Cosmoderm

Monday, June 1, 2015

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2

Assalamualaikum semua,

Kembali lagi dengan siri kedua bagi entry 'Apa Yang RZ Makan di Kelantan'. Jika dalam entry yang sebelum ini RZ menceritakan tentang hidangan di hari pertama di Kelantan,  kali ini RZ akan berkongsi dengan korang apa yang RZ makan pada hari kedua dan hari terakhir sepanjang berada di Kelantan.

Takpe, jangan susah-susah nak cari entry tu, klik saja kat "SINI", hehehe.

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Hari kedua Menginap di Hotel Perdana Kota Bharu, dimulakan dengan bersarapan di Cerana Coffee House dengan berlatarbelakangkan kolam renang. RZ sangat teruja tentang apa menu sarapan di meja buffet pagi ini. Ooohhhh, kita ada...

NASI KERABU


Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Haaaa, nasi kerabu Cerana Coffee House ini memang sangat menggiurkan dan menggoda nafsu makan RZ. Dengan daging bakarnya, ayam, telur masin, kelapa, sayuran, kuahnya dan jangan dilupakan, BUDU!! RZ terlihat juga beberapa rakan blogger 'tambah nasi' beberapa kali. Haaaa nampak tak betapa sedapnya penangan nasi kerabu Cerana Coffee House? Hingga RZ juga turut 'tambah nasi' sama, hahahaa.


Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2

RZ juga berpeluang untuk mencuba satu hidangan yang bagi RZ, agak baru juga yang diberi nama... 

NASI TUMPANG

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Pada mulanya melihat rupa makanan yang dibalut dengan daun pisang dan dibentuk seperti bentuk kon, RZ menyangkakan bahawa ia adalah tapai. Ini ialah Nasi tumpang yang sebenarnya terkenal dikalangan warga tempatan. Kenapa namanya dipanggil nasi tumpang? Kerana dalamnya ada beberapa lauk juga di dalam balutan daun pisang ini yang dimasak bersama-sama. Ala2 menumpang gitu… haaaa…

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Alhamdulillah, masing-masing sudah kekenyangan semasa sarapan. Tapi jangan risau sekejap lagi pasti akan lapar semula kerana Perdana Trail akan bermula. Ye lahhh, kena berjalan ni, haruslah pembakaran lemak akan berlangsung dengan jitu kan? Bersedia untuk lapar semula, hahahaa.

Untuk mengetahui ke mana kitorang pergi semasa Perdana Trail? klik SINI ye? hehehe...

Tempat makan pertama yang menjadi persinggahan kitorang ialah...

KEDAI KOPI DIN TOKYO

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Melangkah masuk ke dalam Kedai Kopi Din Tokyo sememangnya tidak sama seperti kedai kopi yang lain kerana tidak ada meja bulat, tidak ada bangku kayu single, bangku plastik, kerusi ikea juga tidak ada, hehehe.  Jika korang masih ingat bagaimana bangku kayu panjang seperti di kantin sekolah dulu, haaa begitulah korang akan menikmati juadah di sini.

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Nampak tak? takde meja kan? semua duduk sebaris je. (abaikan kak miera nadhirah yang sedang posing tu, hahaha)

Kedai Kopi Din Tokyo selain dari menghidangkan makanan seperti nasi campur, nasi berlauk, ia juga terkenal dengan hidangan telur yang diberi nama TELUR TALIBAN dan TELUR PING PONG. Jangan pelik, beza antara kedua-duanya, TELUR TALIBAN sebenarnya adalah TELUR SEPARUH MASAK manakala TELUR PING PONG pula ialah TELUR 3/4 MASAK, hahahaa. Rasanya? telur dan tentulah rasa telur kan? hahahaha. Korang boleh makan bersama kicap manis, serbuk lada hitam, lada putih atau dimakan begitu saja pun boleh.

Inilah dia TELUR PING PONG

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Ini pula TELUR TALIBAN


Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Takkan makan saja kan? mesti nak order air juga kan? Kedai Kopi Din Tokyo juga terkenal dengan minuman 'signature'nya iaitu TEH HALIA TELUR BURUNG PUYUH dan TEH TARIK HALIA. Mula-mula bila dapat tahu pasal Teh Halia Telur Burung Puyuh, RZ rasa ragu-ragu juga, sedap ke?? boleh tahan ke bau halia tu? Macam mana rupanya? Haaaa macam-macam dalam kepala RZ tau? Namun RZ menyahut cabaran, belum cuba belum tahu kan?

