dari alquran dan sunnah yg sohih, perkara-perkara yg membatalkan puasa seperti penerangan di bawah ini.

Artikel diambil dari Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.(Substances and actions that nullify the fasting)

Bahan-bahan yang boleh membatalkan Puasa

Menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.

Accordingly, the participants agreed unanimously that the following do not nulIify fasting)

Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut dan telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut



TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

( 1 )Eye and ear drops, and ear wash.      
Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga

( 2 ). Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.       
  Ubat tablet Bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).

( 3 ). Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor's or midwife's fingers during pelvic     examination.        
 Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina(sebelum bersalin).

( 4 ).Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.             Memasukkan teropong kesalur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan xray.

( 5 ).Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.       
 Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang  memasuki perut dari prosedur tersebut.

( 6 ).  Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding.         
 Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah.

( 7 ).  Blood donation or receiving blood transfusion.         
 Penderma atau menerima pemindahan darah.

( 8 ).   Oxygen and anaesthetic gases.           
 Oksigen dan Gas Bius.

( 9 ).   All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.           
 Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.

( 10 ).  Drawing blood samples for laboratory testing.           
 Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.

( 11 ).  Catheter and media for arteriography of heart or other organs.          
 Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan xray khas jantung) atau organ lain.

( 12 ).   Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.            
 Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.

( 13 ).  Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.           
 Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut

( 14 )   Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD)

 ( 15 ).    Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.

( 16 ).   Nose drops, nose sprays, and inhalers.           
 Ubat titis hidung, semburan hidung and ubat sedut.

( 17 )    Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.          
Suntikan kedalm dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.

( 18 ).   Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.           
Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.

( 19 )    Machine or intraperitoneal renal dialysis.         
  Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut

( 20 ).  Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.            Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut.

Sumber dari : Facebook Mudahnya Islam


Sunday, June 29, 2014

Follower Instagram Istimewa

Entry kali ini adalah shout out kepada follower Instagram aku RAZZWEY yang istimewa. Kenapa istimewa? begini ceritanya...

Mula-mula aku hanya tinggal seorang lagi follower nak genapkan ke 600
Lepas tu dah naik ke 600...
Aku pun check lah siapakah gerangannya...  IDA BAHARUM orangnya...


Baru nak gembira tiba-tiba, ada sorang lagi tambahan follower... Nak check lah siapa...

Ohhh... RUBY RUPANYA...

Terima kasih sebab jadi follower terbaru ye? Nanti kita main berbalas like dengan bertalu-talu. Untuk korang yang sedang membaca entry ni. Sila lah follow Instagram aku juga, hahahaa.... Instagram IDA & RUBY pun korang follow lah jugak, blogger-blogger hebat ni... Sila follow blog Ruby di www.ruby.my dan juga blog Ida Baharum di www.idabaharum.com.
Selamat berintsagram!!! 

Mengidam Sebelum Tiba Ramadhan...

Alhamdulillah Ramadhan telah pun tiba. Bagi peluang untuk perut kita dan sistem badan kita berehat sedikit. Ye lah, kalau tak memang non stop makan je aku, kesian perut aku, hahahaa...

So sebelum ketibaan Ramadhan, aku pernah menyuarakan keinginan pada geng KITARASA nak makan dekat Kaw'D (klik kat situ kalau nak baca entrynya). Teringin rasanya nak makan kat sana, sejak kali pertama dan kedua ke sana. Kesedapan burger dan hidangan lain masih teringat-ingat lagi. Perghhhh....

Bila dah sampai, dan nak order aku sedikit keliru dengan buku menunya, tak sama seperti kali terakhir kitorang datang iaitu buku menunya bergambar. Buku menu kali ini hanya ada nama menu, dan senarai harga saja, dan menunya juga sudah banyak yang berubah. Aku pun jadi keliru, nak order macam mana. Burger kegemaran aku iaitu Lambernizer juga sudah tiada (bila tanya pada waitress, dia kata takde). Samada Lambernizer sudah tukar nama atau memang menu tersebut sudah tiada aku tak pasti pula.

Maka aku mengambil keputusan untuk order Burger Permaisuri dan Mixed Fruit Mojito saja. Abang Bop dan Reja pula order Smokeynizer. Haqel yang tiba lewat sedikit pula order sama seperti aku. Sebagai tambahan kitorang order Wedges dan juga Set Meatball.

