PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Saturday, August 30, 2014

Erti 31 Ogos Pada Aku

Assalamualaikum,

Bila sebut tentang tarikh 31 Ogos pada setiap tahun, seluruh rakyat Malaysia sudah tahu akan keistimewaan tarikh tersebut. Kalau ada yang tidak tahu pun kemungkinan mereka itu terdiri daripada bayi, atau mereka yang mengalami masalah hilang ingatan, hehehe.

Secara umum korang dah tahu apa erti kemerdekaan yang sebenar pada kita semua kan? Bagus, takyah lah aku nak ceritakan lagi ye dok? 

Tapi pada aku selain dari menghayati erti kemerdekaan pada tarikh bersejarah 31 Ogos 1957, aku ada satu lagi hari istimewa untuk aku raikan pada tarikh tersebut.

Hari istimewa itu ialah hari ulangtahun perkahwinan ibu & bapa aku. Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada tarikh 31 Ogos 1975. Dan pada hari ini (31 Ogos 2014), usia perkahwinan mereka telah mencecah 39 tahun lamanya. Alhamdulillah.

Walaupun sudah lama aku tidak berpeluang meraikan hari istimewa ini bersama keluarga di Kota Kinabalu kerana berkhidmat di Tanah Semenanjung sejak tahun 2008 lagi, namun tarikh 31hb Ogos akan sentiasa terpahat di dalam ingatan sampai bila-bila. Ingatan itu juga aku sertakan bersama doa semoga kami sekeluarga akan sentiasa bahagia, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.



Buat ibu & bapa yang sentiasa disayangi dan dirindui, maafkan aji kerana tidak dapat meraikan hari bahagia ini bersama-sama di rumah seperti selalu. Ketahuilah bahawa ibu & bapa sentiasa ada dalam hati dan sentiasa aji doakan yang terbaik buat keluarga kita. Sayangnya aji pada ibu & bapa tidak dapat diterjemahkan melalui kata-kata. 

"Ya Allah, engkau rahmatilah kedua ibu bapaku. Engkau panjangkan lah umur mereka, berikan kesihatan yang baik, murahkan lah rezeki mereka, kebahagiaan yang berpanjangan dan engkau kurniakanlah Syurga kepada mereka Ya Allah. Amin..."

Aji sayang Ibu & Bapa...


Friday, August 29, 2014

Cendol Durian Borhan

Rajin pula aku update entry pasal makan-makan ni. Nampak sangat aku ni kuat makan kan? 

Kalau korang ingat di entry sebelum ini aku ada cerita pasal restoran kat Dengkil kan? Ingat tak? Ok, tak payah susah-susah cari, korang boleh baca kat SINI.

Sebenarnya lepas aku makan di Restoran Sri Manis tu(sebelum solat Jumaat), habis je solat Jumaat masa dalam perjalanan pulang ke pejabat, aku sempat singgah lagi ke kedai cendol. Biasanya aku ni tak berapa suka sangat minum cendol, tapi ada sesuatu yang benar-benar menarik perhatian aku sampai aku terus singgah, iaitu...


DURIAN!!

Sebagai 'hantu durian' yang berjaya dan comel, aku tak dapat menahan nafsu aku untuk singgah ke kedai CENDOL DURIAN BORHAN ni. Jangan kata bau durian, nampak gerai jual durian dari jauh saja dah mampu buat aku terliur. Hahaha.


Korang tengok saja lah borang order ni, berapa banyak jenis cendol dia jual. Kalau boleh aku nak je order semua, makan satu-satu. Tapi bila mengenangkan perut aku yang semakin memboyot ni, aku order satu jelah. Aku order cendol special. Bukan takat cendol-cendolan saja yang dijual, ada mi kari, laksa, cucur udang, keropok lekor dan banyak lagi.


Maka inilah dia cendol special tu, ada durian, jagung, keladi, pulut dan featuring kacang merah. 

Serius, sedap wehh!!! Rasa menyesal pula order satu saja. Takpe next time aku nak beli dua lepas tu minum sorang-sorang, hahaha...

Haaa... Kalau ada kengkawan yang nak belanja aku, aku terima dengan hati terbuka. Hhahaha...
 

Ayam Golek Havoc!

Dah lama aku tak update entry kan?

Kali ini aku nak cerita pasal sebuah restoran yang aku sempat singgah tengahari tadi. Lokasi tak lah jauh sangat dari Putrajaya, Dengkil saja pun. Mesti ada yang fikir "Dengkil tuuu, jauhnyaaaa!" Sebenarnya takde lah sampai ke pekan dengkil tu, hanya depan sedikit saja dari Presint 20 Putrajaya. Kalau ikut dari Pejabat aku, tak sampai 10 minit pun.

