Cosmoderm

Wednesday, December 16, 2015

Sekitar Pelancaran Buku Terbaru Matluthfi | Momen2 Matluthfi

Assalamualaikum Semua,

Hujung minggu yang lalu RZ mendapat undangan istimewa dari pihak PUTEH PRESS untuk ke majlis pelancaran buku terbaru Vlogger terkenal Malaysia, tidak lain tidak bukan MATLUTHFI. Buku terbaru beliau kali ini diberi tajuk Momen2 Matluthfi.

Momen2 matluthfi

Selepas kejayaan buku pertamanya; Catatan Matluthfi yang telah mecatatkan jualan sebanyak 125, 599 naskah, kini matluthfi kembali dengan buku keduanya yang menurutnya lebih panjang, lebih serius dan lebih dewasa nadanya.

Wakil Puteh Press, Encik Mohd Ikram Mohamad Nor Wazir meletakkan sasaran jualan yang lebih tinggi bagi buku Momen2 Matluthfi kerana sambutan di luar jangkaan bagi buku Catatan Matluthfi yang mula dijual sejak setahun yang lalu.

Momen Bersama Matluthfi yang diadakan di MPH Nu Sentral, Kuala Lumpur pada 13hb Disember 2015 yang lalu telah menjadikan suasana hadapan MPH begitu sesak dengan peminat-peminat beliau yang mula memenuhi ruang seawal jam 12 tengahari lagi. Mujur RZ datang awal, kalau tidak pasti tak sempat nak duduk, hehehe. Punya lah popular Matluthfi ni, hingga beliau hendak ke tandas pun mereka bersorak, hahahaha. Bayangkan kalau beliau berdiri atas pentas pula macam mana? koh koh koh.

Momen2 matluthfi

Jika anda mengikuti perkembangan Puteh Press di laman facebook mereka, satu pertandingan telah dianjurkan khas kepada peminat-peminat Matluthfi. Mereka hanya perlu memberikan komen pada post Puteh Press tersebut mengenai pendapat mereka tentang Matluthfi sekreatif mungkin dan beliau sendiri yang akan memilih pemenangnya yang mana hadiah akan disampaikan pada hari pelancaran nanti. Like FB mereka untuk maklumat acara seterusnya.

Sebenarnya pada acara yang lebih kurang sama tahun lalu, telah diadakan juga pertandingan seperti ini dan RZ merupakan pemenang tapi nak buat macam mana, tiada rezeki RZ untuk hadir ke acara tersebut kerana berada di luar kawasan.

Abaikan kisah sedih tu, kita berbalik kepada topik asal, hahahaha.

Momen2 matluthfi

Mujur ada seat disediakan buat team media pada hari itu, hehehe. Tapi RZ tidak hadir berseorangan tetapi juga turut dihadiri oleh rakan-rakan blogger Kelab Blogger Ben AshaariNajeeb, Yanty, Kak Sue dan Yaya Cendana. Terima kasih Puteh Press kerana menjemput kami, hehehe.

Momen2 matluthfi

Nak tengok tak sesaknya MPH Nu Sentral masa tu?

Momen2 matluthfi

Suasana semasa sesi kerusi puteh sangat-sangat mencuit hati. Semua yang hadir tidak kering gusi dengan celoteh dari Matluthfi. RZ sendiri pun hingga sakit perut akibat gelak tanpa henti, hahaha. 

Seperti yang dijadualkan pengumuman pemenang bagi pertandingan yang  dianjurkan oleh Puteh Press namun hanya seorang saja dari 3 pemenang yang hadir.

Momen2 matluthfi

Antara momen yang menggamatkan suasana ialah apabila Matluthfi terjumpa seorang yang agak seiras dengannya, rasanya video tu pun dah viral di page sukan star tv ke siakap keli, korang pandai lah cari sendiri, hahaha.

Momen2 matluthfi

Sesi autograf dan bergambar bersama peminat adalah sesi yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat Matluthfi

Momen2 matluthfi

Momen2 matluthfi

Momen2 matluthfi

Terima kasih Matluthfi kerana sudi berkongsi momen anda bersama kami. Momen itu juga pasti akan menjadi sebahagian daripada momen kami.

Momen2 Matluthfi dijual pada harga RM 25.00 di Semenanjung Malaysia dan RM 28.00 di Sabah/Sarawak. Anda boleh mendapatkannya di MPH seluruh negara atau boleh juga mendapatkannya secara atas talian di laman web Bookcafe.

