Cosmoderm

Thursday, May 14, 2015

Perdana Trail | Menjelajah Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu

Assalamualaikum semua,

Ingat tak sebelum ini RZ ada cerita pasal nak ke Kelantan buat pertama kalinya? Alhamdulillah RZ akhirnya berjaya mancapai matlamat untuk menjelajah kesemua negeri dalam Malaysia dengan menjadikan Kelantan sebagai destinasi terakhir dan ternyata kunjungan ke Kelantan buat pertama kali ini memberi kenangan yang tak mungkin RZ lupakan sampai bila-bila. 

Program Perdana Trail yang diilhamkan oleh Pengurus Besar Hotel Perdana Kota Bharu, Encik Muhammad Taha Zainal bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung hotel mengenali budaya Kelantan, sejarah Kelantan, dan berbagai tempat menarik di sekitar Hotel Perdana Kota Bharu. Menariknya, setiap lokasi dalam program Perdana Trail hanya dalam jarak berjalan kaki sahaja dari Hotel Perdana Kota Bharu, Haaaa, sambil melancong sambil beriadah dok gitu?

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Kredit gambar: FB Hotel Perdana Kota Bharu
Destinasi pertama kami ialah...

MUZIUM NEGERI, KELANTAN

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 

Muzium Kelantan sekarang sedang mengadakan pameran wayang kulit. Pameran ini meliputi sejarah wayang kulit, cara membuat patung wayang kulit, ‘siapa’ disebalik tabir pertunjukan wayang kulit, dan variasi patung wayang kulit. Tidak ketinggalan juga persembahan wayang kulit yang ditayangkan melalui televisyen di ruang bawah muzium.

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
RZ tak boleh tahan, mesti nak letak dialog ini juga! hahahaaa...
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Selesai meneroka muzium, kami menuju ke Bulatan jam pula. Dari jauh nampak seperti roundabout biasa saja. tapi cuba lihat pokok yang ditanam situ Pokok Tamar yang sudah mula berbuah dengan lebatnya menarik perhatian RZ seketika. Landskap yang menarik, masing-masing gigih nak ambil gambar dengan berbagai gaya, hahaha.

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Dah dapat pokokt tamar yang ni, apa lagi RZ pun terus lah posing dengan hati yang gumbira (walaupun muka sedih), hahahaa. 

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Baiklah, mari kita meneruskan perjalanan pula ke bank. Eh, eh, bukan sebarang bank tau? kita pergi Bank Pitis. Bank pitis tu apa? haaaa, baca ni..

Bank Pitis adalah merupakan sebuah bangunan batu tertua yang terletak di luar pintu masuk ke Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Bangunan ini telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammaad III (Long Kundur bin Sultan Ahmad 1889- 1890). Tujuan utama bangunan ini adalah untuk menyimpan pitis-pitis (pitis dalam dialek Kelantan bermaksud wang) perbelanjaan negeri Kelantan pada masa itu.

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan

Tempat seterusnya bersebelahan saja dengan Bank Pitis iaitu Istana JaharIstana Jahar dibina pada tahun 1855 oleh Sultan Muhammad II untuk cucunya Long Kundur Bendahara.

Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan.  Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan  Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada Pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang.  

Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara.  Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu.
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 

Terima kasih juga kepada Encik Taha kerana belanja kami puding kelapa tengah-tengah cuaca panas ni, memang menyegarkan sungguh, hehehe...
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Terdapat anjung yang luas di tingkat atas Istana Jahar dan kami pun apa lagi? 1... 2... 3...

CHEESE!!!!!
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Kredit gambar oleh Khai Artzfar
Di dalam kawasan Istana Jahar, terdapat juga Muzium Senjata yang mempamerkan sejarah evolusi senjata tradisional. Daripada lembing, tombak, parang, golok, keris, meriam, dan berbagai lagi.

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan 
Baiklah berjaya meneroka Istana Jahar dan Muzium Senjata dengan jayanya, hahaha... Mari kita ke tempat seterusnya iaitu...

ISTANA BATU

Istana ini pernah menjadi tempat persemayaman Al-Marhum Sultan Yahya Petra Ibni Al- Marhum Sultan Ibrahim, semasa Baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan. Dibuna daripada batu yang merupakan terawal di Kota Bharu menjadi milik KDYMM-Sultan Kelantan. Pada tahun 1991 KDYMM- Al Sultan Kelantan telah memberi ampun-perkenan untuk dijadikan sebuah muzium yang dikenali sebagai “Muzium Diraja”.

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Di muzium ini mempamerkan Sejarah Kesultanan Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan, rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan.

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Muzium ini terletak di Jalan Hilir Kota Bharu bersebelahan dengan Kampung Kraftangan dan 
Istana Balai Besar.

Destinasi kami yang seterusnya ialah Muzium Islam.

Muzium Islam ditubuhkan pada tahun 1991 beroperasi pada bangunan lama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) terletak di Jalan Sultan Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka dan Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu). Pameran yang diadakan disini ialah koleksi artifak, gambar-gambar, rajah-rajah yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam ke Kelantan dan juga Nusantara, tokoh-tokoh agama Islam, Jabatan Agama, Majlis Agama Islam Kelantan dan berbagai koleksi dari Negara-negara Islam.