  

Kaw'd Meatball


Wedges dan cheese...
Burger Permaisuri, ohsem!!!!!
Burger Smokeynizer






Mixed Fruit Mojito
Ternyata kualiti rasa burger tetap sama, dan tidak berubah sejak pertama kali kitorang cuba. Sedap!!! Dari segi harga juga tidaklah terlalu mahal. Aku rasa dalam ramadhan ni, kemungkinan aku akan datang lagi untuk berbuka puasa di sini. Dan selepas balik dari cuti raya pun aku rasa akan datang lagi, hahahaa...

So pada yang nak cuba hidangan-hidangan mantap dari Kaw'd, make sure korang check link http://www.burgerbakar.com/ untuk sebarang info baru, lokasi, promosi, menu. Support produk anak Malaysia!

Saturday, June 28, 2014

Hari ini aku jumpa blogger #2

Actually bukanlah hari ini pun, sepatutnya entry ini aku publish semalam tapi memandangkan aku teramat letih semalam, maka aku terlupa hendak post entry. Nak dijadikan cerita, semalam selepas event melibatkan blogger dia NZ Garden, aku pun pergi ke KLCC untuk meninjau pameran Archidex 2014. Bukan apa sebab petang tu aku ada plan lain dengan team KITARASA, so sementara tu aku pusing2 dulu lah kat pameran ni...


Aku datang pun sebab ada seorang rakan blogger aku turut terlibat dengan pameran ini, so aku rasa tak salah untuk datang dan bertanya khabar kan? Aku pun baru je kenal dengan blogger ni, tapi sebab masing-masing kepala gila. Rasa macam dah kenal bertahun pula. Sembang dan gelak macam pontianak gitu... Hahahaa...

Beliau yang aku maksudkan ialah....

MAWARDI YUNUS




Pemilik blog www.mawardiyunus.com yang berjambang ala maskulin ni seorang yang 'talkative' dan kelakar. Kalau korang baca blog beliau, Madi ni banyak travel, banyak makan je hahahaa... (gurau je madi). Hobi beliau, suka mengambil selfie guna monopod, gambar aku hari tu dia amik tak bagi lagi kat aku, cheehhhh!!!

Anyway make sure korang drop him a visit ye? follow sekali blog beliau dan tinggalkan komen, sebab ,madi ni rajin membalas komen. Cuma bila tu tak tahu lah... Hahahahaa....


Friday, June 27, 2014

Transformers 4: Age Of Extinction, best ke?

Aku berpeluang untuk menonton filem Transformers 4: Age Of Extinction 3D. Sebenarnya aku bukan lah peminat transformer versi filem, dan siri transformers yang sebelum ini pun aku tak pernah tengok walaupun ada megan fox yang mega hot tu. Tapi kalau bagi kartun transformer, aku memang layan habis. Hahaha....





Post aku kali ini bukan berbentuk review, sebab transformers 1,2,3 pun aku tak tengok so malas nak buat review. Tapi apa yang aku boleh katakan, Transformer 4 ini sangat LAYAN!!!! Dari segi visual Effects dia memang marvelous, tip top meletop!!!

Dan yang paling utama sekali adalah....

AKU TAK TERTIDUR!!!!

Aku ni jenis yang senang tertidur dalam panggung walaupun muvi tu sebest (wujud ke istilah ni??) mana pun. Kalau aku dah bosan, memang tidur je la...  Hahaha... Sedap wooo tidur dalam panggung, aircond lagi...

So kesimpulan aku, cerita ni agak best gak la, layan. Cuma aku tak boleh terima bila robot (autobot & decepticon) ada mulut macam manusia...  Hahahaha...

Tips untuk yang nak tengok apa-apa filem 3D, sila ambil seat di tengah untuk merasakan kesan maksimum 3D tersebut. Jangan ambil seat tepi dekat dinding tu, sebab ada 'blind spot' so kesan 3D tu dapat 70% je rasanya. Ok?

So pada yang nak tengok Transformers 4, sila beli tiket awal, sebab tiket sekarang sedang panas dijual. Jangan datang lambat, nanti tengah2 beratur beli tiket, keluar pengumuman: TIKET UNTUK TAYANGAN HARI INI SUDAH SOLD OUT!!! Hahaha...

Selamat menonton!

Thursday, June 26, 2014

Ke Klinik Lagi

Aku tak tau lah nak kata apa, rasanya dalam minggu ni dah dua kali aku amik mc. Nak kata sebab cuaca panas mungkin juga, nak kata sebab stress kerja, tak lah stress sangat, faktor tak cukup rehat mungkin juga tu.



