PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Wednesday, April 29, 2015

Edisi Muzik: Layan Lagu Apa Sekarang?

Assalamualaikum semua,

RZ saja nak share dengan korang semua album yang sedang RZ layan sekarang. Agak lama juga tidak membeli CD, asyik-asyik buka youtube je kalau nak layan lagu. Baru-baru ini rakan RZ telah memberikan RZ sebuah album dari seorang komposer yang mempunyai bakat luar biasa.

RZ sendiri menggemari beberapa lagu ciptaan komposer tersebut, sangat sedap! Lagu-lagunya pernah dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi terkenal tanah air seperti Dato' Siti Nurhaliza, Azharina, Jeslina Hashim dan ramai lagi. Dah tau siapa orangnya? 

Jeng jeng jeng!!!

Bukan Sekadar Julfekar | Layan Lagu Apa Sekarang
Album Bukan Sekadar Julfekar menyenaraikan sebanyak 20 buah lagu hasil karya beliau sendiri. Terdapat 2 CD di dalam album ini yang mana CD 1 merupakan kolaborasi antara Julfekar dan The Stringers. Manakala CD 2 pula adalah Ilham Julfekar menghimpunkan karya-karya beliau yang dinyanyikan oleh Elly Mazlin, Farahdhiya, Alyah, Min Yasmin, Fransisca Peter, Azharina V.E, dan Hazami.

Bukan Sekadar Julfekar | Layan Lagu Apa Sekarang
Secara peribadi RZ menggemari lagu Melakar Rindu, kolaborasi antara Julfekar dan The Stringers yang sebelumnya dinyanyikan oleh Jeslina Hashim yang telah digubah semula susunan lagunya menjadi lebih dramatik dan menusuk kalbu (gituuu).

Secara keseluruhannya RZ amat berpuas hati dengan karya-karya dalam album Bukan Sekadar Julfekar. Sangat menepati citarasa muzik kegemaran RZ. Kalau ada masa dan Rezeki, teringin juga RZ menyanyikan lagu ciptaan beliau. Time will tell.

Rating: 4.5/5
Selamat mendengar!

No comments: