Cosmoderm

Thursday, August 27, 2015

Terima kasih Staff Celcom Blue Cube!

Assalamualaikum semua,

Nak dijadikan cerita setelah hampir 2 bulan mengunggu gaji, akhirnya tibalah masa untuk menyelesaikan perkara-perkara yang patut. Antaranya, bayar bill telefon, hahahaha!

Maka sebagai pelanggan Celcom yang setia, maka kenalah pergi settlekan bil yang agak tertunggak tu! kang kena potong line, mengamuk pula kan? hahaha.

RZ suka ke Blue Cube di The Gardens, ala depan Mid Valley Megamall tu. Kat sana ada mesin kiosk pembayaran bill, maknanya tak perlu nak beratur ambil nombor untuk membuat pembayaran, settlekan saja di mesin tersebut. sekejap je, tak sampai 5 minit pun.

Masa proses untuk masukkan duit, mesin tu pula boleh reject RM 10, sampai terpaksa lah nak masukkan beberapa kali tetap kena reject juga. Haishhh, ini boleh bikin geram ni!

Kebetulan ada staff Blue Cube berdiri berdekatan, dengan mesranya menawarkan untuk menggantikan not RM10 tersebut dengan not yang baru bagi meneruskan urusan pembayaran bil. Alhamdulillah selesai urusan atas bantuan dan layanan mesra staff Blue Cube The Gardens.

Terima kasih Celcom Blue Cube The Gardens, dan kepada staff wanita yang membantu RZ (lupa tengok name tag), anda memang terbaik. 


Monday, August 24, 2015

Trend Cermin Mata Lelaki Sekarang

Assalamualaikum semua,

Siapa di sini yang pakai cermin mata? kalau tengok trend sekarang ni macam-macam jenis gaya cermin mata di pasaran. Kadang-kadang terasa juga nak bergaya kan? Ingat orang rabun takde taste ke? hahaha.

Tapi pemilihan bentuk cermin mata bukan boleh main pilih ikut suka juga, kena lah ikut pada bentuk muka kan? Tapi kalau korang tak kisah dan ada kemampuan beli saja, hahaha. In the end, it's your money, kan?

Terus-terang, RZ bukanlah jenis yang mengikuti trend pun, apa yang selesa dan mempu dibeli, pakai saja. Cermin mata yang sekarang ni pun rasanya dah mencecah 2 tahun, terasa macam nak tukar angin pula. 



Jadi mari kita tengok style cermin mata yang tengah 'IN' sekarang ni...

Rasanya jenis yang ini memang betul-betul tengah 'in' sekarang. Biasalah fesyen, kadang-kadang yang design dulu-dulu pun boleh popular kembali. Rasa macam nak tukar bentuk ini lah untuk tahun ni, hehehe.



Bentuk macam ni tak jauh beza dari apa yang RZ pakai sekarang, cuma saiznya besar sikit saja. biasalah masa pakai dulu, ala-ala terpengaruh dengan clark kent, nerd-nerd muslimin gitu, hahahaha.


 Kalau tengok cermin mata bingkai bulat ni orang akan asyik ingat Harry potter je. Tapi rasanya John Lennon dah pakai dulu sebelum dak harry tu, hahaha. Habis lah kalau RZ pakai bentuk ni, makin bulat jadinya kang, hahaha.


Ermmm, bulat juga! reject! hahahaha.


Jangan tanya pasal jenis2 cermin mata ni, RZ tak tahu., hahahaha. Tau beli, pakai je. Agak-agak jenis yang mana satu sesuai untuk muka RZ yang serba bulat ni?

Friday, August 21, 2015

hilang Lagi?

Assalamualaikum semua,

Minggu ini rasanya boleh lah dikategorikan sebagai Minggu Geram Sedunia, banyak sangat kejadian-kejadian di keliling RZ yang betul boleh membuat diri ini geram meluap-luap. Macam nak pukul orang pun ada, tapi mujurlah ada secebis aura kesabaran dalam diri ini. (chewaaahhhh)

Tapi siri kegeraman kali ini betul-betul menguji tahap kesabaran bila barang yang RZ selalu pakai asyik hilang saja. Dan sebagai penyelesaiannya, terpaksa membeli yang baru sebagai ganti! Bayangkan kalau satu barang tu harganya dalam RM 4.50, kalau hilang 10 kali tak ke jumlahnya mencecah RM45.00? haishhh! Rugi! Rugi!


Ni hah! aku rasa kalau dijumlahkan nilai berapa kali aku beli benda ni, boleh beli iphone 6 plus dua biji tau! kalau lepas ni hilang lagi tak tau lah nak kata apa!

Korang ada tak barang yang asyik hiiiiillllaaaaaang aje?

Tuesday, August 18, 2015

White Chocolate Macadamia, Kek Secret Recipe yang di'underatted'?

Assalamualaikum semua,

Maaf lah dah lama tak update sebarang entry sejak akhir-akhir ni, maklumlah sibuk sangat disamping tahap kerajinan yang merudum dek kerana faktor usia, hahahaa... (apa kaitan???)

Sebenarnya nak cerita pasal sebiji kek ni. Dah lama nak cerita pasal kek ni, tapi asyik lupa aje. Kek ini sering di'underrated' oleh segelintir penggemar kek, haaaa gitu! bunyi nak serius aje, padahal kek je kot? hahaha.

Kek yang RZ maksudkan ini adalah Kek White Chocolate Macadamia dari Secret Recipe. Serius dulu-dulu kalau sebut pasal kek Secret Recipe orang asyik sebut Chocolate Indulgence, Black forest, Chocolate banana je, White Chocolate Macadamia ni ala-ala sendu je gitu, hahaha.

RZ pun jarang sangat makan kek di Secret Recipe, selalu ke sana untuk lunch atau dinner mesti order makanan yang berat sikit. Ok, tak nak cerita apa yang RZ order tu, kita balik pada tajuk utama kita, kek White Chocolate Macadamia, hehehe...

Pertama kali RZ mencuba kek ni semasa surprise birthday lunch RZ dan Khai bulan Mac yang lalu (lama gila dah kot?), serius tak sangka kek ni sangat sedap! Kombinasi krim Vanilla, white chocolate dan kacang macadamia membangkitkan selera sungguh. Yang penting, kek ini tidak terlalu manis! Abaikan warnanya yang pucat itu, sesungguhnya kek White Chocolate Macadamia dari Secret Recipe merupakan all time favorite RZ sekarang, hahahaa.

Haaa nak tengok tak macam mana rupanya kek tu?


White Chocolate Macadamia Secret Recipe
White Chocolate Macadamia, Kek Secret Recipe yang di'underatted'?

Haaaa, ini pulak Versi whole cake, besar! Saiznya sama dengan kek Chocolate Indulgence! nyum! nyum! Abaikan tulisan atas kek itu, hahahaha.

White Chocolate Macadamia Secret Recipe
White Chocolate Macadamia, Kek Secret Recipe yang di'underatted'?
Harga pun takdelah terlalu mahal pun, bagi sepotong hanya RM 7.50, manakala bagi whole cake pula harganya ialah RM 88.00. Tiada harga tambahan bagi korang yang nak tambah tulisan di atas kek, hehehe.

Haaaaa, korang-korang yang suka ke Secret Recipe tu, apa kata tukar selera dan cuba kek yang ohsem ini ok? Tak menyesal!

Nak check lebih lanjut, jemputlah singgah http://www.secretrecipe.com.my/.