Assalamualaikum Semua,
Masih ingat tak lagi entry sebelum mengenai RZ nak mencuba satu produk penjagaan kulit? Agak-agak kalau ingat-ingat lupa tu, apakata klik link ini dulu ye Review Cosmoderm Tea Tree Oil-Control Serum.
Kali ini mari RZ tunjukkan cara-cara menggunakannya. Haaa, ala-ala tutorial gitu, barulah menarik dan kacak kan? hehehee.
Tapi sebelum RZ memulakan tutorial, mari kita ambil sedikit gambar muka sebelum dan menunjukkan sedikit bukti kewujudan minyak berlebihan pada muka RZ yang sangat banyak.
Ini adalah wajah RZ sebelum membasuh muka, nampak tak bahagian yang glowing tu? Itu lah dia minyak-minyak yang memenuhi muka RZ. Itu belum lagi kalau kita lap muka menggunakan tisu, memang ketara sangat.
![]() |
Review Produk | Cosmoderm Tea Tree oil-Control Serum |
Nampak tak tisu tu, ada kesan minyak wooo.
![]() |
Review Produk | Cosmoderm Tea Tree oil-Control Serum |
Baiklah mari kita mulakan operasi! Mula-mula kita kena basuh muka terlebih dahulu dengan menggunakan pembersih muka yang bersesuaian. Tetapi dalam kes ini, RZ menggunakan Tea Tree Oil Facial Cleanser, kerana produk ini sesuai bagi kulit yang mempunyai masalah minyak yang berlebihan.
![]() |
Review Produk | Cosmoderm Tea Tree oil-Control Serum |
Ayuh kita basuh muka.
![]() |
Review Produk | Cosmoderm Tea Tree oil-Control Serum |
Selepas membasuh muka, lapkan sehingga kering menggunakan tuala yang bersih. Langkah seterusnya pula, RZ menggunakan Cosmoderm Tea Tree Oil-Control Serum.
![]() |
Review Produk | Cosmoderm Tea Tree oil-Control Serum |
![]() |
Review Produk | Cosmoderm Tea Tree oil-Control Serum |
Sapukan Tea Tree Oil-Control Serum ini ke muka serata mungkin. sapukan dengan lembut saja, jangan kasar-kasar tau, hehehe.
![]() |
Review Produk | Cosmoderm Tea Tree oil-Control Serum |
![]() |
Review Produk | Cosmoderm Tea Tree oil-Control Serum |
Selesai pun. Senang saja kan? Sekarang mari kita lihat wajah RZ selepas beberapa hari menggunakan produk Cosmoderm Tea Tree Oil Cleanser dan Tea Tree Oil-Control Serum.
Haaa, nampak tak perbezaannya? Kulit RZ kini mengambil masa yang agak lama untuk kembali berminyak semula, itu pun tak banyak sangat.
Untuk kesan yang lebih baik, selepas membasuh muka, sapukan toner dulu sebelum menggunakan serum tersebut. Bagi gadis yang memakai foundation, boleh menggunakannya selepas meratakan serum tersebut. Serum tadi akan membantu pengeluaran minyak yang berlebihan.
![]() |
Review Produk | Cosmoderm Tea Tree oil-Control Serum |
Untuk lebih lanjut mengenai produk, boleh layari : http://www.cosmoderm.com.my/
Selamat mencuba! ^_^
7 comments:
seriously,yaya 1st time guna skincare cosmoderm .elok...adoi...memek muka...hahaha
Hehehhehe kelakar tau mcm2 mimik muka razi letak hehehhe...best
x pernah lg try produk ni sbb i do have a really sensitive yet freaking oily skin huhu
Jom terjah : Bukti GST Naikkan harga barang!
Try tanya dermatologist untuk suggestions. :)
Hahaha... Tak reti buat muka skema, mesti nak buat duckface gak... Hahahaha
Seriously, produck Cosmoderm memang bagus untuk semua jenis kulit...
haippp yang gambar last tu akak takleh nak tenung lama-lama ...macam real pulak muncung mulut tu nak lekat hahahaha. Tapi Cosmoderm memang sesuai sungguh ngan kulit RZ ..... nampak perbezaannya! #Kipidap k ...tapi jangan buat duckface gitu lagi tau haha :D
Post a Comment