Padahal aku dah cuba untuk atur perjalanan harian aku secara sistematik, dari keluar rumah, hingga ke pejabat, sampai lah waktu balik kerja dan ke rumah. Rasanya dari segi itu aku tak lah stress sangat pun. 

So aku rasa faktor cuaca juga ni, dan kekurangan air dalam badan menjadi punca aku jatuh sakit dalam minggu ni. Kalau boleh aku tak nak lah kerap sangat cuti sakit, tak seronok. Duit pun keluar macam air je nak bayar charge perubatan.

Kawan2 semua doakan aku sihat semula ye? 

Wednesday, June 25, 2014

Santai berbuka puasa di Kafe DailyFresh

Meh sini aku nak cerita sikit, baru-baru ni aku dan beberapa orang lagi rakan blogger dijemput ke Kafe DailyFresh di KL City Festival di Setapak untuk mencuba menu-menu yang ada di sana.

Lokasi KL City Festival ni, senang untuk dikesan menggunakan GPS, strategik, parking pun senang. Nak mencari Kafe DailyFresh ni pun senang, tak sesat pun, dari jauh dah boleh nampak. Shopping kat sini pun agak best jugak, boleh rambang mata dibuatnya. Hehehe...

Bagi aku yang kaki shopping ni dah tentu lah terus lupa diri sampai tak ingat masa, sedar-sedar dah nak berbuka dah. Nak cari food court mesti dah penuh, fast food apatah lagi, berdiri je la jawabnya. So jangan ragu-ragu, singgah terus ke Kafe DailyFresh, selesa pun selesa.


Hari tu aku datang bersama-sama Big Ben, Ben Ashaari. Terima kasih sebab ajak den yang kuat makan ni haa... Hahahaha...

Aku ni sebenarnya jarang nak menyinggah kat DailyFresh kalau jalan-jalan kat mall ni. Singgah pun sebab anak saudara aku nak makan jagung dalam cawan (corn in cup) dan Waffle. Tapi sebenarnya selain dari dua menu tadi tu, ada banyak lagi pilihan, ingat tu je ke? RZ oh RZ. Apa-apa pun inilah peluang untuk aku mencuba semua menu yang ada. Hahahaa...

Ye, aku tau sekarang ni isu HALAL adalah sesuatu yang besar di Malaysia. Jangan risau, kesemua produk-produk keluaran DailyFresh adalah HALAL. Nak bukti? Naaahhh....



Ada berbagai menu yang anda boleh pilih untuk berbuka. Ada air panas, sejuk, nak mintak suam2 pun boleh, yang penting korang bayar. Hahaha...




Nampak harga tu? murah je kan? Sedap pun sedap. Kalau korang tanya aku menu mana satu yang aku syorkan untuk korang cuba, aku rasa better cuba semua lah. Sedap weeehhh!!! Hahahaa...


Bagi penggemar makanan yang sejuk-sejuk, korang kena cuba Gelato Tempo. Sedap dia lain macam. Aku berjaya rasa semua perisa yang ada, apa yang aku boleh katakan, semua mabelesssss...



Atau korang boleh try Ice Kimo. Haaaaa yang ni aku siap tapau bawa balik rumah lagi, tapi sebenarnya dalam perjalanan ke pintu keluar KL City Festival dah licin dah aku habiskan. Hahahaa...

K
Kalau dah Sembang pasal DailyFresh memang tak sah kalau tak cerita pasal Cup Corn. Aku pun suka je makan, tapi apa yang aku baru tau bukan ada sejenis je, tapi ada 5 jenis Cup Corn yang korang boleh pilih. 

Kegemaran aku adalah Fury Chilli dan Freaky Garlic Cheese. Yang ni pun aku tapau bawa balik. sedap wooo...


Jangan dilupakan juga signature DailyFresh iaitu Wafito. Nampak macam simple je kan? Tapi kenyang aku dibuatnya bilah dah ratah 2 keping. Aku nak makan lagi ni... Alih-alih dah kenyang... Hahahahaa...

Ada Perisa Coco Deluxe, Pandan, Coffee dan Mocha. Sedap wooo...



Ok yang ni pula produk terbaru dari DailyFresh, korang kena borong benda ni banyak-banyak. Sebab masing-masing akan berebut nak mengunyah. Hahahaha... Serius ni aku cakap! 