Momen2 matluthfi

Dan sudah tentulah sebagai raja selfie....

Momen2 matluthfi

Monday, November 30, 2015

Siapa ke Pantai Timur Minggu Ini?| Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Assalamualaikum Semua,

Hujung minggu ini sempena cuti sekolah, siapa yang bercuti atau berada di pantai timur? Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan penulis-penulis terbaik PTS dan juga penulis muda dari program Tunas Super anjuran PTS.  Sekali lagi Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015 menampilkan Dr Khairul Nizam, Puan Mardiana Mat Ishak dan juga adik-adik penulis cilik untuk bertemu dengan peminat serta beramah mesra disamping mendapatkan autograf dan gambar bersama.



Jika pada entry yang lalu kita telah berkenalan dengan Dr Khairul Nizam, ayuh mari kita berkenalan pula dengan Puan Mardiana Mat Ishak. 


Mesti korang tak tahu kan yang Puan Mardiana Mat Ishak merupakan isteri kepada Dr khairul nizam? Terkejut tak? Sweet kan mereka, pergi road Tour bersama-sama, hehehe. Bekerja sebagai pensyarah, Puan Mardiana Mat Ishak telah menulis buku-buku tersebut bersama PTS;


  • Dahsyatnya Doa Isteri
  • Super Woman
  • Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa


Haaaa, mari kita berkenalan pula dengan penulis cilik ni. RZ cemburu dengan adik ni, umur 11 tahun dah ada novel sendiri. RZ masa umur 11 tahun sibuk main lompat getah je, hahahaha.


Adik Azim hakimi baru berumur 11 tahun, tapi telah menghasilkan novel pertamanya yang bertajuk Tunas Super: Misi Magika. Selepas ini pasti kita nak lihat lebih banyak karya yang dihasilkan oleh adik Azim Hakimi. Adik Azim juga akan bersama-sama menyertai Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015 di Pantai Timur hujung minggu ini.


Bagi yang ingin turut sama memeriahkan Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015, pastikan anda tidak terlepas jadual tersebut di bawah. Warga Kota Bharu dan Kubang Kerian, kelantan serta Gong Badak, Terengganu, tanda tarikh berikut pada kalendar anda ye?

5 Disember 2015 (Sabtu)

12.00 Tengahari
SMO Bookstores
KB Mall, Kota Bharu,
Kelantan

4.00 Petang
SMO Bookstores
Kubang Kerian, Kelantan

6 Disember 2015 (Ahad)

12.00 Tengahari
Smo Bookstores
Gong Badak, Terengganu.

jumpa di sana!

Thursday, November 26, 2015

Pishang = Bosan?

Assalamualaikum semua,

Dah lama tak menaip entry ni, gigihkan juga menaip sedikit sebelum balik kerja. Takde apa-apa yang penting sangat pun nak diceritakan sebenarnya, cuma sejak akhir-akhir ini RZ terlihat di laman sosial, semakin banyak penggunaan istilah "PISHANG" oleh remaja-remaja BBNU.


RZ makin lama makin pelik dengan istilah budak-budak zaman sekarang ni. dulu dengan AQ, ITEWW, ejaan pelik bercampur nombor tak payah cakap lah, boleh bikin kanser otak dibuatnya.

Berbalik kepada PISHANG ni! RZ pelik betul bila ramai guna istilah tu untuk merujuk kepada perkataan BOSAN. Yang RZ faham, PISHANG ni merujuk kepada pelat kanak-kanak yang nak sebut PISANG je.

PISHANG = BOSAN

Serius?????

Thursday, November 19, 2015

JDT Diserang Penulis Hebat | Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Assalamualaikum Semua,

Wah wah, belum pun selesai Road Tour penulis Terbaik PTS 2015 minggu ini negeri Kedah dan Pulau Pinang, penulis-penulis kita sudah dijadualkan untuk ke Johor pula. Tapi kali ini mereka bukan berempat saja, Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015 yang akan diadakan pada 28 hingga 29 November 2015 turut diserikan dengan kehadiran penulis-penulis cilik PTS yang dicungkil bakatnya melalui program Tunas Super.


Dan ini bermaksud, selain berjumpa dapat belajar melukis komik, anda juga akan dapat berkongsi pengalaman dengan penulis muda PTS yang berumur 9 tahun. Kepada yang nak merisik cara bagaimana menghasilkan buku pada usia muda, apa kata cuba tanyakan pada penulis-penulis cilik ini.

