Cosmoderm

Friday, May 1, 2015

Agenda Israel di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur?

Assalamualaikum semua,

Bahang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL) masih membara lagi meskipun sudah menuju hari-hari terakhir. PBAKL 2015 yang berlangsung bermula 24 April hingga 3 Mei 2015 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) terus dibanjiri pelbagai lapisan masyarakat yang masih percaya akan kelebihan membaca kepada mereka.

Namun disebalik kebanjiran buku-buku ini, kita telah terlepas pandang akan kemasukan salah sebuah pempamer (exhibitor) yang cuba untuk mempromosikan dan menyokong agenda Yahudi secara terang-terangan. ewahhh ewaahhh, apa nak jadi ni?

Kisah kontroversi ini pun sudah tersebar di media arus perdana (mainstream). Baca petikan di bawah.

Agenda Israel di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur?

KUALA LUMPUR – Sebuah gerai yang dibuka sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL) kali ini mungkin mengejutkan rata-rata pengunjung kerana gerai berkenaan mempamerkan buku-buku yang mempromosikan negara Israel dan agama Kristian dalam bahasa Melayu.
Sebuah rak di gerai buku itu secara terang-terangan mempamerkan ayat yang boleh mencetuskan kontroversi iaitu ‘Kasih dan Rahsia Tersembunyi Tuhan untuk Akhir Zaman, Bangkitlah Israel’.
Tinjauan Kosmo! mendapati judul buku yang dijual di gerai itu telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu antaranya, Bangkitlah Israel, Pesanan Salib dan Neraka hasil tulisan seorang paderi terkemuka yang berasal dari Korea Selatan, Dr. Jaerock Lee.
Dua nashkah yang diterjemahkan itu dijualkan dengan harga RM45.
Jaerock merupakan seorang paderi yang telah menjalankan 123 misi mubaligh di seluruh dunia antaranya di Kenya, Jerman, Israel, China dan termasuklah Amerika Syarikat.
Buku hasil tulisannya iaitu Pesanan Salib telah diterjemahkan ke dalam 76 bahasa dan diedarkan di gereja di seluruh dunia termasuklah di Johor baru-baru ini.


Sumber Artikel: Akhbar Kosmo

Agenda Israel di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur?
Macam Mana agaknya buku-buku in boleh memasuki pasaran? Kurang pemantauan kah? Di mana silapnya? Namun sekarang bukan masa untuk menuding jari ke arah siapa-siapa, setiap lapisan masyarakat juga kena memainkan peranan mereka dalam hal ini. Agak mengejutkan juga bila RZ mendapat maklumat ini melalui rakan RZ yang juga merupakan salah seorang petugas di PBAKL. Harapnya pihak penganjur akan lebih berhati-hati untuk acara yang akan datang.

Apa kata anda?

Allahuakbar!

6 comments:

RahimAim1 said...

kat tgkt mana ni?smlm sy ad jgk jln2..xd la plak trnmpk rak tu..huhu

razzwey razz said...

Hari kedua PBAKL booth ini dah diarahkan TUTUP serta merta...

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

Syukur ada yg peka dr yg pekak

razzwey razz said...

Yup, atas kerjasama orang sekeliling, tindakan telah diambil...

ridoma said...

Longgar

razzwey razz said...

Pengajaran untuk acara akan datang...