POPCORN!!! Ada 5 perisa istimewa yang anda boleh borong. Caramel, Spicy Curry, Seaweed, Hony Dew dan Black Sesame. Dan kesemuanya tidak mengandungi MSG tau... Sedap lagi Menyihatkan gitu...

Pengumuman penting!!! Sempena bulan Ramadhan ni, DailyFresh ada membuat promotion istimewa. Promotion ni terhad tau...


Ok2, ini hanya istimewa buat pembaca setia blog aku. Cepat-cepat print voucher di bawah ini. Dan Sila tuntut di mana-mana kiosk atau Kafe DailyFresh yang berdekatan dengan anda. Cepaaaatttt!!!! Hahahahaa....


Nak tau senarai outlet DailyFresh di Malaysia, klik SINI tau? Selamat Berpuasa!


Hari ini aku jumpa blogger ..............

Tadi aku keluar kejap, temankan abang aku settlekan urusan beliau di putrajaya, dan kebetulan lah pula tempat yang aku nak pergi tu juga ada seorang rakan blogger yang bekerja di situ. Nak kata Bestfriend, kitorang ni sebenarnya "partner bertekak" je, sikit-sikit gaduh je, hahaha... Tapi sebenarnya dia seorang yang baik hati, biasalah usik mengusik, gaduh-gaduh tu normal kan. 

Blogger yang aku maksudkan itu ialah....



NAJEEB!!!!


Ye, pemilik blog http://katanajeeb.blogspot.com yang rajin membebel persis seorang pengawas sekolah yang menjaga di pintu tandas pada waktu rehat, hahaha... (gurau Jeeb!!!) Korang sila terjah blog beliau ye? Jangan lupa follow juga, tinggalkan jejak anda di ruangan komen, mesti dia tak balas punya, hahahaa...

Monday, June 23, 2014

Design Thinking Teaser di Genovasi

Sabtu lepas aku berpeluang menghadiri satu program anjuran GENOVASI di Petaling Jaya. Program yang diberi nama Design Thinking Teaser yang mana sesi kali ini dibuka khas kepada blogger saja. So aku rasa ini peluang yang bagus untuk aku, memandangkan ini adalah pertama kali aku dengar tentang Genovasi ni.

Pada yang tak pernah tahu pasal Genovasi, meh aku story sikit... 




Genovasi merupakan satu-satunya Design Thinking School di Malaysia di bawah Hasso Plattner Institute of Design Thinking yang berpusat di Potsdam University, Jerman. Genovasi adalah program di bawah Agensi Inovasi Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan budaya inovasi melalui program-program pendidikan dan latihan yang dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator yang hebat terdiri daripada anak Malaysia kita sendiri. Bangga wehh!!

Pertama kali aku sampai di pintu masuk Genovasi, aku dah excited dah. Mana tak excitednya, susun atur dalamannya amat menarik dan setiap sudut di dalam ini sangat sesuai untuk mengambil gambar "selfie"! Susun atur perabot yang boleh diubah-ubah menjadikan tempat ini tidak membosankan. 



Pintu Masuk Genovasi


Part yang ni antara kegemaran aku, iaitu ruang santai yang berkonsepkan "No Shoes Library", rasanya boleh layan tidur ni. bean bag empuk pulak kan? Memang awesome lah!




Ruang untuk idea presentation, ok, bangku ni nampak sedap! *lapar*
Ok, yang ni aku memang jeles. Ada Coffee Bar! Awesome!!!!!
Di ruangan tengah ini ada 'Mini Merry Go Round' yang diperbuat daripada roda kereta lembu yang telah diubahsuai. Well, I've never think of that before. Genius!
Dekorasi gambar-gamber peserta program.
Di Tingkat atas pula ada gelanggang futsal. Ohhhh, ini betul2 sudah menarik! Nak kerja sini boleh?

Ok, selesai tour. Kali ini kitorang berpeluang menyertai salah satu program 'design thinking' yang dijalankan di Genovasi. Kitorang diberikan satu kes di mana Encik Ismail, seorang bekas peninju yang telah bersara menghidapi arthritis. Dan penyakit ini menyebabkannya sukar untuk menulis bahkan untuk mengambil pen yang diletakkan atas meja juga sudah cukup menyukarkan. Maka di sinilah tugas kitorang bermula iaitu memikirkan cara untuk memudahkan Encik Ismail menulis.