Jika pada entry sebelum ni kita berkenalan dengan Ben wong, kali ini mari berkenalan dengan Duo Adik Beradik Nazry dan Afiq Salam.


Gandingan adik beradik ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Karya mereka sering tersenarai antara buku yang mencatat jualan tertinggi setiap kali berlangsungnya pesta buku. Antara karya mereka termasuklah;

·          Misi Kira: Pertandingan Matematik
·         Misi 4 Flat
·         Misi Menyelamat Komika
·         Misi Straight A
·         Misi 10A Finale
·         Misi Cikgu Baru
·         Lukisan Hati
·         Kelab Pelajar Super
·         Misi 8A The Novel
·         Misi 10 A Plus
·         Komika: Ada Apa Dengan Komik?
·         Ali dan Tuah: Sarang Empat Penjahat
·         Kelab Da Vinci
·         MISI 10 A
·         Aviasi Fantasi #2
·         Remaja@ptsone 2010
·         Misi 8A
·         Aviasi Fantasi# 1
f
f
f   Ayuh kita berkenalan pula dengan salah seorang penulis cilik yang turut ditampilkan oleh PTS di Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015. Adik Wan Nurshafiqah binti Wan Mohd Sharif merupakan salah seorang peserta program Tunas Super anjuran PTS. Baru berumur 12 tahun, adik Wan Nurshafiqah telah menghasilkan novel sendiri yang bertajuk Tunas Super: Allysia Fantasia.



g  Tapi di mana lokasi Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015 di Johor ni? Johor kan besar, hehehe. Lihat di bawah;

28 November 2015 (Sabtu)

2.00 Petang
Kedai buku 
Badan Cemerlang
Plaza Angsana, Johor Bahru

29 November 2015

4.30 Petang
Kedai Buku
Pustaka Arris
Pasir gudang, Johor

     Apa lagi? Jom ajak keluarga, rakan-rakan anda ke lokasi-lokasi di atas memeriahkan Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015.

      Untuk membaca siri Jelajah Penulis yang lalu klik link-link berikut;






Tuesday, November 17, 2015

MyCerita Mengubah Kisah Anda Ke Bentuk Komik

Assalamualaikum semua,

Setiap manusia mempunyai kisah hidup sendiri. Setiap hari ada saja kisah-kisah inspirasi yang sering di'viral'kan samada di blog, facebook atau di mana-mana medium media sosial. RZ pasti anda juga mempunyai cerita sendiri yang dikongsikan dengan orang lain. Tetapi adakah cerita anda mampu untuk memberi inspirasi, pengajaran dan manfaat kepada orang lain?

Bayangkan jika kisah anda diterjemahkan dalam bentuk komik. Ya komik

"Tak reti lukislah, tapi saya ada cerita.."
"Cerita saya best, kalau jadi komik lagi best kot.." 

Mungkin ini adalah persoalan yang bermain di fikiran anda. Tidak pandai melukis bukan masalah lagi. Blog Mat Komik mengambil inisiatif untuk merealisasikan impian anda untuk menjadikan kisah inspirasi kepada bentuk komik melalui MyCerita.


Secara ringkasnya, Laman web MyCerita merupakan himpunan cerita, kata-kata dan pengalaman seseorang yang boleh di jadikan inspirasi dan pengajaran kepada diri kita. Setiap cerita berbaloi untuk di kongsikan.


Anda boleh berkongsi apa saja kisah di MyCerita. Lebih dari sekadar berkongsi cerita, tetapi MyCerita merupakan satu cabang baru untuk menyampaikan mesej dengan cara yang tidak tipikal. Ada orang suka membaca cerita panjang yang berperenggan, ada pula yang suka membaca cerita pendek, ada juga yang suka penyampaian dalam bentuk komik


Jika anda pembaca setia blog RZ, pasti anda ingat akan kisah seram yang RZ alami sendiri di LRT Maluri. Kisah itu juga ada di dalam MyCerita, hehehe.

Kos? Jangan risau, tiada sebarang pembayaran yang dikenakan untuk mengubah cerita anda kepada bentuk komik. Khidmat yang ditawarkan oleh MyCerita adalah secara PERCUMA.