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Rasanya? Jauh menyimpang dari jangkaan RZ. Memang sedap, baunya juga tidak memualkan, wangi. Cawan Teh Halia Telur Burung Puyuh RZ 'bocor' sekejap saja,  'Bocor' ke dalam perut RZ sebenarnya, hahaha. Teh Halia Telur Burung Puyuh ini adalah 'Must try item' apabila anda singgah ke Kedai Kopi Din Tokyo. Tapi tungu, ada lagi tau? Kita tak cuba lagi Teh Tarik Halia, bagaimana pula rasanya? Selesai RZ menyelesaikan Telur Ping Pong dan Teh Halia Telur Burung Puyuh, RZ order pula Teh Tarik Halia yang juga terkenal di sini. 

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Menurut pemilik Kedai Kopi Din Tokyo yang lebih mesra disapa sebagai 'Abe Din', teknik 'menarik' teh ini dipanggil "teh tarik dangdut", hahaha. Bukan kerana semasa 'menarik'  Abe Din ni sedang bergelek dangdut, salah tu, tapi kerana teh yang turun dari gelas di atas ke bawah adalah secara 'spiral' atau sedikit melingkar ala-ala rupa air pancut kolam KLCC gitu, hahaha. Rasanya Abe Din ni boleh masuk pertandingan Raja Tarik kot? hehehe.


Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Rupanya seperti teh tarik biasa saja, tapi rasa halia yang seimbang dengan rasa teh membuat RZ suka akan Teh Tarik Halia Kedai Kopi Din Tokyo.

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Terima kasih Abe Din kerana sudi melayan karenah kitorang yang 1001 macam pe'el ni. Lain kali kami datang lagi kita berdangdut sama-sama ye? Ehhh!!!! Hahahaha.

Ke mana pula kita untuk makan tengahari? Kami dibawa ke Kampung Kraftangan untuk menikmati hidangan yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Tempat persinggahan seterusnya ialah

NASI ULAM CIKGU

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Masuk saja ke perkarangan Kampung Kraftangan, anda akan melihat pelbagai hasil kraf dijual seperti hiasang dinding, perhiasan meja, gambar, key chain, pakaian dan banyak lagi.

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Disebalik gerai-gerai yang menjual hasil kraf anak tempatan, tak sedar pula yang kita telah tiba di destinasi yang seterusnya iaitu...

NASI ULAM CIKGU

Agak mengejutkan, kerana suasana di Nasi Ulam Cikgu adalah sangat sesak dengan pengunjung yang tidak putus-putus datang, malah ada yang sanggup menunggu pengunjung lain selesai makan untuk mendapatkan tempat duduk. Mesti ada yang luar biasa dengan Nasi Ulam Cikgu ni kan?

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Nak tahu apa yang istimewa di Nasi Ulam Cikgu? Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Nasi Ulam Cikgu menawarkan hidangan yang kelihatan simple tapi serius, mampu membuatkan RZ menambah nasi sehingga 3 kali. Kali pertama juga RZ makan budu dengan sepuas hati, buat gaul nasi tu! hahahaa. Ikan keli goreng sebesar lengan , sangat rangup, macam makan keropok pula, sedapnya hingga terpaksa berebut kepala ikan dengan Kak Nik dek kerana kelazatannya, hahaha.

Dan buat pertama kali juga RZ makan buah tembikai bersama dengan nasi, kelihatan pelik bagi sesetengah orang, tapi ia adalah satu perkara yang biasa di sini. Korang pun boleh cuba makan tembikai dengan nasi, layan juga tau! hohoho. Akhirnya, masing-masing terpaksa melonggarkan sedikit tali pinggang kerana terlalu kenyang, hehehe. Terima kasih Nasi Ulam Cikgu, memang terbaik!!!

Berpeluang untuk berehat pada sebelah petang digunakan sebaiknya, rata-rata masuk bilik terus pengsan kerana keletihan dan kekenyangan, hahaha. Dalam pada itu juga, semua sedang menyiapkan perut untuk makan malam pula.

