Cosmoderm

Sunday, June 21, 2015

Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef

Assalamualaikum semua,

Salam Ramadhan.

Masih ingat tak lagi pada lagu ini?

"Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan Duka"

RZ yakin anda menyanyikan lirik tersebut kan? Haaaa lagu evergreen ni, siapa yang tidak tahu lagu Bersabarlah Sayang nyanyian Sanisah Huri. Bagaimana pula dengan lagu Joget Aidilfitri, Aidilfitri yang juga merupakan nyanyian Sanisah huri. Lagu Suasana Riang di Hari Raya nyanyian Junainah M Amin. Lagu-lagu ini masih lagi kedengaran setiap kali menjelang Aidilfitri bukan? Tetapi tak ramai yang tahu siapa pencipta lagu-lagu malar segar tersebut.

Buat kali pertamanya, penyanyi dan komposer kegemaran RZ, Imran Ajmain merakam sebuah mini-album Hari Raya. Mini-album yang diberi judul "Aidilfitri: Karyacipta Seniman Yusnor Ef" mengandungi 4 lagu klasik ciptaan Yusnor Ef (lebih mesra disapa Pak Yusnor Ef), seorang pencipta lirik sejak tahun 1950-an.

Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Pelancaran mini-album Aidilfitri bertempat di Melur & Thyme, Nu Sentral Kuala Lumpur berlangsung penuh sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran Seniman Pak Yusnor Ef sendiri, rakan-rakan media dan blogger.

Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Imran Ajmain yang segak berbaju Melayu rekaan Warisan Ninda sempat menghiburkan tetamu yang hadir dengan sebuah lagu daripada mini-album Aidilfitri: Karyacipta Seniman Yusnor Ef. Beliau juga sempat memperdengarkan sedikit teaser lagu-lagu lain daripada album tersebut.

Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Album ini masih mengekalkan genre tradisional dengan menyuntik sedikit kelainan dari segi susunan muzik seperti dalam lagu "Joget Aidilfitri" (Sanisah Huri) dan "Suasana Riang di Hari Raya" (Junainah M Amin).Untuk lagu "Bersabarlah Sayang" dan juga "Aidilfitri" nyanyian Sanisah Huri, kedua-dua lagu ini diberi nafas baharu.

Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Projek ini tercetus setelah Imran Ajmain terlibat dalam pementasan "Malam Aku, Dia Dan lagu"' sebuah konsert tribute lagu-lagu ciptaan pak Yusnor Ef di Istana Budaya yang telah berlangsung pada 11 Aprill 2015 dipimpin oleh Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) sebagai Pengarah Muzik. Konsert tersebut menampilkan lebih dari 25 lagu-lagu ciptaan Pak Yusnor Ef bersama penggubah-penggubah lagu terkenal Allahyarham Tan Sri p. Ramlee, Kassim Masdor dan ramai lagi. Semasa konsert tersebut, Imran telah mendendangkan sebanyak 4 buah lagu.

Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Istimewa mengenai mini-album "Aidilfitri" Imran Ajmain ini adalah, lagu-lagu dalam album ini dipilih sendiri oleh Pak yusnor Ef, manakala susunan muzik pula oleh Along Exist dengan citarasa Imran Ajmain selaku pencetus arah tuju gubahan.

Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Aidilfitri - Imran Ajmain | Penghargaan kepada Seniman Yusnor Ef
Tahniah Imran Ajmain.

RZ: "Nak check FB Warisan Ninda untuk Baju Melayu plus size, akhirnya ada juga untuk saiz badan RZ".

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

lama tak dengar imran ajmain beraksi...

ZULHILMI TEMPOYAK said...

mana satu imran mana satu razwey ni. '

btw.. best of luck imran ajmain.

razzwey razz said...

Lama tak jumpa imran, serius... Setahun lebih rasanya... Huhuhu

razzwey razz said...

Ko ghase??? Hahahahaa...