Cosmoderm

Wednesday, February 11, 2015

Menariknya di Farm In The City, Seri Kembangan

Assalamualaikum Semua,

Pada hari cuti yang lepas RZ berpeluang untuk mencuri sedikit masa untuk merehatkan minda bermain bersama haiwan dan menikmati pemandangan hijau di tengah kota raya. Haaaa, pelik? Siapa kata di tengah kepesatan bandar tiada tempat sebegitu? RZ sendiri pun baru je tahu pasal tempat sejak tahun lepas lagi, tapi tahun 2015 ni baru lah ada masa untuk mencemar duli, hahahaa...

Selamat datang ke Farm In The City, Seri Kembangan. Ini adalah kali pertama RZ mengunjungi Farm In The City ini dan sangat teruja untuk bergurau senda dan bersosial bersama haiwan-haiwan yang selama ini RZ hanya lihat di Discovery Channel dan Astro Ceria saja, hahahaa... Lebih menarik, bukan saja dapat melihat haiwan-haiwan ini secara dekat, malah boleh pegang!!!! Uwaaaaa... Excited nih!!!

Selamat datang I Menariknya di Farm In The City, Seri Kembangan

Itik (macam orang tak kenal je kan?) I Menariknya di Farm In The City, Seri Kembangan
Rusa yang comel, alololooo I Menariknya di Farm In The City, Seri Kembangan





Asyik dari tadi gambar haiwan je kan? Meh RZ tunjuk gegambo selfie pula, kang tak percaya lak, hahahaa....






Ada juga pertunjukkan khas bersama burung kakak tua, menarik sungguh di  Farm in The City. Rasa tak puas pergi sekali, bila pergi memang tak boleh nak sekejap-sekejap je lah. mesti nak lepak dua tiga jam ni, hahahaa..

Ok, harga tiket??? berpatutan okay...


RZ sangat rekomen anda untuk datang ke sini. Bawa keluarga, rakan-rakan ke Farm in The City. Tak Jauh, Di Bandar Putra Permai, Seri kembangan. Tidak jauh dari GIANT Taman Equine(Landmark).

Untuk lebih lanjut, boleh ke Facebook Farm In The City.

6 comments:

Eraz Fadli said...

Ada peluang, nak pergi sekali!

Nor Azura Mohamad said...

brp harga tiket utk famaliy pakej tu razi..

razzwey razz said...

Pakej RM109, untuk 2 dewasa dan 2 kanak2...

Mama Kembar 3 said...

Best n my sons enjoy sgt. Rasa nak pegi lagi je ni

razzwey razz said...

Yup, rasa macam nak pergi je lagi... Best!

razzwey razz said...

Eraz, ada peluang jangan pergi sekali...

Pergi banyak kali... Hahaha