Jadi tunggu apa lagi, kongsikan kisah anda di MyCerita, dan saksikanlah ianya dalam bentuk yang lain pula iaitu KOMIK!

Monday, November 16, 2015

Atan, Aizat, Zahid & Safee Sali Menjelajah Utara Tanah Air | Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Assalamualaikum Semua,

Bila korang baca tajuk kat atas tu, mesti terfikir siapa pula Atan ni? Aizat, Zahid? Safee Sali memang tak perlu diperkenalkan lagi lah. Siapa yang tidak kenal dengan jaguh bola sepak kebanggaan negara kan?

Tapi Siapa pula Atan, Aizat dan Zahid tu? Ahli Sukan? Majistret, Lawyer? Hahaha. Sebenarnya semua nama-nama di atas tu adalah watak-watak dalam Komik-M terbitan PTS yang mana penulis-penulisnya akan menyertai Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015 yang akan berlangsung pada 21 hingga 22 November 2015 bertempat di Kedah dan Pulau Pinang.

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015


Penulis-penulis yang ditampilkan kali bukan calang-calang tau. Komik-komik mereka berada dalam kategori Best Seller dan sering diulang cetak beberapa kali. Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015 edisi November menampilkan Duo adik beradik Afiq & Nazry Salam, komikus manga terkenal, Ben Wong dan Froggypapa.

Mari kita berkenalan dengan Ben wong, yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di Jepun melalui komik Atan terbitan PTS. Sebenarnya Ben Wong juga merupakan rakan baik RZ, (saja nak bagi jealous!) Hahahaha!

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Ben Wong, anak jati Muar, Johor berketurunan cina merupakan antara pelukis komik gaya 'manga' yang tidak asing lagi dikalangan peminat komik Malaysia. Beliau telah menghasilkan banyak karya-karya yang yang sehingga hari ini masih lagi dicari-cari oleh peminat komik untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi. Antaranya;
Namun kejayaan Komik Atan meraih Anugerah perak di 8th International Manga Award di Jepun telah mengharumkan nama Malaysia di rantau Asia. Kejayaan beliau telah mendapat liputan media yang tidak henti kerana ini adalah kali kedua beliau menerima anugerah pada acara yang berprestij tersebut.

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Kini komik Atan telah diterjemah ke bahasa jepun untuk dipasarkan di sana.

Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Bagaimana pula dengan Biodata Nazry & Afiq salam? Froggypapa? Kita rahsiakan dulu untuk tour yang seterusnya di Selatan pula ya?

Bagi mereka yang ingin beramah mesra, mendapatkan komik-komik mereka dan juga autograf. Boleh merujuk kepada jadual di bawah ini.

21 November 2015 (Sabtu)

12.00 tengahari
Kedai Buku Hasani
Taman Pekan Baru
Sungai Petani, Kedah

4.00 Petang
Kedai Buku Hasani
Taman Bistari
Alor Setar, Kedah

22 November 2015 (Ahad)

12.00 tengahari
Kedai Buku Hasani
Landmark Giant
Kulim, Kedah\

5.30 Petang
AEON BiG, Perai
Pulau Pinang

Jadi apa lagi? Jom meriahkan Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015! Jumpa di sana!

Thursday, November 12, 2015

Tips Bila Beratur di Mesin ATM


Assalamualaikum semua,


Lama tak buat entry personal kan? Hari ni kugagahkan juga untuk menaip entry ini memandangkan ada masa free sikit beberapa minit ni, hehehe.

Tidak dinafikan bila sebut pasal mesin ATM ni, boleh dikatakan yang RZ dan mesin ATM berpisah tiada, hahaha. Tapi rasanya bukan RZ seorang je yang macam tu, ramai juga yang bernasib seperti RZ. Sebenarnya entry ini bukan tertumpu pada mesin ATM saja, tapi juga Cheque Deposit Machine dan Cash Deposit Machine.

Bila dah ramai macam tu, memang mesin ATM akan jadi sesak lah, dengan barisan panjangnya, bila ada mesin yang Out Of Service maka berganda-ganda lah sesak dan panjangnya barisan. Ditambah lagi dengan karenah pengguna-pengguna ATM yang berbagai jenis, maka nak tak nak terpaksalah hadap juga.