Restoran Sri Manis, Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil.
Inilah restoran yang aku maksudkan tu. Restoran Sri Manis, Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil. Betul-betul terletak di tepi jalan, tak susah nak cari pun. Dekat sini ada jual nasi campur, lauk-lauk kampung yang memang mabeless! Ikan bakar, dan antara tarikan istimewa restoran Sri Manis ini pada pendapat aku ialah:-

AYAM GOLEK HAVOC

Serius, pertama kali aku dengar member aku cakap "Ayam Golek Havoc" aku tergelak. Bukan sebab apa, tapi aku respect la cara pengusaha kedai makan kita hendak menarik perhatian pelanggan, kreatif jugak kan? Lepas ni kalau aku nak buka bisnes ayam golek, aku nak namakan sebagai "Ayam Golek Rindu Awak 200%" boleh? hahaha.

Kenapa aku katakan menu Ayam Golek Havoc ini istimewa? Sebab menu ini hanya dijual pada hari Jumaat saja. Dan pada hari Jumaat jugalah restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan (memanglah pelanggan, takkan penuh dengan karburetor Honda Civic kot?). Masjid pula hanya berdekatan saja dengan restoran ini,  maka tak hairan lah sangat ramai yang datang singgah ke sini untuk makan tengahari tak kisah lah sebelum solat Jumaat atau selepas solat Jumaat.

Ini lah Ayam Golek Havoc tu, jangan dipandang enteng pada rupanya. Cuba dulu baru tahu...

Harga makanan di sini agak sederhana, tidak lah terlalu mahal, sedang-sedang saja. Bagi sepotong ayam yang sebesar ini adalah RM5.00 manakala harga bagi seekor ayam golek yang bulat adalah RM18.00, boleh makan hingga 4 atau 5 orang.

Pada aku, ayam golek havoc ni rasanya agak boleh tahan juga lah. Dagingnya lembut, dan wangi (ayam golek kot?). Aku tak ambil banyak sangat lauk, Cuma nasi putih suku pinggan, sayur kacang panjang dan ayam je. Lauk-lauk yang lain nanti aku cerita lagi, tunggu aku datang singgah lagi. Kunjungan kali pertama aku ni memang semata-mata nak try ayam golek havoc tu je. Next time aku try lauk pauk yang lain pula.





 
 

Tuesday, August 12, 2014

Mangkuk Punya Mangkuk Tandas!

Hari ni aku nak cerita pasal aksesori utama di tandas iaitu MANGKUK TANDAS. Termasuklah juga TANDAS CANGKUNG tu. Di mana-mana aku memang strict sangat pasal dua benda ni, tak kisahlah di rumah atau di pejabat, malah di shopping mall, kedai makan, tandas awam (outdoor) dan sebagainya.

Aku tak pasti adakah dilema ini dihadapi aku sorang je atau ramai lagi yang mengalaminya? Dan aku pun tak pasti adakah masalah ini juga dihadapi oleh wanita? Tapi apa yang pasti pekara2 macam ni agak mengganggu mood aku bila berada di tandas. Tak kira lah aku sedang berus gigi ke, basuh muka ke, berwudhu ke, mandi ke, buang air kecil/besar atau saja melepak dalam tandas, hehehee... 

berikut adalah antara sintuasi yang berjaya aku senaraikan, kalau korang ada mengalami situasi yang lain, apa kata bagitau di ruangan komen ye? (INI ADALAH KISAH BENAR)

1. Mangkuk tandas yang bersih (yang ni adalah ekspektasi aku) hehehe...



2. Air kencing di tempat duduk mangkuk tandas tak dibasuh



3. Air kencing di tempat duduk mangkuk tandas tak dibasuh, tak flush pulak tu!


4. Air kencing kat seat tu dah la dah kering, tak flush pulak!


5. Ikan emas berenang-renang.



6. Orang ni duduk je kat mangkuk tandas terus menyembur!!!! kebabooomm!!!! Tak flush!


7. Masuk dalam tandas, penutup mangkuk tandas dah diturunkan. Tapi bila buka, ikan emas berenang-renang dengan gembira.


8. Ini paling teruk! Dah la kencing bersepah tak basuh, berak pulak bersepah! TAK FLUSH PULAK TU!!!


Ini adalah antara situasi yang aku pernah hadapi sendiri lah. Mungkin tak semua lah macam ni, tapi kalau nak bagi contoh, dalam 10 tu mesti ada 2 atau 3 kes macam ni terjadi. Nak salahkan siapa bila dah jadi macam ni? Ada yang nak salahkan cleaner? Atau nak salahkan diri sendiri? Atau nak salahkan orang yang guna toilet tu sebelum anda? Kalau kita mempunyai rasa tanggungjawab dan timbang rasa yang tinggi, rasanya perkara macam ini takkan berlaku. Semuanya bermula dari SIKAP. Perkara yang kita tak suka terjadi pada diri sendiri, jangan sekali-kali buat kat orang. What goes around comes around. Hehehe...