Pada sebelah malamnya, kami berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Perdana Trail, bertempat di ruang legar kolam renang Hotel Perdana Kota Bharu. Disajikan dengan gimik pelancaran yang unik, dan persembahan dikir barat oleh kakitangan Hotel Perdana Kota Bharu, berbakat sungguh warga Hotel Perdana Kota Bharu ni kan?

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Makan malam kali ini sedikit berbeza daripada biasa, iaitu selain dari menu buffett yang disediakan, disediakan juga ruangan untuk memanggang berbagai jenis makanan laut yang segar, seperti ikan merah, ikan kembung, sotong, udang, fillet ikan perghhh!!! Memang terbaik!

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Sate pun ada juga, sedap!

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Seperti biasa, tamat saja majlis, selesai sudah kami menikmati makan malam, apa lagi? Free style!!!

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2 (kredit gambar dari FB Hotel Perdana Kota Bharu)
Menuju ke hari terakhir di Kelantan, kami masih mengekalkan tradisi sarapan bersama-sama di tepi kolam, hehehe. Di Cerana Coffee House semestinya, hehehe. Di hari terkahir ini Meja buffett diserikan dengan makanan tradisi Nasi Minyak Berlauk, memang terbaik! 
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Selain dari itu RZ juga mencuba roti jala cicah kari ayam, sedap! roti jala pula dibuat atas permintaan, maknanya anda makan roti jala secara fresh dan panas dari kuali. Kuah kari ayam memang sedap, terangkat!

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Selesai sarapan, kami semua bersiap sedia untuk aturacara yang seterusnya iaitu 'MY PERDANA TOP 10' (yang ini RZ akan ceritakan di entry yang lain ye?). sambil itu boleh lah menyiapkan perut untuk makan tengahari pula ye? Di mana kita akan menikmati makan tengahari kali ini? Cerana Coffee House? Restoran eLeven? Bukan... Kita akan menjamu selera di Restoran Jade, yang juga terletak di dalam Hotel Perdana Kota Bharu.

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2 
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Masakan Cina dan Thai yang dihidangkan sememangnya amat amat sedap, hingga ada meminta untuk tambah nasi sehingga 3 kali! (bukan saya tau?). Sup Tom Yam sangat PERFECT!!!!

Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Apa Yang RZ Makan di Kelantan | Menjelajah Bumi Kelantan Part 2
Bagi hidangan di Restoran Jade, RZ bagi 5 bintang! 5 bintang juga untuk Cerana Coffee House! Dan Restoran eLeven, juga 5 bintang! (dah macam juri maharaja lawak pula rasanya bagi bintang ni, hahaha).

Demikianlah part 2 bagi 'Apa Yang RZ Makan di Kelantan', sejujurnya RZ rasa ada banyak lagi makanan yang RZ belum cuba di Kelantan, tapi apa yang RZ sudah rasa setakat ini menunjukkan bahawa Kelantan memang kaya dengan 1001 jenis makanan yang menyelerakan. InsyaAllah jika berpeluang untuk ke Kelantan sekali lagi, Hotel perdana Kota Bharu memang akan menjadi lokasi penginapan  pilihan RZ

Terima kasih Hotel Perdana Kota Bharu kerana menyediakan hidangan yang terbaik buat kami, penginapan yang terbaik dan hospitality yang sangat cemerlang.

Terima kasih juga kepada Destination Malaysia kerana memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri keenakan makanan di Kelantan, menikmati keindahan Kelantan dan mengenali wajah Kelantan yang kaya dengan agama, budaya dan makanannya.




8 comments:

Farah Waheda Wahid said...

burppp alhamdulillah, kenyang tengok gambar ni...

mas saari said...

kelantan memang kaya dengan makanan sedap2.. yummy!

syahroll said...

pegi xajak

razzwey razz said...

Jangan tengok aje, kena cuba semua ni... Tak menyesal! Serius!

razzwey razz said...

serius, tak sempat nak rasa semua... Banyak sangat, dah la banyak, sedap pulak tu...

razzwey razz said...

Kawe ado kijo la kat sana... Hahahaha

Unknown said...

Kawe royak doh kalu sek luar mari kelate meme tok nyesal sebab makane kelate meme byk.aku dok johor ni sumbat takda pilihan makane

Unknown said...

Kawe royak doh kalu sek luar mari kelate meme tok nyesal sebab makane kelate meme byk.aku dok johor ni sumbat takda pilihan makane