Cosmoderm

Thursday, May 7, 2015

Gementar Bertemu Saiful Nang

Assalamualaikum Semua,

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL2015) baru saja melabuhkan tirainya pada hari Ahad yang lalu (3 Mei 2015). Tahun ini RZ tidak berjaya memecahkan rekod belian buku tahun lepas iaitu sebanyak 25 buah buku, hahaha. Tahun ini RZ hanya berjaya mendapatkan 13 Buah saja, walaupun asyik salah kira, ingatkan 18, hahahaha.

Antara kenangan PBAKL2015 yang tidak dapat dilupakan ialah bila dapat bertemu muka dengan idola RZ dalam dunia fotografi iaitu Saiful Nang. Untuk bertemu muka pun dah 'goyang', ini pula bila rakan RZ offer untuk menemuramah beliau. Memang kecut perut lah, hahaha.

Selesai sesi tandatangan buku Kisah Orang Menang terbitan Puteh Press di booth #CultureBuku, RZ bersama rakan, Irfan Foner (Comichat) sedang sibuk untuk menyediakan soalan sementara Saiful Nang sedang mengisi perut, hehehe. Selesai makan, beliau datang menegur kami yang sudah sedia menunggu di meja bersebelahan. 

Kisah Orang Menang  | Gementar Bertemu Saiful Nang

Mungkin 'Star Struck" agaknya, RZ hilang kata-kata  hingga tak tahu nak tanya apa. Padahal sebelum itu, beberapa soalan sudah terlintas dalam kepala setelah berhempas pulas memerah otak bersama Irfan. RZ cuba lah nak ingat soalan-soalan tersebut, dapatlah juga ingat sikit-sikit. Irfan tanya bukan main, macam pengacara Wanita Hari Ini, Bahasa Melayu Tinggi sungguh bahasanya, hahaha.

Lebih kurang 30 minit bersembang bersama Saiful Nang, apa yang RZ boleh katakan yang beliau adalah seorang yang sangat merendah diri, tidak pernah berputus asa (sebab itu lah tajuk bukunya Kisah Orang Menang), penuh dengan idea dan sebenarnya banyak lagi cerita mengenai beliau yang kita tidak tahu. 

RZ masih belum berpeluang untuk membaca Kisah Orang Menang lagi walaupun telah memilikinya, tapi yang pasti banyak perkara yang kita boleh belajar dari isinya. Terima kasih juga kepada Izzat atas offer menemuramah Saiful Nang, nervous beb! hahaha.

Irfan, RZ bersama Saiful Nang | Gementar Bertemu Saiful Nang

6 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wahh jumpa saiful nang...

Artzam said...

Tahniah tuan..sy belum berjumpa lagi dengan beliau..jelesnye~

razzwey razz said...

Idola saya ni kak... Hohoho

razzwey razz said...

Tuan tidak mahu berjumpa dengan saya?

RahimAim1 said...

Wuhuhu... kenapalah waktuku beli bukunya..ku tidak berkesempatan berjumpa dengannya??? Teringin sangat jumpa Tuan Saiful Nang!!!

Sue Izza said...

bestnyaaaa...tahun ni tak dapat jenguk pun pesta buku huuhuu