Cosmoderm

Monday, March 23, 2015

Review Buku: Komik Abu Nuwas

Assalamualaikum,

Alhamdulillah baru mempunyai kesempatan untuk membaca komik ini dek akibat tersalah letak dan hilang ingatan sebentar, hehehe. Sebenarnya sudah lama RZ mengikuti kisah-kisah Abu Nuwas melalui laman Facebook Projek Iqra' , kini akhirnya berpeluang untuk membaca sendiri komik ini secara fizikal.

Komik Abu Nuwas I Review Buku: Komik Abu Nuwas
Bagi yang belum pernah mengenali siapa Abu Nuwas dalam buku ini, mari kita berkenalan dengan beliau.

Abu Nuwas

Hampir seperti seorang penganggur, kerjanya sehari-hari adalah merayau sambil melihat-lihat keadaan sekeliling di daerah tempat tinggalnya. Ketinggian ilmu yang dimiliki menjadikannya rujukan orang ramai. Begitupun ramai yang tertanya-tanya apakah kerjanya yang sebenar. hakikatnya dia adalah seorang penasihat kepada Si Penguasa dan dia menulis puisi di masa lapangnya.





Setelah selesai membacanya, apa yang RZ boleh simpulkan di sini ialah Komik Abu Nuwas ini bukanlah bacaan yang biasa. Isi kandungnya sarat dengan mesej baik dan pengajaran yang kadang-kadang kita sendiri tak perasan perkara-perkara ini berlaku disekeliling kita.

Sindirannya berilmu, bahasanya tinggi dan penyampaiannya yang santai menjadikan "Abu Nuwas" sebuah komik yang berada di liganya sendiri. Komik loose nya, sering membuat kita terfikir "ya tak ya juga kan?". "Eh, kenapa lah aku tak buat macam ni dulu?"

Nah, RZ kongsikan sedikit teaser gitu untuk santapan korang...

Review Buku: Komik Abu Nuwas 
Review Buku: Komik Abu Nuwas
Review Buku: Komik Abu Nuwas
Review Buku: Komik Abu Nuwas
  
Laman Web:

Facebook:


Sunday, March 22, 2015

Menu Baru Di KFC : KFC ZINGER RICE WRAP

Assalamualaikum semua,

beberapa hari yang lepas RZ berkesempatan memenuhi undangan KFC ke acara Blogger Party bertempat di Restoran KFC, Pavilion, Kuala Lumpur. Bagi RZ yang baru pertama kali menghadiri Blogger Party ni, boleh dikatakan ramai juga rakan-rakan blogger yang baru pertama kali RZ temui. 

Menu Baru Di KFC : KFC ZINGER RICE WRAP
Selfie sikit I Menu Baru Di KFC : KFC ZINGER RICE WRAP

Sempena Blogger Party ini juga, KFC Malaysia memperkenalkan menu baru mereka iaitu KFC ZINGER RICE WRAP, sajian lazat dan seimbang dengan harga yang sungguh menjimatkan, RM4.90! Hidangan ini boleh didapati di Restoran KFC bermula 5 Mac 2015.


Menu Baru Di KFC : KFC ZINGER RICE WRAP
Menu Baru Di KFC : KFC ZINGER RICE WRAP
Menu Baru Di KFC : KFC ZINGER RICE WRAP


KFC Zinger Rice Wrap merupakan antara hidangan jenis wraps yang pertama dalam industri restoran perkhidmatan segera yang menggabungkan NASI sebagai inti. KFC Zinger Rice Wrap terdiri daripada gabungan kepingan Zinger, dibalut dengan dengan tortilla 9-inci, nasi Colonel, tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau. *Nak letak sos tomato/cili pun boleh*

Hidangan ini sangat sesuai bagi warga kota yang terlalu sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai masa makan tengahari yang panjang. *been there done that*

Ok, mari cerita pasal harganya pula. Sangat menjimatkan dan berbaloi! Lihat gambar di bawah.

Berebut dengan Selfie sendiri I Menu Baru Di KFC : KFC ZINGER RICE WRAP
Sudahlah harganya berpatutan, rasanya pula sangat sedap! Terasa rugi pula hanya makan satu saja semasa blogger party tu dek kerana sibuk berselfie! hahaha...

Berebut dengan Selfie sendiri I Menu Baru Di KFC : KFC ZINGER RICE WRAP
Menu Baru Di KFC : KFC ZINGER RICE WRAP
PERADUAN INSTAGRAM #GrumpyNoLunchFace

Instagrammers sekalian!!! Ada berita baik buat anda. Selaras dengan promosi KFC Zinger Rice Wraps, KFC dengan kerjasama Fly & One FM melancarkan pertandingan foto #GrumpyNoLunchFace di Instagram. Peminat KFC digalakkan untuk memuatnaik gambar 'riak wajah  kecewa' mereka dan hashtag (#) gambar-gambar dengan kapsyen tersebut. Pemenang yang terpilih akan menerima hadiah menarik dan juga kejutan dari pihak KFC dan stesen-stesen radio tersebut. 

Good Luck!!!!

Laman Web:

Facebook:

Instagram:

Friday, March 20, 2015

Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)

Assalamualaikum semua,

Beberapa hari yang lepas RZ berkesempatan memenuhi undangan dari PTS Media Group ke sesi Meet & Greet bersama Felixia Yeap (Rara) sempena pelancaran buku #AmoiBerhijab bertempat di Pentas Utama Ruang Legar MYDIN USJ, Subang Jaya.

Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)
Eksklusifnya pada hari tersebut, selain dapat berkongsi pengalaman bersama Rara, para pengunjung turut berpeluang membeli buku #AmoiBerhijab di Pasar Raya Besar MYDIN USJ dan terus boleh mendapatkan autograf dan mengambil gambar bersama Rara.

Ketibaan Rara I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)
Sesi Meet & Greet ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para peminat Rara untuk mendekati beliau dalam satu acara eksklusif di samping mengikuti kisah perjalanan hijrah beliau yang tidak pernah didedahkan di mana-mana media sebelum ini. Acara seumpama ini diharap dapat dapat memberikan impak positif dan teladan kepada masyarakat.

GAMBAR SEKITAR SESI MEET & GREET BERSAMA FELIXIA YEAP (RARA)



Perasmian #AmoiBerhijab I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)

Perasmian #AmoiBerhijab I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)
Perasmian #AmoiBerhijab I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)
Sesi Bedah Buku #AmoiBerhijab I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)
Sesi Bedah Buku #AmoiBerhijab I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)


Nur Arisa Maryam seorang saudara baru berasal dari Jepun I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)
Pelancaran #AmoiBerhijab I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)
Sesi Bedah Buku #AmoiBerhijab I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)
Sesi Bedah Buku #AmoiBerhijab I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)
 
Sesi Bedah Buku #AmoiBerhijab I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)
Selfie Sikit Rara I Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara)
#AmoiBerhijab boleh didapati dengan harga RM 18.00 di MYDIN seluruh negara dan boleh juga dibeli secara online di http://www.bookcafe.com.my.