Assalamualaikum semua,
Masih lagi dalam mood kerinduan Kelantan dan Hotel Perdana Kota Bharu, RZ masih belum nak ceritakan pengalaman menarik RZ sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Jika pada entry sebelum ini RZ bercerita tentang program Perdana Trail, kali ini RZ sangat teruja hendak berkongsi tentang 'Apa Yang RZ Makan di Kelantan'. Haaaa, korang jangan segan-segan, mohon teruja sama ye? hehehe...
Sebenarnya makanan dari Pantai Timur bukanlah asing pada RZ pun. Berbekalkan pengalaman tinggal bersama komuniti Kelantan, rasanya berbagai juga masakan Kelantan yang RZ sudah rasa. Tapi hakikatnya there's more than meets the eye. Apa yang RZ pernah rasa di Kuala Lumpur sangat jauh berbeza dengan apa yang dihidangkan di Kelantan. Ibarat langit dengan bumi, umpama jauh panggang dari api, ibarat mencurah air ke... baiklah! sebelum RZ merapu dengan lebih teruk mari kita lihat apa yang telah RZ masukkan ke dalam mulut dan seterusnya ke perut, hahaha.
Setibanya di Hotel Perdana Kota Bharu, RZ bersama-sama dengan rakan blogger dan juga wakil dari Destination Malaysia diiringi oleh Pengurus Besar Hotel Perdana Kota Bharu, Encik Muhammad Taha Zainal dan beberapa lagi staff Hotel Perdana Kota Bharu ke Cerana Coffee House untuk menikmati sarapan pagi.
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Masuk saja ke Cerana Coffee House, benda pertama yang menarik perhatian RZ adalah pemandangan di luar, KOLAM RENANG!!! Terasa seperti hero telenovela sepanyol pula apabila menikmati sarapan di tepi kolam, hahaha.
Makanan pertama yang RZ nikmati di Kelantan ialah...
NASI DAGANG
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Serius, tak tipu, nasi dagang Cerana Coffee House adalah nasi dagang terbaik yang RZ pernah nikmati. Kalau makan nasinya saja pun sudah sedap, inikan pula dimakan bersama aksesori wajib nasi dagang kan? hahahaha. Jujur RZ katakan, keenakan nasi dagang Cerana Coffe House masih lagi terbayang-bayang, seperti baru saja menjamahnya pagi tadi, haaaa gitu! Jika anda menginap di Hotel Perdana Kota Bharu, jangan lupa nikmatinya ye?
Haaa? tak nampak aksesori yang RZ maksudkan? mari lihat melalui pandangan atas ye? haaa... nampak tak? Setting kena baik punya, barulah boleh jadi anak murid Chef Gordon Ramsay (Hell's Kitchen) dok gitu?
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Keenakan
nasi dagang di
Cerana Coffee House,
Hotel Perdana Kota Bharu bukan saja diakui oleh
RZ saja, malah ianya juga mendapat kata sepakat yang sama oleh
Rawlins,
Mira Cikcit dan
mek Onie iaitu,
The Best Nasi Dagang Ever!
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Selain dari nasi dagang ada lagi berbagai lagi hidangan buffett di Cerana Coffee House yang anda boleh pilih, dan RZ mengambil sayuran kegemaran RZ iaitu Cendawan atau dalam bahasa Inggerisnya adalah mushroom manakala dalam bahasa rusianya adalah gribami, haaaa fasih tak RZ berbahasa rusia? (padahal satu perkataan saja pun)
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Selesai sarapan kita berehat dulu sementara mempersiapkan perut untuk hidangan makan tengahari pula. Tengaharinya kami menikmati makan tengahari di Restoran eLeven, Hotel Perdana Kota Bharu. Jangan pula tanya RZ kenapa nama restoran tu eLeven, sudah tentulah sebab lokasinya terletak di tingkat sebelas (11), hahaha. Obvius sangat kan?
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Tapi sebelum kami menikmati makan tengahari, Chef John (wahh namanya best sungguh kan?) membuat demonstrasi membuat kuah laksam. Kusangkakan susah, rupanya mudah saja, cempak itu sikit, campak ini sikit, api jangan panas sangat, kacau, kacau dah siap! Menurut Chef, ikan yang sesuai digunakan untuk membuat kuah laksam ialah ikan selayang. RZ pun baru tahu tahu yang selayang itu adalah nama ikan, hehehe.
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Haaa yang pakai topi warna hitam tu Chef John, dan pembantunya menunjukkan kuah laksam yang telah siap dimasak.
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Beginilah rupa laksam yang telah siap, dicurah bersama kuah yang pekat. Nak cakap macam mana ye? Mengikuti reputasi nasi dagang tadi, laksam ini juga adalah laksam paling sedap yang RZ pernah rasa. Oooohhh, bertahan RZ, banyak lagi makanan kita nak cuba ni.