Friday, August 8, 2014

Promosi Tiket Rashidun Caliph Conference 2014

Assalamualaikum semua,

Kalau anda masih ingat dalam entry sebelum ini aku pernah update tentang satu persidangan Islam, RASHIDUN CALIPH CONFERENCE 2014 kan? Ingat kan? Ingat kan?

Tak ingat lagi? apa kata korang klik link ni KLIK SINI TAU?



Dah ingat dah? Bagus! 

Berita baik untuk anda. Jika anda lihat poster di atas tu harga tiket untuk earliy bird berharga RM150 kan? Sekarang anda boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM 100 sahaja! Murah kan? Ini adalah peluang yang anda tidak boleh lepaskan.



Untuk pendaftaran dan urusan pembayaran, anda boleh klik di SINI.

"Past Experience - Future Lessons"

Thursday, August 7, 2014

Sebak Naik Flight

Assalamualaikum semua...

Rasanya masih tak terlambat lagi aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kan? Raya sebulan kot, hehehe... 

Dalam kesibukan Aidilfitri, barulah aku mempunyai kesempatan untuk mengupdate (wujud ke istilah tu?) entry baru. Dengan internet yang kejap ada kejap takde, pengembaraan di kawasan yang hampir takde line internet, so agak menyukarkan aku untuk beronline sekerap mungkin. Namun itulah terget aku sepanjang beraya di kampung, kurangkan online dan bersosial lebih kerap bersama keluarga dan rakan-rakan. BERJAYA!!! hahaha...

Sebenarnya aku nak cerita sikit pengalaman aku menaiki flight Malaysia Airlines MH2612 masa nak balik kampung ahad lepas. Aku tak nafikan sejak beberapa kejadian di seluruh dunia berkaitan kapal terbang, aku nervous yang teramat sangat. Ye lah, naik flight pun bukan selalu, setahun sekali je, itu pun masa nak balik raya.

Awal pagi selepas subuh aku dah gerak ke KL Sentral dari rumah. Flight aku jam 9.20 pagi, kena lah sampai paling cepat 2 jam sebelum penerbangan. Mujur boleh check in baggage terus di KL Sentral. Kalau tak, mesti aku dah keberatan mengangkat beg yang berkilo-kilo tu naik ERL  Ekspress ke KLIA. Senang, dah la tak ramai orang, urusan pun selesai cepat.



Sampai je kat KLIA, betapa leganya aku, kaunter check in SESAK!!! Nasib baik dah check in awal. So aku pun terus berjalan menuju ke boarding hall walaupun masih awal lagi, boarding jam 8.45, tapi jam 7.35 aku dah tercongok kat boarding hall.

Boarding je dalam kapal, makin nervous aku! dup dap dup dap jantung aku. Bila dah terbang aku tak buat apa-apa, tidur je. sebab malam sebelum tu aku tak tidur sebab packing di saat akhir. Makanan dalam flight pun aku tapau je, puasa kan? hahaha...

Tidur punya tidur, sedar je dah dengar pengumuman "Tuan tuan dan puan puan, kita akan mendarat sebentar lagi, sila tegakkan tempat duduk anda, sila matikan telefon bimbit anda dan peralatan elektronik anda, blaa blaa...." 

BAMMM!!!! terus aku makin nervous! antara pengalaman yang paling aku takut dalam flight ialah part mendarat sebenarnya. Sejak aku kecil lagi memang aku takut bila kapal terbang mendarat. Entah kenapa, mungkin sebab gegaran kapal tu kot.



Sebaik saja kapal mendarat, tiba-tiba terasa sebak sangat. Bukan sebab dah lama tak balik kampung. Tapi bila mengenangkan tragedi MH370 dan MH17, perasaan aku menjadi sayu, sedih, simpati tapi dalam masa yang sama rasa syukur kerana telah mendarat dengan selamat. Aku ni, luaran nampak je six pack, tapi jiwa sensitif sebenarnya. 

Kepada anda semua, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa tragedi MH370 & MH17 dan jangan dilupakan doakan juga saudara-saudara kita di Palestin, doakan juga ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, mereka yang telah kembali menghadap Ilahi. 

Salam Aidilfitri dari RZ sekeluarga.

ini belum sampai separuh pun, ramai lagi yang belum sampai...