Maka kitorang diberi satu kaedah penyelesaian menggunakan konsep "5 Step Design Thinking Process". Bermula dengan meletakkan diri di dalam situasi Encik Ismail, iaitu jari jemari kitorang dibalut dengan menggunakan masking tape di bahagian sendi dan merasai kesukaran untuk mengambil pen di atas meja dan menulis nama di atas kertas. Ternyata ianya bukan sesuatu yang mudah. Seterusnya kita mengkaji apa kaedah atau mekanisme yang boleh kita fikirkan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.


"Jari-jariku sakit semua kerna dibalut oh masking tape, yaayyy!!!!" (sila baca dalam intonasi menyanyi ye?)
Seterusnya Kitorang diminta untuk membuat satu lakaran prototaip rekaan kita. Part ini memang aku suka sebab aku suka melukis (walaupun tak cantik). Ini bertujuan untuk memberi gambaran visual mengenai apa yang kita hendak reka sebentar lagi. Oh ya! Aku lupa nak cakap, setiap langkah-langkah tadi tu, kitorang hanya diberikan masa selama 3 minit sahaja! Dan aku berjaya mereka 2 prototaip dalam masa tersebut! hehehe....


                           


Ok, this is the best part. Dengan menggunakan bahan terpakai dan bahan kitar semula yang disediakan, kitorang diminta untuk membuat satu prototaip berdasarkan lakaran yang telah kita lakukan pada step yang ketiga tadi. Untuk langkah keempat ini, kitorang diberi masa sebanyak 7 minit sahaja.

Inilah dia seterotaip aku.
Selesai peserta menyiapkan prototaip masing-masing, masa untuk kitorang present kepada fasilitator untuk memberi penerangan mengenai prototaip yang telah disiapkan. Ternyata peserta-peserta lain memiliki daya kreativiti yang tinggi di mana setiap prototaip yang dicipta tidak sama langsung antara satu sama lain. bermakna tidak ada istilah 'copycat'. Everybody's bringing out the best idea in their own opinion. 


                          

                          

Now here comes the best part, prototaip aku mendapat pujian dari fasilitator kerana ianya praktikal, dan tidak perlu penerangan panjang lebar. Hanya perlu menunjukkan demo cara penggunaan sahaja, pengguna sudah tahu bagaimana cara untuk menggunakannya (berapa banyak perkataan "GUNA" daaaa).


                           

Tiba di langkah terakhir, iaitu kita bertukar pendapat dengan partner untuk mengkaji apa kekurangan pada prototaip tersebut, apa yang boleh diperbaiki, sebelum rekaan yang sebenar direalisasikan.

Siapa sangka yang kita semua memiliki kemampuan untuk berfikir di luar pemikiran yang tipikal. Sebenarnya semua manusia memiliki kehebatan tersebut, cuma kita kena cari suis ON dan terus berfikir di luar kotak. Program kali ini pada aku amat menarik, dan jika berpeluang untuk menyertai program ini sekali lagi, i would say YES, YES and YES!!! Terima kasih Genovasi kerana memberi peluang bernilai ini pada kami. 


Dah Habis sesi, apa lagi. Gambar!!!!



                              
Oh ya, sepanjang bulan jun  dan julai ini, Genovasi akan menganjurkan beberapa peraduan buat anda semua. hadiah Lumayan menanti buat pemenang:-

Name the Genovasi Blog Contest     - 23 Jun 2014 hingga 27 Jun 2014
12 Commandments Contest               - 26 Jun 2014 hingga 3 Julai 2014
Q&A Contest Week 1                             - 1 Julai 2014 hingga 4 Julai 2014
Q&A Contest Week 2                            - 7 Julai 2014 hingga 10 Julai 2014
Content Sharing Contest                    - 14 Julai 2014 hingga 21 Julai 2014
Favourite Quotes Contest                  - 18 Julai 2014 hingga 24 Julai 2014
Q&A Contest Week 3                           - 28 Julai 2014 hingga 1 Ogos 2014

Bagi pengumuman pemenang pula, berikut adalah tarikhnya:-

Name the Genovasi Blog Contest      - 5 Julai 2014
12 Commandments Contest              - 11 Julai 2014
Q&A Contest Week 1                      - 5 Julai 2014
Q&A Contest Week 2                      - 11 Julai 2014
Content Sharing Contest                    - 30 Julai 2014
Favourite Quotes Contest                  - 31 Julai 2014
Q&A Contest Week 3                      - 2 Ogos 2014



Untuk lebih lanjut, korang boleh check link-link di bawah ni:-

Website: www.genovasi.my


Lets get Creative!