Cosmoderm

Tuesday, August 18, 2015

White Chocolate Macadamia, Kek Secret Recipe yang di'underatted'?

Assalamualaikum semua,

Maaf lah dah lama tak update sebarang entry sejak akhir-akhir ni, maklumlah sibuk sangat disamping tahap kerajinan yang merudum dek kerana faktor usia, hahahaa... (apa kaitan???)

Sebenarnya nak cerita pasal sebiji kek ni. Dah lama nak cerita pasal kek ni, tapi asyik lupa aje. Kek ini sering di'underrated' oleh segelintir penggemar kek, haaaa gitu! bunyi nak serius aje, padahal kek je kot? hahaha.

Kek yang RZ maksudkan ini adalah Kek White Chocolate Macadamia dari Secret Recipe. Serius dulu-dulu kalau sebut pasal kek Secret Recipe orang asyik sebut Chocolate Indulgence, Black forest, Chocolate banana je, White Chocolate Macadamia ni ala-ala sendu je gitu, hahaha.

RZ pun jarang sangat makan kek di Secret Recipe, selalu ke sana untuk lunch atau dinner mesti order makanan yang berat sikit. Ok, tak nak cerita apa yang RZ order tu, kita balik pada tajuk utama kita, kek White Chocolate Macadamia, hehehe...

Pertama kali RZ mencuba kek ni semasa surprise birthday lunch RZ dan Khai bulan Mac yang lalu (lama gila dah kot?), serius tak sangka kek ni sangat sedap! Kombinasi krim Vanilla, white chocolate dan kacang macadamia membangkitkan selera sungguh. Yang penting, kek ini tidak terlalu manis! Abaikan warnanya yang pucat itu, sesungguhnya kek White Chocolate Macadamia dari Secret Recipe merupakan all time favorite RZ sekarang, hahahaa.

Haaa nak tengok tak macam mana rupanya kek tu?


White Chocolate Macadamia Secret Recipe
White Chocolate Macadamia, Kek Secret Recipe yang di'underatted'?

Haaaa, ini pulak Versi whole cake, besar! Saiznya sama dengan kek Chocolate Indulgence! nyum! nyum! Abaikan tulisan atas kek itu, hahahaha.

White Chocolate Macadamia Secret Recipe
White Chocolate Macadamia, Kek Secret Recipe yang di'underatted'?
Harga pun takdelah terlalu mahal pun, bagi sepotong hanya RM 7.50, manakala bagi whole cake pula harganya ialah RM 88.00. Tiada harga tambahan bagi korang yang nak tambah tulisan di atas kek, hehehe.

Haaaaa, korang-korang yang suka ke Secret Recipe tu, apa kata tukar selera dan cuba kek yang ohsem ini ok? Tak menyesal!

Nak check lebih lanjut, jemputlah singgah http://www.secretrecipe.com.my/.


11 comments:

Unknown said...

nampak cam sodap plak...
untung ler besday boy ada kek.
huh.

emalin mohd said...

Saya memang suka kek SR yang ni..kalau beli untuk birthday cake selalu pilih kek ni

Sue Izza said...

yeayyyy razi nak banjer kek heheheh

MaisarahSidi said...

tak pernah rasa jenis ni jugak..boleh la try nanti

razzwey razz said...

Sedap, korang kena try!!!

razzwey razz said...

Yaaayyy, kita geng!!!

razzwey razz said...

Alaaaaa... Baru nak mintak kak Sue payung... Hahahahhaa

razzwey razz said...

Try lah, serius sedap!

Unknown said...

mmg sedap!!!saya dah rasa anda bila lg??? kikiki

Farah said...

Sis, kalau nak beli whole cake kena tempah dulu ke terus pergi kedai cakap je ? Hehe maklumlah tak pernah beli sebiji besar

Unknown said...

Saya dah cuba mmg sedap sangat
Saya mmg suka secret recipe and saya
Dah cuma bermacam kek di sana