Cosmoderm

Monday, August 24, 2015

Trend Cermin Mata Lelaki Sekarang

Assalamualaikum semua,

Siapa di sini yang pakai cermin mata? kalau tengok trend sekarang ni macam-macam jenis gaya cermin mata di pasaran. Kadang-kadang terasa juga nak bergaya kan? Ingat orang rabun takde taste ke? hahaha.

Tapi pemilihan bentuk cermin mata bukan boleh main pilih ikut suka juga, kena lah ikut pada bentuk muka kan? Tapi kalau korang tak kisah dan ada kemampuan beli saja, hahaha. In the end, it's your money, kan?

Terus-terang, RZ bukanlah jenis yang mengikuti trend pun, apa yang selesa dan mempu dibeli, pakai saja. Cermin mata yang sekarang ni pun rasanya dah mencecah 2 tahun, terasa macam nak tukar angin pula. 



Jadi mari kita tengok style cermin mata yang tengah 'IN' sekarang ni...

Rasanya jenis yang ini memang betul-betul tengah 'in' sekarang. Biasalah fesyen, kadang-kadang yang design dulu-dulu pun boleh popular kembali. Rasa macam nak tukar bentuk ini lah untuk tahun ni, hehehe.



Bentuk macam ni tak jauh beza dari apa yang RZ pakai sekarang, cuma saiznya besar sikit saja. biasalah masa pakai dulu, ala-ala terpengaruh dengan clark kent, nerd-nerd muslimin gitu, hahahaha.


 Kalau tengok cermin mata bingkai bulat ni orang akan asyik ingat Harry potter je. Tapi rasanya John Lennon dah pakai dulu sebelum dak harry tu, hahaha. Habis lah kalau RZ pakai bentuk ni, makin bulat jadinya kang, hahaha.


Ermmm, bulat juga! reject! hahahaha.


Jangan tanya pasal jenis2 cermin mata ni, RZ tak tahu., hahahaha. Tau beli, pakai je. Agak-agak jenis yang mana satu sesuai untuk muka RZ yang serba bulat ni?

2 comments:

Syamsid Dhuha said...

Agreeed with you . One thing I realize that makin modern makin retro kan . My specs also causal looks but not true retro like modern guy these days . Haha

razzwey razz said...

Yup, design retro dah start popular semula. Era kebangkitan gitu, hehehe...