Tips Bila Beratur di Mesin ATM
JANGAN SAMPAI JADI MACAM NI
Tapi macam mana kita nak menjadi pengguna mesin ATM yang bertoleransi? Maksudnya menjadi pengguna yang tak menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain.  Di bawah ini RZ senaraikan tips-tips bila beratur di mesin ATM lebih-lebih lagi bila tengah ramai orang;

1. Sebelum sampai giliran kita, keluarkan kad ATM siap-siap, bukan bila dah sampai giliran kita baru nak buka beg, ambil wallet/purse dan keluarkan kad ATM. Pegang saja wallet/purse tu, so bila selesai urusniaga boleh terus masukkan kad/duit ke dalam wallet/purse.

2. Sebelum sampai giliran kita, rancang siap-siap berapa amaun yang kita nak keluarkan, bukan bila dah masuk kad baru nak fikir keluarkan berapa hengget!

3. Yang nak keluarkan duit seorang je kan? So jangan angkut sekali kawan-kawan berkerumun keliling anda. Ini untuk keselamatan juga, demi menjaga nombor pin dilihat orang lain.

4. Jangan bila nampak kawan kau tengah beratur kat ATM, ambil kesempatan lalu datang bertegur sapa dan terus potong line orang lain di belakangnya. Kurang ajar namanya tu!

5. Bila orang di depan kita sedang menggunakan mesin ATM, pastikan jarak kita dengan orang tersebut tidak terlalu dekat. Bagi dia ruang selesa untuk berurusniaga. 

6. Bila duit/resit dah keluar, jangan lah buang tebiat nak kira/semak kat situ juga. (Kalau keluarkan amaun yang banyak). Masuk dalam wallet/purse terus pergi & kira kat tempat lain.

7. Merujuk kepada tips nombor 5, cuba berdiri pada satu jarak tertentu. Jadi bila sampai giliran kita, orang di belakang secara automatik akan berdiri di tempat tersebut. Lebih kurang memberi benchmark kepada orang belakang lah, hehehe.

Rasanya setakat dalam pemerhatian dan pengamatan RZ, itu saja yang boleh dikongsikan untuk korang. Dan kalau rasa susah sangat nak ikut tips-tips tu, pergi je mesin ATM pada waktu bukan puncak, waktu tak ramai orang, selesai!

Mungkin apa yang kita buat ni, nampak kecil dan mungkin remeh tapi pasti ada yang memerhati dan tak mustahil juga dicontohi oleh orang lain. Kalau tak mampu nak mendidik masyarakat secara terang-terangan, mungkin dengan cara begini insyaAllah akan ada hasilnya. At least kita berusaha kan, daripada merungut dan mengeluh.

Selamat mencuba dan selamat mendidik!

Monday, November 9, 2015

Chef Selebriti PTS ke Pantai Timur | Road Tour penulis Terbaik PTS 2015

Assalamualaikum semua,

Salam pantai timur buat pembaca buku-buku PTS di Terengganu dan Kelantan. Berita baik buat anda kerana Road Tour penulis Terbaik PTS 2015 kali ini akan berada di Terengganu dan Kelantan selama 2 hari. Tapi siapa pula penulis-penulis yang akan ditampilkan oleh PTS kali ini?

Sempena cuti perayaan Deepavali esok apa kata anda bersama-sama memeriahkan Road Tour penulis Terbaik PTS 2015 yang akan berlangsung pada 10 dan 11 November 2015. Bagi edisi kali ini PTS menampilkan barisan chef selebriti PTS yang terkenal seperti Chef Hanieliza, Chef Fazalina dan Chef Azian.

Bila dah jemput Chef Selebriti, aktiviti yang tidak wajar anda lepaskan ialah sesi demo masakan oleh ketiga-tiga chef ini. Ada rezeki, boleh lah merasa sendiri air tangan oleh chef-chef ini, peluang yang jarang-jarang ada ni. Selain itu anda boleh mendapatkan buku-buku resepi dari chef-chef selebriti ini dengan harga istimewa dan mendapatkan tandatangan mereka di samping beramah mesra dengan mereka.

Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015

Siapa yang tidak mengenali ketiga-tiga chef selebriti PTS ini? Buku-buku tulisan mereka semuanya laku keras. Mari kita berkenalan dengan salah seorang chef jemputan kita iaitu Chef Hanieliza.

Chef Hanieliza Kamarudin berasal dari Kuala Lumpur tetapi kini menetap di Kerteh, Kuala Terengganu sangat aktif dengan demo masakan di seluruh negara dan juga di televisyen seperti rancangan Wanita Hari Ini dan Nasi Lemak Kopi O. Beliau juga sering membuat demo masakan bersama Kedai Buku MPH, Mid Valley, Kedai buku POPULAR dan IKANO.

