Cosmoderm

Monday, March 23, 2015

Review Buku: Komik Abu Nuwas

Assalamualaikum,

Alhamdulillah baru mempunyai kesempatan untuk membaca komik ini dek akibat tersalah letak dan hilang ingatan sebentar, hehehe. Sebenarnya sudah lama RZ mengikuti kisah-kisah Abu Nuwas melalui laman Facebook Projek Iqra' , kini akhirnya berpeluang untuk membaca sendiri komik ini secara fizikal.

Komik Abu Nuwas I Review Buku: Komik Abu Nuwas
Bagi yang belum pernah mengenali siapa Abu Nuwas dalam buku ini, mari kita berkenalan dengan beliau.

Abu Nuwas

Hampir seperti seorang penganggur, kerjanya sehari-hari adalah merayau sambil melihat-lihat keadaan sekeliling di daerah tempat tinggalnya. Ketinggian ilmu yang dimiliki menjadikannya rujukan orang ramai. Begitupun ramai yang tertanya-tanya apakah kerjanya yang sebenar. hakikatnya dia adalah seorang penasihat kepada Si Penguasa dan dia menulis puisi di masa lapangnya.





Setelah selesai membacanya, apa yang RZ boleh simpulkan di sini ialah Komik Abu Nuwas ini bukanlah bacaan yang biasa. Isi kandungnya sarat dengan mesej baik dan pengajaran yang kadang-kadang kita sendiri tak perasan perkara-perkara ini berlaku disekeliling kita.

Sindirannya berilmu, bahasanya tinggi dan penyampaiannya yang santai menjadikan "Abu Nuwas" sebuah komik yang berada di liganya sendiri. Komik loose nya, sering membuat kita terfikir "ya tak ya juga kan?". "Eh, kenapa lah aku tak buat macam ni dulu?"

Nah, RZ kongsikan sedikit teaser gitu untuk santapan korang...

Review Buku: Komik Abu Nuwas 
Review Buku: Komik Abu Nuwas
Review Buku: Komik Abu Nuwas
Review Buku: Komik Abu Nuwas
  
Laman Web:

Facebook:


9 comments:

adarain said...

ada jual ke buku ni? ingat sekadar gambar je.

razzwey razz said...

Adarain, cuba check link ini, http://www.projekiqra.com/product/komik-abu-nuwas-siri-1/

kay said...

menarik :)

Azlinda said...

Wow

Azlinda said...

Wow

Projek Travel said...

kita pon beli

razzwey razz said...

Sangat menarik...

razzwey razz said...

Wwwowwwwwww juga!!!!

razzwey razz said...

Tahniah kerana telah membeli... Hohohoho