Assalamualaikum Semua,
Siapa suka makan Nasi Kukus sila angkat kening! Mari sini RZ nak bagitau, kat mana nak cari Nasi Kukus yang sedap kebabom kat area Selayang ni. RZ berpeluang mencubanya bersama rakan-rakan #KelabBloggerBenAshaari, terima kasih Lan Careno kerana sudi menumpangkan RZ sekali, hahaha.
Tempatnya tak la jauh sangat pun, Berhadapan dengan Fakulti Perubatan UiTM dan bersebelahan dengan Ideal Convention Centre, Selayang. Kalau nak guna waze, search je dua landmark tu, mesti boleh jumpa punya lah Restoran Azul Authentic Nasi Kukus ni.
![]() |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
![]() |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
![]() |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
RZ suka konsep restoran yang minimalis dan simple yang diterapkan oleh pemilik Restoran Azul Authentic Nasi Kukus. Ruang antara setiap meja juga sangat selesa, maka takdelah RZ dok asyik tersepak kerusi orang, terlanggar meja sebelah. Almaklumlah saiz RZ ni kurang sikit je dari Resakse dalam cerita Ultraman tu, hahaha. Kebersihan restoran juga amat memuaskan. Sekarang, korang tengok gambar kat tu balik, nampak tak tagline dia? "Tak Perkena Sasau... Kena Mengigau!" Memang terbawa ke mimpi lah sedapnya, hahaha.
![]() |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur (kredit gambar www.benashaari.com) |
![]() |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur (Kredit gambar www.benashaari.com) |
![]() |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur (Kredit gambar www.benashaari.com) |
Pemilik Restoran Azul Authentic Nasi Kukus iaitu Puan Nor Sa'adah binti Ghazali dan suaminya Encik Mohd Shaidzul Ahmad adalah graduan dari Academy Chef Amer yang terkenal tu. Bukan calang-calang Pemilik Restoran Azul Authentic Nasi Kukus ni tau...
![]() | |
|
![]() | |
|
Puan Adda juga sangat mahir dalam pembikinan kek dan pastri. Pastri dan Kek tidak dijual di restoran tapi anda boleh membuat tempahan. Jemput like page di bawah ni. Dah like tu, tempah la terus, gerenti tak menyesal.
RZ mermang suka Nasi Kukus, tapi jarang ada peluang nak tengok macam mana Pembikinannya. Bila ditunjukkan sendiri oleh pemilik restoran, barulah RZ tau, hehehe.
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
![]() |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur (kredit gambar www.benashaari.com) |
Mari kita lihat harga pula, murah dan TIADA GST. Dan tiada cas tersembunyi, hehehe.
Murah + Sedap = Awesome!
![]() |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
![]() |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
Baiklah, kita nak mula makan dah ni. Tapi..... kita tengok lah dulu menu-menu utama di Restoran Azul Authentic Nasi Kukus. Haaaa, sabar, sabar. Nak bagitahu juga, Rempah ratus yang digunakan diimport khas dari kota Bharu, Kelantan, haaa eksklusif tau. Pemilik restoran juga prihatin tentang menu masakan sihat dengan meminimumkan penggunaan MSG (monosodium glutamate) dalam sesetengah makanan sahaja dan juga penggunaan santan yang rendah kolestrol.
NASI KUKUS AYAM BEREMPAH
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
NASI KUKUS DAGING KERUTUK
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
NASI KUKUS IKAN KELI BEREMPAH
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
MEE KARI KERANG
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
AIR KELAPA
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
COCOUNT SHAKE
![]() |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
ROOT BEER FLOAT
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
ROJAK BUAH
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
Disebabkan RZ keliru nak cuba Nasi Kukus Ayam Berempah atau Nasi Kukus Daging Kerutuk, akhirnya RZ pilih kedua-duanya, hahaha... Barulah Puteeeeh, ehh Barulah bijak! hahaha.
![]() |
Azul Authentic Nasi Kukus | Selera ala Pantai Timur |
Dari segi rasa pula, jangan cakap memang menepati citarasa RZ. Ayam goreng berempah bukan setakat rasa rempah di luar sahaja, malah terasa rempah dalam setiap gigitan ayam tu, hahahaa. eh, betul ni, tak tipu. Daging Kerutuk yang sangat moist dan lembut, ehh, takmo cerita nanti terliur, hahaha. Nak kena pergi lagi ni.
Mee Kari Kerang pun RZ ada cuba. Okay memang terbaik, tak kedekut kerang, banyak! Telur Rebus ada, Fish Ball ada, lengkap! weeehuuu...
Oooppsss, sebelum terlupa Restoran Azul Authentic Nasi Kukus memerlukan pekerja tambahan sepenuh masa dan juga separuh masa, ada yang berminat? Boleh menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah, ok?

Perkhidmatan delivery pun ada juga, nak tempah pun boleh, untuk meeting ke, nak beli dalam kuantiti besar pun boleh boleh hubungi detail seperti di bawah atau datang terus ke Restoran:-
Alamat:
AZUL AUTHENTIC NASI KUKUS
No. 47, Jalan PS8,
Prima Selayang, KM15 Jalan
Rawang,
68100 Batu Caves, Selangor
No. 47, Jalan PS8,
Prima Selayang, KM15 Jalan
Rawang,
68100 Batu Caves, Selangor
Nombor Telefon:
019-6339005
0183698456
"Tak Perkena Sasau... Kena Mengigau"
8 comments:
Fuhhhh menahan kelaparan baca entry razi...coconut shake tu tgh melambai-lambai dekat juju...oh tidakkkkkkkk....pasni akak beli akak tag razi tau hahahha
Akak, beli lebih sikit... Kita nak jugak! Hahahaha
nnt blnja erk.. haha
Kita mintak aben belanja... Hahahaha
Fineeee pic i is xde
jelesnya i olls
Ehhh, dah whatssap kan? Hahahaha
Hey, orang macau... Hahahaha
Post a Comment