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan

Lokasi terakhir kami untuk Perdana Trail adalah Muzium Perang atau lebih dikenali dengan nama Bank Kerapu

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan

Jangan risau, di bank kerapu ini tidak ada seekor pun ikan kerapu, tak kira lah, ikan kerapu goreng ke, kerapu 3 rasa ke, kerapu sos lemon, ikan kerapu dalam akuarium pun tidak ada, hahahaa.

Bank Kerapu dibina di atas sebidang tanah milik seorang ketua tempatan yang bernama Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid. Bangunan ini juga merupakan sebuah binaan bangunan pertama di Kelantan yang menggunakan batu. Masyarakat tempatan Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai bangunan Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata dan menggerutu. Haaaa sebab tu la namanya BANK KERAPU, hahahaha.

Setibanya di Bank Kerapu, kami disambut oleh otto-san, hahahaa. patung lilin berupa seorang tentera Jepun sedang berdiri di hadapan pintu masuk. Since akak Paris kata muka kami seiras, jadi kami pun ala-ala jejak kasih gitu bergambar sambil berpegangan tangan, hahaha.
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan

Antara yang menarik perhatian RZ ialah mesin taip dalam tulisan Jawi. barang rare ni...

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Bunga Emas juga berjaya mencuri perhatian RZ. teringat zaman sekolah dulu pernah buat projek buat bunga emas untuk subjek sejarah, hahaha... Macam ni lah rupa bunga emas yang sebenar ye?

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Selesai destinasi terakhir Perdana Trail kami di Bank Kerapu, kami diberi kejutan oleh pihak Hotel Perdana Kota Bharu iaitu perjalanan kembali ke Hotel dengan menaiki beca. RZ yang tidak pernah menaiki beca seumur hidup ni teruja sangat nih, pergi serbu beca tanpa melihat siapa pemandu beca, maafkan saya pakcik kena angkut RZ yang bersaiz godzilla ni. Semoga pakcik dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan berpanjangan, amin...

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan
Tiba-tiba sebelum kumpulan beca kami bergerak pulang ke Hotel Perdana Kota Bharu, Encik Taha zainal dengan sportingnya membuat percubaan untuk menolak beca RZ selepas terlihat saiz pakcik yang akan membawa muatan seberat sebuah lori ni. Maafkan saya, akan datang RZ akan tolak beca untuk Encik Taha pula ye? hehehe...

Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Tempat Menarik Sekitar Kota Bharu
Perdana Trail | Menjelajah  Bumi Kelantan | Kredit gambar: FB Hotel Perdana Kota Bharu

Biarpun sedikit keletihan kerana jadual yang agak padat, namun kami semua sangat seronok dan teruja mengenali wajah sebebar Kelantan, sejarah Kelantan, budaya Kelantan dan keunikan Bandar Kota Bharu dengan mata sendiri.

Terima kasih kepada Hotel Perdana Kota Bharu atas inisiatif memperkenalkan Perdana Trail untuk menunjukkan kepada kami betapa menarik dan indahnya Kelantan. Terima kasih juga kepada Destination Malaysia kerana memberi peluang keemasan ini kepada kami yang akan sentiasa tersusun rapi dalam ingatan kami.

Untuk Entry akan datang RZ akan bercerita tentang makanan pula ye? tunggu...

13 comments:

Paris Ashiqin said...

Suka baca entry chuols... hehehhee, dah baca aritu, baca lagi arini...

Yang penting ada Sangkakala Vedey ngan pose En Taha tolak beca, hahahaha

razzwey razz said...

Hahahahaaa... "den abah kau!" Pun ada... Nanti kita buat pulak yang tu...

khai artzfar said...

omeynyaaa hahaaha

razzwey razz said...

Maceeehhhhh... :D

Hamba allah said...

tumpng iklan...kami mempunyai homestay untuk disewakan..harga dari Rm80-Rm160 semalaman...banglo 2 tingkat...3km dri pusat bandar kota bharu..4km ke airport kota bharu..access yg mudah di tepi main road dri airport
ke bandar kota bharu...parking muat untuk 5-6 buah kereta didalam pagar..kawasan yg selamat

hubungi untuk maklumat lanjut
tanjung mas homestay - 017 9373691
- 011 21927388

Dkna Abza said...

Bangga ngan pokok tamar tu boleh hidup dan berbuah di tgh2 bandar kb. Allahuakbar.

yaya_flanella said...

Wah bestnya! Tak bawak yaya pun :p

Ben Ashaari said...

I love kelantan

Unknown said...

Perghh..best rupenyer kelantan..sungguh tak tahu .hehehe

razzwey razz said...

Allahuakbar, kagum sangat pokok tamar tu berbuah lebat...

razzwey razz said...

Hahahaha... Nanti kita gi reramai, barulah meriah...

razzwey razz said...

Me too... Ai lev kelantan... Hohohoh

razzwey razz said...

Best kak, banyak tempat menarik dan banyak tempat makan yang sedap dan MURAHHHH GILERRRRR!!!!