Cosmoderm

Tuesday, May 5, 2015

Bila Kamera Error Tiba-Tiba

Assalamualaikum Semua,

Nak dijadikan cerita sabtu lepas RZ menghadiri satu sesi food review di Selayang. Seperti kebiasaannya, bila pergi food review memang RZ akan bersiap sedia dengan kamera yang penuh baterinya, kosong kad memorinya. Biasalah sebagai seorang 'kaki kamera' nak ambil gambar satu subjek pun nak kena snap sampai 10 kali, demi nak mendapatkan angle dan lighting terbaik katanya, hahaha.

Sampai je ke destinasi, RZ pun keluarkan lah kamera dari beg dan 'switch on' alangkah terkejutnya bila display setting kamera menunjukkan macam ni.


ERROR! RZ kena tenangkan diri dulu, kamera buat masa ni tak dapat nak snap gambar. Ok, dah menghampiri panik dah. RZ bertanya kepada Lan Careno memandangkan beliau pun menggunakan kamera D90 dan kebetulan lense pun sama juga (50mm F1.8 (Chehhh itu pun nak bagitahu!). 

Lan Careno: Razi, cuba tanggal bateri tu.
RZ: Ok, kejap!

Dah pasang balik bateri, lepas tu ON balik

RZ: Masih ERROR!
Lan Careno: Cuba Tanggalkan lense dulu, pastu pasang balik.

Dah tanggal lense, pasang balik

RZ: Masih ERROR juga! huhuhuu
Lan Careno: Aku dulu pernah jadi macam ni juga, hantar kedai kena RM300
RZ: Alamak! dah la weekend nanti nak pergi kelantan, nak shoot guna apa ni? (duit lagi!)

Beberapa minit kemudian, blogger Sohoque baru tiba (beliau pun bawa DSLR juga)

RZ: Bang Sohoque, kalau kamera ERROR macam ni, nak buat macam mana ye?
Sohoque: Aku pernah kena macam ni, aku tanggal lense lepas tu ok balik.
RZ: Dah tanggal banyak kali dah, masih sama juga.

Selepas itu, RZ pun bermurung sebentar sambil mengambil gambar menggunakan handphone

Maka selepas itu RZ pun post la gambar atas tu kat facebook dengan harapan ada yang tahu cara hendak menyelesaikan masalah dunia ni, hahahaha.


Alhamdulillah terima kasih Abdul Aziz atas bantuan secara online, kini kamera RZ dah berfungsi seperti biasa. hampir-hampir nak nangis dah masa tu, hahaha.

Aduhaiiii...

2 comments:

Yan Ty said...

nak elak jadi lagi , cer try shoot gambar Ty banyak2 pasni.. confirm sihat sepanjang hayat camera tu..

razzwey razz said...

Itu la ty, hari tu gambar ty sekeping ja... Hahahaha