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Sabar, belum boleh makan lagi kali ini mari kita belajar cara membuat manisan terkenal di Kelantan iaitu Jala Emas. Jala emas menurut rakan blogger Mek Onie adalah manisan yang sangat manis, namun kemanisannya diseimbangkan dengan menggunakan telur itik berbanding menggunakan telur ayam biasa. Selain dari tujuan menyeimbangkan rasa manis itu, penggunaan telur itik juga adalah kerana warna kuning telur itik adalah lebih kuning dari telur ayam. Haaaa gitu!
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
RZ juga tidak mahu ketinggalan untuk membuat jala emas ini. Peluang bukan datang selalu, so make the best of it. Rupanya cara membuat jala emas adalah semudah ABC saja, tapi jangan makan banyak sangat, manis tau. pastikan minum air masak yang banyak juga ya?
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Ye tau, korang mesti tertanya kan macam mana rupanya jala emas ni kan? macam ini lah.
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Tibalah acara yang ditunggu-tunggu. Mari kita menjenguk meja hidangan untuk makan tengahari kita hari ini.
KUIH AKOK
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
KUIH CARA BERLAUK
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
KUIH KOCI
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
BUAH TANJUNG
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
JAGUNG DIGAUL BERSAMA KELAPA
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
JALA EMAS & TAHI ITIK
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
LAKSAM
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Dan berbagai hidangan pencuci mulut lain lagi...
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan |
Kesudahannya? kami semua tersandar lesu di bangku masing-masing kerana kekenyangan yang hebat, hahaha. Bersiap sedialah semua, kita lupa masih ada MAKAN MALAM lagi kan? Haaaaa takuuuutttt!!!
Untuk makan malam hari pertama, sekali lagi kami ke restoran eLeven untuk menikmati...
YEOLHANA STEAM & GRILL
Ye, kedengaran seperti bunyi sebutan Korea kan? Tahu tak 'yeolhana' bermaksud sebelas (11) dalam Bahasa Korea? Haaaa, baru tahu kan? RZ google taaauuu? hahahaha. Maafkan RZ walaupun berwajah Korea, tapi RZ tidak fasih berbahasa Korea, hahaha. (perasan!)
Melangkah kaki sahaja ke Restoran eLeven, pandangan RZ tertumpu kepada dessert yang tersusun dengan cantik sekali. Namun cantik bukan pada rupa saja, tapi cantik juga pada rasanya! perghhhh! Tapi jangan makan dulu dessert ni, kita simpan di hujung-hujung2 ye? Mari RZ belanja gambar dulu, hahaha. Mohon jangan jilat skrin komputer anda!
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 1 |

Bersedia untuk menikmati hidangan steam & grill ala korea? Di sini ada Kimchi juga tau dan juga berbagai sos makanan korea. Dari segi pilihan makanan untuk steam & grill, ada lebih kurang 100 jenis lauk pauk anda boleh pilih, terdiri daripada sayuran, bebola ikan, daging, ayam dan makanan laut yang diperap dengan kari, lada hitam, BBQ dan banyak lagi. Anda pasti akan rambang mata melihat begitu banyak pilihan lauk pauk yang tersedia.
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 1 |
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 1 |
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 1 |
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 1 |
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 1 |
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 1 |
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 1 |
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 1 |
 |
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 1 |
Jika anda penggemar steam & grill, pastikan anda singgah ke Hotel Perdana Kota Bharu dan datanglah ke Restoran eLeven untuk menikmati pakej Yeolhana Steam & Grill yang beroperasi bermula dari jam 6 petang hingga jam 12 malam. Dengan harga serendah RM65 per head, sangat berbaloi tau?
Terima kasih kepada Hotel Perdana kota Bharu kerna menyajikan makanan yang amat lazat meskipun baru hari pertama kami tiba di Kelantan. Bagaimana pula makanan yang akan kami cuba untuk hari yang kedua pula? Nantikan Part 2 bagi siri "Apa Yang RZ Makan di Kelantan" ye?
Terima kasih juga kepada Destination Malaysia kerana memberi peluang kepada RZ dan rakan-rakan blogger lain untuk merasai sendiri keenakan hidangan makanan di Hotel Perdana Kota Bharu.
4 comments:
Ya Allahhhh.... laparnyaaa.. stress tengok semua gambar makanan
Kan..
Nak menulis pun stress sebab dok teringat
I want Nasi Ulam...
Hahaha
Bayangkanlah masa buat entry ni, betapa terliurnya daku...
Nasi ulaaaaaammmm
Post a Comment