Antara buku tulisan Chef Hanieliza ialah;

500 Kompilasi Resipi Chef Hanieliza 101 Resipi Menggunakan Pemanggang Senangnya Memasak Makanan Barat Resipi Daun Limau Purut
dan banyak lagi!
Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015Road Tour Penulis Terbaik PTS 2015

Eh, bagaimana dengan Chef Fazalina dan Chef Azian? Sabar kita simpan dulu untuk Road Tour seterusnya, hehehe.

Bagaimana pula dengan jadual sesi esok dan lusa?

10 November 2015 (Selasa)
12.00 tengahari
SMO Bookstores
Gong Badak, Terengganu

11 November 2015 (Rabu)
12.00 tengahari
SMO Bookstores
KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

4.00 Petang
SMO Bookstores
Kubang Kerian
Kelantan

Jadi warga Terengganu dan Kelantan! Jom datang beramai-ramai! Jumpa di sana!

Friday, November 6, 2015

I Am Kapha Vata | Terapi di Samkkya Ayurvedic Clinic, Bangsar

Assalamualaikum semua,

2 minggu yang lalu RZ bersama dengan rakan blogger Ayue Jean berpeluang untuk memenuhi undangan dari seorang rakan, Nik Nabil ke Samkkya Ayurvedic Clinic (Health Care Centre), yang bertempat di Jalan Maarof, Bangsar. Kami ke sana bagi mendapatkan khidmat nasihat dan juga merasai sendiri pengalaman berejuvenasi di Samkkya.


samkkya ayurveda

Melangkah masuk ke Samkkya Ayurvedic Health Clinic, suasananya sangat selesa tak terasa seperti di klinik pun, seperti di rumah. Kakitangan Samkkya di sini juga sangat mesra, tak terasa kekok bila berada di sini buat pertama kali. No wonder begitu ramai pelanggan yang sering datang ke sini berulang kali.


samkkya ayurveda

samkkya ayurveda



Sebelum RZ bercerita panjang mengenai Samkkya, mari kita kenal-kenal manja dulu dengan Samkkya, hehehe. Samkkya merupakan sebuah pusat perubatan alternatif berasaskan rawatan Ayurveda dikendalikan oleh mereka yang sangat terlatih dan pakar dalam bidang rawatan ini. Samkkya Health Care Group setakat ini memiliki tiga buah cawangan iaitu;

samkkya ayurveda

Pada mulanya RZ ingatkan Samkkya Ayurvedic Clinic adalah sebuah spa biasa yang hanya memberikan perkhidmatan urutan saja. Tapi jangkaan RZ silap, perkhidmatan yang ditawarkan di Samkkya Ayurvedic Clinic meliputi banyak aspek.

Korang mesti tertanya apa yang dimaksudkan dengan Ayurveda kan?

samkkya ayurveda

Ayurveda merupakan sistem medico-gaya hidup penyembuhan yang berasal dari India lebih 5000 tahun yang lalu. Ia terdiri daripada dua perkataan Sanskrit. Ayur, yang bermaksud kehidupan, dan Veda yang bermaksud pengetahuan atau sains. Oleh itu Ayurveda boleh ditakrifkan sebagai sains kehidupan.

Hari ini, Ayurveda diamalkan di seluruh dunia sebagai satu sistem penjagaan kesihatan semula jadi. Ia memberi tumpuan kepada bahan-bahan dan tindakan, yang meningkatkan kualiti hidup kita, dengan menggabungkan falsafah diet, detoksifikasi, yoga, perbaikan mental dan wawasan ke dalam hidup dalam keseimbangan lengkap dengan alam semula jadi.

samkkya ayurveda

Ayurveda merujuk interaksi manusia dengan alam semula jadi. Ia menerangkan 5 struktur unsur ke dalam mana semesta dibahagikan; ruang, udara, api, air dan bumi. Elemen-elemen ini bergabung untuk membentuk 3 bio-tenaga atau dosha dikenali sebagai vata, pita dan kapha.

samkkya ayurveda

Dosha mentadbir semua aktiviti-aktiviti minda dan badan kita. Apabila kita mengekalkan keseimbangan melalui pilihan bijak, kita mengalami kesihatan yang optimum. Apabila dosha ini tidak seimbang, kita akan mudah mengalami penyakit.

Tujuan utama rawatan Ayurveda adalah untuk mewujudkan keseimbangan dalam ketiga-tiga kualiti yang asas tersebut.

samkkya ayurveda

Sebagai permulaan sesi, RZ & Ayue diminta untuk mengisi borang untuk menyatakan keadaan badan, tak kira lah dari segi saiz ke, gaya pemakanan, perkumuhan, emosi dan sebagainya. Sambil-sambil isi borang tu, kami dihidangkan dengan segelas air halia, eheee!!!. Seterusnya sesi analisis dosha bersama dengan Dr Shiv Kumar Vats yang akan memperincikan lagi maklumat yang RZ dah isi pada borang tadi, dan akhirnya barulah kita akan mengetahui 'dosha' kita. Menurut Dr Shiv Kumar Vats, 'dosha' RZ ialah


KAPHA VATA

yang bermaksud Kapha (Air) dan Vata (Angin)

samkkya ayurveda


Menurut Ayurveda, keseimbangan dosha kita dipengaruhi oleh pemakanan dan juga alam sekitar kita. Dalam erti kata lain, tekanan, gaya hidup yang tidak sihat, diet yang tidak serasi dan pengumpulan toksin boleh mengakibatkan dosha hilang keseimbangan.

Setelah menentukan "body constitution" dan mendiagnosis masalah seseorang, doktor umumnya menetapkan satu atau lebih daripada yang berikut:

Cadangan pemakanan, herba, yoga, senaman pernafasan, terapi urut, detoksifikasi atau Panchakarma.

Sama ada anda perlu untuk menyembuhkan ketidakseimbangan, atau hanya memerlukan terapi rejuvenasi. Samkkya menawarkan pelbagai terapi Ayurveda ditetapkan oleh pakar perubatan Ayurveda yang berpengalaman, dan ditadbir oleh ahli terapi Ayurveda terlatih.

Here comes the best part! MASSAGE!!!!

Setelah selesai sesi khidmat nasihat bersama Dr Shiv Kumar Vats, kami berpeluang untuk dimanjakan pula, hehehe. Seumur hidup RZ tak pernah lagi diurut-urut ni apatah lagi urutan seluruh badan. macam mana lah rasanya ye? (nervous!!!)

Mari kita lihat bilik rawatan RZ, haaaa luas tak? Ada tandas sendiri tau?


samkkya ayurveda

samkkya ayurveda

samkkya ayurveda


samkkya ayurveda

Biasalah orang pertama kali merasa full body massage, memang awkward sungguh, hahaha. Tak nak share gambar, nanti korang tergoda akan kecomelan RZ, hahaha!

Tapi urutan yang dilakukan oleh pakar terapi ayurveda di Samkkya Ayurvedic Clinic sangat refreshing dan relaxing. Bermula dari kepala di ke hujung kaki, depan, belakang hampir-hampir RZ tertidur dek kerana sedapnya diurut, hehehe.

samkkya ayurveda

Urutan menggunakan ‘Abhyanga’, iaitu minyak yang digunakan dalam proses urutan dalam rawatan ayurveda ini dikatakan ibu segala minyak urut! power tu, hehehe.

samkkya ayurveda



Rawatan urutan badan ini dikatakan mampu untuk memulihkan blood circulation, menguatkan otot,  mengurangkan sakit-sakit badan, lesu, awet muda, bagus untuk kulit dan rambut dan banyak lagi khasiat seperti urutan badan yang lain.

samkkya ayurveda

samkkya ayurveda

Selesai sesi urutan terapi RZ, segar sungguh badan ni selepas mengalami stress sejak 2 3 minggu sebelum tu. Ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal', memang terapi ini betul-betul hadir at the right time!

Terima kasih pada Nabil, Averyl, Miss Agnes, Doktor Shiv Kumar Vats dan juga pada therapist RZ atas layanan dan perkhidmatan yang sangat-sangat tip top! mungkin lepas ni boleh repeat lagi ke sini untuk treatment seterusnya pula.

samkkya ayurveda

samkkya ayurveda

Untuk lebih lanjut korang boleh layari laman web mereka http://www.samkkya.com.my.

Untuk tempahan sesi di Samkkya Ayurvedic Health Clinic Bangsar, boleh hubungi 03 – 2287 2111.